بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, January 31, 2013

Tafsir Surah Yasin : Penciptaan tujuh petala langit

Rahsia alam ini hanya Allah SWT yang mengetahui. - Gambar hiasan - Sumber Gambar - Rilekssminda



Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI


SELEPAS dibincangkan sebahagian berkaitan dengan kekuasaan Allah SWT di mana boleh melakukan apa sahaja. Maka Allah SWT mengukuhkan lagi penghujahan dan alasan bagaimana kuasa-Nya Allah SWT tanpa boleh ditolak banding dan dipertikaikan lagi.

Firman Allah SWT: 

36:81

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu? Ya! diakui dan dipercayai berkuasa! dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandingan-Nya, lagi Yang Maha mengetahui. (Yasin: 81)

Ibnu Kathir berkata: "Allah SWT berfirman mengkhabarkan dan mengingatkan kita tentang kekuasaan-Nya yang agung dalam menciptakan tujuh lapis langit dan yang terkandung di dalamnya berupa bintang-bintang yang beredar dan tetap, serta mencipta tujuh lapis bumi dan apa yang terkandung di dalamnya berupa gunung-gunung, batu-batuan, lautan, hutan dan isinya. Dia pun mengarahkan untuk mengambil dalil tentang dikembalikannya jasad-jasad dengan penciptaan sesuatu yang agung ini."

Al-Maraghi berkata: "Allah SWT memperingatkan manusia, bahawa Dia mampu mencipta tujuh petala langit berserta bintang dan lain-lainnya serta bumi dengan segala isinya. Allah SWT juga memperingatkan bahawa Dia yang berkuasa mencipta alam semesta Yang Maha Besar itu, sudah tentu Dia berkuasa mengembalikan semua tulang-temulang manusia yang hancur menjadi seperti sediakala."

Sayid Qutub berkata: "Itulah matahari-matahari yang tidak terhitung banyaknya. Setiap matahari mempunyai jalan peredarannya masing-masing dan kebanyakannya mempunyai planet-planet pengikut yang beredar di sekelilingnya seperti bumi beredar di sekeliling matahari kita."

Semuanya beredar dan berlari dengan tepat dan tetap, tidak pernah berhenti sesaat pun dan tidak pernah kacau. Jika tidak, alam ini akan binasa dan bintang-bintang yang besar yang terapung-apung di angkasa itu akan berlanggaran satu sama lain.

Angkasa raya menjadi tempat terapung-apung jutaan bintang yang tidak terbilang itu adalah di luar keupayaan kita untuk menggambarkan dan memahaminya. Ia merupakan sesuatu yang memeningkan kepala manusia.

Firman Allah SWT: 

36:82

Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: "Jadilah engkau!." Maka ia terus menjadi. (Yasin: 82)

Ibnu Kathir berkata: "Iaitu, Dia memerintahkan kepada sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu pengulangan dan penguat seperti kata penyair, Jika Allah menghendaki satu perintah, Dia hanya mengatakan satu perkataan, Jadi, maka ia pun jadi."

Al-Maraghi berkata: "Ayat di atas menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga boleh terjadi. Setelah menjelaskan akan keagungan kekuasaan-Nya, Allah SWT kemudian menyucikan diri-Nya daripada segala tohmahan batil orang musyrik."

Syed Qutub berkata: "Sama ada sesuatu itu langit atau bumi, lalat atau semut semuanya sama sahaja di hadapan kalimat kun dan semuanya akan terus muncul ke alam al-wujud. Di sana tiada yang mudah dan tiada yang payah, tiada yang dekat dan tiada yang jauh."

Sebaik sahaja wujudnya iradat Allah SWT untuk menciptakan sesuatu sudah cukup untuk mewujudkan biarpun apa sahaja sesuatu itu. Allah hanya mendekatkan gambaran urusan penciptaan itu kepada manusia supaya mereka dapat memahaminya dengan ukuran manusia yang terbatas.


Wednesday, January 23, 2013

Misi nabi akhir zaman



Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun bukan keraian semata-mata tetapi penghayatan sirah Rasulullah itu lebih utama.

BEBERAPA hari lagi, kita akan meraikan satu peristiwa penting dalam sejarah dunia dan umat Islam. Peristiwa itu adalah kelahiran Muhammad bin Abdullah yang terpilih menjadi nabi dan rasul Allah terakhir kepada seluruh manusia.

Di tengah-tengah kegembiraan kita dengan kelahiran baginda, tersimpan hakikat besar yang patut kita renungi bersama. Pengutusan Rasulullah SAW adalah salah satu daripada tanda-tanda kiamat. Kehadiran baginda di muka bumi menandakan dunia telah hampir kepada kehancuran.

Allah SWT berfirman: 
Maka tidaklah yang mereka nanti-nantikan melainkan kiamat yang akan datang dengan tiba-tiba. Sungguh telah terjadi tanda-tandanya. (Muhammad: 18)

Apabila menafsirkan ayat ini, Al-Hafiz Ibnu Kathir menulis: "Pengutusan Nabi SAW adalah antara tanda-tanda kiamat. Sebab baginda adalah penutup para rasul. Allah menyempurnakan agama ini dan menegakkan hujah kepada seluruh alam dengannya."

Usia umat manusia

Pelbagai hadis Nabi SAW menyebutkan dekatnya pengutusan Baginda dengan kiamat. Perselisihan masa yang memisahkan antara keduanya ibarat jari telunjuk dengan jari tengah.

Baginda SAW bersabda: Aku diutus dan hari kiamat seperti jari ini dan ini. Baginda mendekatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya. Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa baki umur umat manusia setelah kedatangan beliau hanya seperti antara solat Asar dan Maghrib sahaja. Baginda bersabda: Ketahuilah, sesungguhnya perumpamaan umur kamu bersama umur bangsa-bangsa sebelum kamu adalah seperti antara solat Asar dan terbenam matahari. (riwayat al-Bukhari)

Berkata Ibnu Kathir dalam Al-Nihayah: "Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa usia dunia yang terbaki hanya sedikit sahaja. Akan tetapi tiada yang mengetahui masanya yang terbaki selain Allah."

Hakikat ini bukan ditujukan agar melahirkan kepanikan. Akan tetapi, ia sebagai satu peringatan agar kita bermuhasabah dan segera mempersiapkan diri untuk akhirat. Apa-apa yang hendak dibawa ke akhirat, maka persiapkanlah dari sekarang. Dan apa-apa yang tidak ingin dibawa ke akhirat, maka tinggalkanlah dari sekarang.

Misi penting

Salah satu ajaran terpenting Rasulullah SAW adalah seruan untuk meninggalkan berhala yang menajisi kesucian minda manusia. Baginda mengajak umat akhir zaman untuk memerdekakan fikiran daripada belenggu berhala, dan hanya menyembah satu-satunya tuhan yang hakiki: Allah SWT.

Berhala adalah simbol tuhan palsu yang diciptakan Iblis untuk menyesatkan manusia. Tuhan palsu ini mengambil bentuk yang bermacam-macam sesuai dengan tingkat intelektual manusia.

Berhala pernah berbentuk batu seperti Lata dan Uzza. Ia juga pernah berbentuk penguasa yang kuat seperti Firaun dan Namruz. Namun pada zaman ini, berhala seringkali mengambil bentuk wang ringgit.

Kuasa duit

Kebanyakan manusia menyembah duit dalam sedar mahupun tidak sedar. Ia menjadi motivasi dan penggerak semua aktiviti. Mereka belajar untuk duit. Mereka bekerja untuk duit. Mereka makan dan minum agar kuat bekerja mendapatkan lebih banyak duit.

Kuasa duit mampu membuat seseorang tertawa ataupun menangis. Ia mampu memutuskan atau menjalin ikatan kekeluargaan dan persahabatan. Kerana duit, sebahagian orang bahkan rela melepaskan iman dan maruah dirinya. Sungguh itu sesuatu yang merugikan bagi orang yang menjadi hamba duit.

Nabi SAW pernah bersabda: Celakalah hamba Dinar, hamba Dirham, hamba pakaian. Jika diberi, bergembira. Jika tidak diberi, mereka kecewa. (riwayat al-Bukhari)

Umat Muhammad

Sebagai umat Muhammad SAW, kita mesti menjauhkan gaya hidup yang meletakkan duit sebagai penentu segalanya. Kita bukan hamba duit, kita hamba Allah SWT. Kita perlu duit hanya kerana ia satu jalan untuk lebih mendekatkan kita kepada Allah SWT dan menyumbang kepada agama-Nya.

Itu sebabnya Rasulullah SAW memuji harta yang banyak apabila berada di tangan yang tepat. Baginda Nabi SAW bersabda kepada 'Amr bin Al-'As: Wahai 'Amr, betapa bagusnya harta yang baik bagi laki-laki yang soleh. (Diriwayatkan Al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad)

Semoga musim maulid Nabi tahun ini memberikan keinsafan kepada kita tentang hakikat diri dan tugasan besar yang mesti dilakukan di dunia. Selamat meraikan maulid Nabi.



Saturday, January 19, 2013

Mata terkawal, hidup bahagia



 


Menjaga pandangan suatu kewajipan, tidak kira lelaki mahupun perempuan Muslim.

MATA jendela hati. Kesan menjaga mata sangat besar dalam menjaga hati. Mata yang tidak terjaga akan membuat hati keruh dan minda kotor. Mata yang terkawal akan memudahkan seseorang dalam mengawal rasa hatinya.

Oleh itu, semua ulama daripada kalangan salafus soleh sangat mengambil berat dalam menjaga mata. Salah seorangnya adalah Hassan bin Abi Sinan dari kota Basrah di Iraq. Beliau seorang ulama, sekali gus peniaga terkenal. Meski selalu berjumpa dengan ramai orang, beliau selalu menjaga matanya daripada yang haram.

Suatu hari, Hassan keluar untuk melaksanakan solat hari raya. Apabila tiba di rumah kembali, isterinya yang cemburu berkata: "Berapa banyak wanita cantik yang engkau lihat hari ini?"

Hassan menjawab: "Demi Allah, Aku tidak melihat apa-apa selain ibu jari kakiku sejak keluar rumah hingga pulang kembali."

Panah beracun

Menjaga pandangan suatu kewajipan. Setiap Mukmin laki-laki dan perempuan wajib melakukannya. Tujuannya agar mereka terselamat daripada tali-tali syaitan yang akan menjeratnya ke lembah maksiat.

Allah SWT berfirman: 

24:30

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. (al-Nur [24] : 30)

Pandangan yang tidak terkawal ibarat panah beracun yang menembus ke dalam dada. Jika tidak segera diubati, racun itu akan merosak minda dan hati kita. Dosa zina yang sangat dibenci selalu bermula daripada lirikan mata.

Daripada Huzaifah, Rasulullah SAW bersabda: "Pandangan adalah salah satu anak panah beracun daripada iblis. Barang siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberinya keimanan yang manisnya terasa di dalam hati. (diriwayatkan oleh Al-Hakim)

Bukan hanya aurat

Menjaga mata bukan hanya daripada aurat yang terdedah. Malah, mata juga mesti dijaga daripada harta yang berada di tangan orang lain. Sebab seringkali penyakit hati bersarang di hati selepas melihat benda-benda milik orang lain. Penyakit hati itu antaranya hasad dengki, iri hati bahkan dendam.

Para ulama berkata: "Siapa yang melepas matanya mengikuti apa yang berada di tangan orang, maka tidak akan habis kesedihannya."

Yahya bin Yaman bercerita: Suatu hari, aku berjalan bersama Sufyan Al-Thauri. Apabila melalui sebuah rumah yang mewah, aku mengangkat kepalaku untuk melihatnya. Sufyan melarangku dan berkata: "Janganlah engkau melihat ke rumah ini. Sebab ia sengaja dibuat agar dilihat oleh orang-orang sepertimu." Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Dunia dalam kitab warak.

Mata juga mesti dijaga daripada melihat orang lain yang tengah melakukan maksiat. Dikhuatiri timbul keinginan untuk meniru atau mencuba maksiat tersebut. Terlalu banyak kes ketagihan rokok dan dadah di kalangan anak muda asalnya daripada keinginan untuk mencuba-cuba sahaja.

Itu sebabnya Islam mengingatkan untuk berhati-hati memilih kawan. Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk seperti penjual minyak wangi dan peniup api. Daripada penjual minyak wangi, engkau akan mendapatkan minyak itu atau mendapatkan wanginya. Adapun daripada peniup api, maka baju engkau akan terbakar atau mendapatkan bau busuknya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mata kita, pilihan kita

Mata adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Ia diberikan kepada manusia agar digunakan untuk membantunya melakukan ketaatan.

Gunakan ia dalam kebaikan, nescaya ia akan tetap sihat terjaga hingga ke akhir usia. Seandainya, kita menggunakan ia dalam keburukan, maka kesusahan dan kegagalan hati yang akan ia hasilkan.

Pilihan terpulang kepada kita. Mana yang kita pilih, itu yang akan kita dapatkan. Wallahu a'lam.


ARKIB : 15/01/2013utusan.com

Terpedaya fitnah harta - Persoalan Agama




Soalan:

ADA satu persoalan yang sering bermain di minda saya, iaitu bolehkah orang-orang yang kelihatan sihat tubuh badannya, kuat dan tidak pula mengalami kekurangan fizikal seperti cacat anggota, mendapatkan bantuan zakat? Ini kerana, kadang-kala mereka seakan-akan sengaja meminta zakat demi mendapatkan habuan dunia tanpa perlu berusaha atau bekerja. Apakah pandangan Islam di sini dan harapkan penjelasan ustaz?

Jawapan:

Alhamdulillah kerana saudara mempunyai pertanyaan seperti ini dan mudah-mudahan jawapan yang disajikan ini mampu menjentik naluri dan hati ramai manusia di luar sana, khususnya para masharif atau asnaf yang menerima bantuan zakat dan juga pembayar zakat untuk lebih memahami hukum pengagihan harta zakat.

Sememangnya manusia ini sifatnya memang menyukai harta dan kekayaan. Tidak kiralah status sosialnya sebagai orang kaya atau miskin, mereka menjadi ghairah dengan harta. Atas sebab itulah Allah SWT mengingatkan kita tentang fitnah harta: 

8:28

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi fitnah (ujian), dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. (al-Anfal: 28)

Harta dan kekayaan juga sering menjerat manusia untuk mengejarnya, sehingga sanggup mengabaikan perkara haram, menafikan keberkatan dan melupakan kesan kepada kehidupan di akhirat. Allah SWT mengingatkan lagi: 

104:1

104:2

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, (iaitu orang-orang) yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya (tetapi tidak menyalurkan kekayaannya ke jalan-jalan yang dikehendaki Allah). (al-Humazah: 1-2)

Berbalik kepada persoalan di atas, adakah Islam mengizinkan para penganutnya yang sihat tubuh badannya, yang sihat akal fikirannya dan mampu pula bekerja sehingga mendatangkan penghasilan untuk mendapat habuan zakat?

Asalnya, mereka yang dipandang mempunyai kesihatan dan kekuatan tubuh badan adalah sama seperti orang kaya, yakni ditegah untuk disalurkan zakat atas nama kemiskinan kepada mereka. Sehinggalah diketahui bahawa di sebalik sifat fizikal itu, hakikatnya mereka memang memerlukan bantuan zakat.

Di dalam satu hadis dinyatakan oleh Ubaidullah bin Adi seperti berikut: "Diberitakan kepadaku oleh dua orang lelaki, bahawa mereka mendatangi Nabi SAW dalam haji Wada', kala itu Nabi SAW sedang membahagi sedekah, lalu memohon kepada Nabi SAW bahagian mereka. Maka Nabi SAW mengangkat pandangannya melihat kami dan merendahkannya, lalu baginda mendapati kami orang yang kuat, kerana itu bersabdalah baginda: Jika kamu mahu, aku berikan juga, sesungguhnya tidak ada bahagian pada zakat itu untuk orang kaya dan untuk orang kuat yang mempunyai usaha." (riwayat Ahmad, Abu Daud dan an-Nasaie)

Al-Khatabi menyatakan, bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa seseorang yang tidak diketahui mempunyai harta sedangkan zahirnya mereka sihat, maka boleh dianggap sebagai seorang yang fakir untuk menerima zakat. Begitu juga, biar pun fizikalnya dia kelihatan mampu bekerja; namun itu tidak memadai melainkan hendaklah dipastikan dia memang benar-benar mempunyai usaha atau pekerjaan bagi dirinya sendiri, maka sementara itu layak dia menerima zakat (rujuk Pedoman Zakat, TM Hasbi as-Shidieqy, hal. 154).

Sementara itu, di dalam hadis-hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW pernah menegah seseorang Muslim untuk meminta-minta, seperti mana sabda baginda: "Meminta itu tidak dihalalkan, kecuali kepada tiga jenis orang, iaitu orang yang sangat fakir, orang yang mempunyai hutang yang sangat banyak dan orang yang wajib membayar diyat (denda yang disabitkan kepada kesalahan qisas dalam syarak)." (riwayat Abu Daud)

Maka, daripada hadis ini boleh difahami, bahawa jika orang-orang yang sihat dan kuat tubuh badan itu termasuk dalam salah satu kategori di atas, maka boleh mereka meminta bantuan orang lain bagi menutupi keperluannya.

Manakala di dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW dengan tegas menyatakan: "Tidak halal sedekah itu bagi orang-orang kaya dan bagi orang yang mempunyai tenaga (untuk) berusaha." (riwayat Ahmad, an-Nasaie dan at-Termizi)

Fuqaha seperti as-Syafie, Ishak, Abu Ubaid dan Ahmad berkata, hadis ini menjadi pertunjuk bahawa tidak halal menyalurkan zakat kepada orang yang kuat bekerja dan mempunyai pekerjaannya. Kecuali dia memang sudah mempunyai pekerjaan; namun masih tidak mampu memenuhi keperluannya, seperti mana pada pandangan ulama terdahulu, boleh bagi orang yang kuat mengambil sedekah jika mereka mempunyai kurang daripada dua dirham demi kehidupannya (ibid, hal. 155).



Tafsir Surah Yasin : Menghidupkan dan mematikan



Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

DALAM ayat-ayat terdahulu, Allah SWT menyebut bukti-bukti kebesaran dan kekuasaan-Nya. Dia menegaskan manusia sepatutnya menyembah-Nya dan menyatakan kebatilan sembahan-sembahan orang musyrik itu.


Pada ayat-ayat yang berikutnya, Allah SWT menyebut lagi bukti-bukti keEsaan dan kekuasaan-Nya dalam diri mereka sendiri dan menyebut pula sebahagian makhluk-Nya ada yang beranggapan tidak mungkin manusia akan dibangkitkan.

Mereka berkata: “Bagaimana tulang-temulang yang telah hancur lebur dihidupkan semula." Allah SWT menjawab pertanyaan jahil mereka itu, bahawa yang telah menciptakan tulang-temulang pada kali pertama pula yang akan menghidupkannya semula.

Allah SWT kemudiannya menyebut pula bukti yang lain, iaitu Dia mampu mencipta api daripada pohon yang hijau, walaupun pokok itu berair. Kemudian Allah SWT menyebut pula perkara yang lebih besar daripada penciptaan manusia bagi menunjukkan kebesaran kekuasaannya-Nya, iaitu penciptaan langit dan bumi.

Segalanya sangat mudah bagi Allah SWT sekadar Dia hanya berfirman: Jadilah. Justeru, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti akan berlaku.

Mujahid, Ikrimah, Urwah, Zubayr dan Qatadah berkata: Suatu ketika, Ubay Ibnu Khalaf datang menemui Rasulullah SAW, di tangannya dia menggenggam tulang yang telah reput, lalu diketuk-ketuknya tulang itu lalu dilemparkannya ke udara sambil berkata: “Muhammad, apakah engkau mengatakan bahawa Allah akan membangkitkan tulang ini?" Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Ya Allah akan mematikan kamu dan membangkitkan kamu semula, kemudian Dia akan mengiringimu ke neraka." Sejurus itu turunlah firman Allah SWT (Yasin: 77) yang bermaksud: Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari setitis air benih?

Firman Allah SWT: 

36:77

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan ia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati). (Yasiin: 77)

Ibnu Abi Hatim berkata: Atas dasar apa pun, makna ayat ini untuk semua orang yang mengingkari hari kebangkitan sedangkan alif dan lam yang terdapat dalam firman Allah SWT merangkumi setiap orang yang ingkar pada hari pembalasan.

Ibnu Kathir berkata: Apakah orang yang ingkar dengan hari kebangkitan tidak mengambil petunjuk dari awal penciptaan manusia dari setitis air yang hina, lalu Dia menciptakannya daripada sesuatu yang rendah, lemah dan hina. Bukankah Dia mencipta makhluk atau manusia dari setitis air yang hina dan hanya dengan kuasa-Nya menghidupkan sesiapa selepas kematian mereka.

Al-Maraghi berkata: Allah SWT mencipta binatang-binatang ternakan untuk manusia agar mereka bersyukur. Dalam hal ini Allah SWT mampu mencipta manusia daripada setitik air yang hina dan sudah tentu mampu menghidupkan mereka yang sudah mati.

Firman Allah SWT: 

36:78

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (Yasin: 78)

Ibnu Kathir berkata: Iaitu dia menganggap mustahil dikembalikannya jasad dan tulang-tulang yang telah hancur luluh oleh Allah SWT. Dia lupa yang Maha Berkuasa dengan penciptaan langit dan bumi. Sesungguhnya Allah SWT menciptakannya daripada tidak ada menjadi manusia yang sempurna. Mereka mengetahui pada dirinya sesuatu yang lebih besar daripada apa yang dianggap mustahil namun mereka ingkar dan membantah.

Al-Maraghi berkata: Orang musyrik beranggapan tidak mungkin Allah SWT dapat menghidupkan mereka semula setelah mati lalu menjadi tulang yang reput. Mereka lupa, Allah SWT mencipta dirinya daripada asalnya tidak ada.

Firman Allah SWT: 

36:79

Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan ia Maha mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya). (Yasin: 79)

Ibnu Kathir berkata: Allah SWT Maha Mengetahui tulang-tulang diseluruh pelosok dan sudut bumi, ke mana hilangnya dan di mana hancur luluhnya tulang tersebut.

Al-Maraghi berkata: Wahai rasul! Katakanlah kepada mereka yang musyrik itu: Allah SWT yang akan menghidupkan tulang-temulang yang telah hancur. Dia jugalah yang mencipta tulang tersebut daripada keadaan tidak ada. Dia Maha Mengetahui segalanya.

Seorang ahli falsafah Muslim yang terkenal, Al-Farabi berkata: Aku mahukan Aristotles memahami ayat: Katakanlah yang akan menghidupkannya adalah Tuhan yang menciptakannya pertama kali.

Firman Allah SWT: 

36:80

Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) daripada pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api daripada pohon-pohon itu. (Yasin: 80)

Ibnu Kathir berkata: Allah SWT mencipta pohon tersebut daripada air hingga menjadi pepohonan yang menghijau, berbuah dan berbunga kemudian Dia mengulanginya menjadi kayu-kayu kering untuk menyalakan api. Seperti itu pula, Dia melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya dan Maha Kuasa serta tiada siapa pun yang mampu melakukannya.

Al-Maraghi berkata: Allah SWT telah menyuburkan pohon dengan air sehingga ia menjadi subur menghijau. Kemudian pohon itu pula dijadikan kayu bakar yang digunakan untuk menyalakan api. Kemudian Allah SWT berupaya mencipta api daripada pokok yang hijau mengandungi unsur pembakaran, manakala air itu pula mampu mengembalikan semula tulang-temulang manusia yang telah hancur kepada asalnya semula.


ARKIB : 18/01/2013 utusan.com

Monday, January 14, 2013

Godaan syaitan hapus nikmat keamanan



Syaitan gemar dengan perpecahan dan kemusnahan manusia seperti janjinya di depan Allah SWT untuk melakukan apa juga tindakan yang memusnahkan kehidupan manusia. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya untuk melalaikan manusia.


Oleh itu, ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya. 

Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti perjalanan darah. 


Allah SWT berfirman: 

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah [5], ayat 77)


Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita dan sentiasa berusaha untuk menguasainya, memenuhi kehendak dan kecenderungan buruk itu.

Firman Allah SWT: 
“Kami datangkan bagi setiap nabi itu syaitan daripada kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. Kedua-dua golongan ini boleh menjadi syaitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.” (Surah Al-An'am [6], ayat 112)

Biasanya syaitan menyampaikan bisikan jahat supaya manusia melanggar segala arahan Allah SWT. Syaitan sentiasa membisikkan kata-kata ‘manis’ yang bersifat menghasut kepada manusia. Matlamatnya adalah untuk mencipta permusuhan dan kebencian semasa manusia.

Allah berfirman yang bermaksud bermaksud: 
“Sesungguhnya syaitan bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu.” (Surah Al-Maidah [5], ayat 91)
Kerja syaitan dan tenteranya menghasut iaitu memasukkan dalam hati manusia rasa was-was serta mencampakkan ke dalamnya angan-angan untuk memesongkan manusia daripada taat kepada Allah supaya ia tergelincir ke dalam lembah kehancuran.

Firman Allah SWT: 
“Hasutlah siapa yang dapat kamu (syaitan) hasut di antara mereka (manusia) dengan suaramu. Seranglah mereka dengan pasukanmu yang berkuda dan berjalan kaki. Dan jadikanlah mereka sekutumu dalam kekayaan harta dan anak-anak. Berilah mereka janji-janji. Dan tidaklah yang dijanjikan kepada manusia oleh syaitan melainkan tipu belaka.” (Surah al-Isra' [17], ayat 64)

Matlamat daripada segala tindak-tanduknya supaya manusia terdorong hatinya mengutamakan keinginan naluri, memenuhi tuntutan nafsu dan kekuasaan yang diidam-idamkan. Semuanya itu menjadi virus yang berjangkit dalam kehidupan masyarakat sejak dulu hingga sekarang.

Apabila manusia dikuasai syaitan, segala tindak-tanduk, perbuatan dan perlakuannya berada pada tahap hilang kewarasan atau pertimbangan akal. Segala kebaikan diperlekeh dengan kehendak dan tuntutan mencipta huru-hara yang ditiup api kebencian yang meluap-luap.

Nikmat keamanan yang dikurniakan Allah telah dilupai kerana dalam jiwa manusia itu sering mengejar angan-angan yang tidak berkesudahan.

Sebagai manusia biasa, memang menjadi lumrah untuk tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Sebahagian daripada kita sentiasa merungut, mengeluh dan ingin mencari kelainan, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancang-Nya.

Memang menjadi matlamat syaitan untuk menyokong segala aktiviti dan perlakuan yang mencetuskan huru-hara serta kemusnahan. Mereka meniupkan api semangat dan membakar keinginan manusia untuk melakukan apa juga tindakan ke arah itu.

Daripada sahabat bernama Jabir, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya iblis putus asa terhadap orang yang solat tetapi ia mampu memecah-belahkan perpaduan mereka.” (Riwayat Imam Bukhari)

Sikap melampau boleh menimbulkan kesan negatif terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sifat melampau seperti ini sememangnya menjadi musuh yang ditentang Islam.

Allah SWT berfirman: 
“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah [5], ayat 77)


2013/01/14 - 04:57:37 AM 

5 Perkara yang ditakuti Rasulullah SAW



Bismillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya Rasul kita yang mulia Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam adalah merupakan uswah, teladan kita dalam kehidupan kita.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِير

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suatu tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan keselamatan dihari kiamat dan banyak mengingat Allah.” (Qs. Al-Ahzab : 21)

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengajarkan kepada umatnya perkara-perkara yang diperintahkan oleh Allah dan mempraktekkannya agar umatnya dapat mengamalkannya. Diantaranya adalah do’a setelah tasyahud akhir sebelum salam. Do’a itu senantiasa Rasulullah ajarkan kepada umatnya agar senantiasa dibaca setiap sebelum salam. Begitu pentingnya hal ini sehingga disunnahkan setiap kali shalat untuk berdo’a memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, yaitu :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ  ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.” (HR. Bukhari-Muslim)

Dalam riwayat yang lain,

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ . اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Almasih Dajjal. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dan sesudah mati. Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari perbuatan dosa dan hutang.” (HR. Bukhari-Muslim)

Saudariku muslimah ..

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kepada umat beliau untuk memohon perlindung dari empat perkara ini disetiap kali kita sholat dan diulang-ulang setiap harinya. Hal ini menunjukkan betapa penting dan agungnya do’a ini.


Yang pertama, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berlindung dari azab Jahannam.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ

Jahannam, ia adalah merupakan tempat kembali seburuk-buruknya tempat kembali. Neraka Jahannam yang disebutkan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallammemiliki panas 70 kali lipat dari api dunia. Hal itu telah digambarkan oleh Rasulullahshalallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh shahabat Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, “(Panasnya) api yang kalian (Bani Adam) nyalakan di dunia ini merupakan sebagian dari tujuh puluh bagian panasnya api neraka Jahannam.” Para sahabat bertanya, “Demi Allah, api dunia itu sudah cukup wahai Rasulullah!” Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “sesungguhnya panasnya api neraka melebihi panas api dunia sebanyak enam puluh kali lipat.” (HR. Muslim no. 2843)

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam kemudian menyebutkan betapa seramnya azab neraka. Penduduknya dijadikan berbadan sebesar-besarnya sampai-sampai Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengabarkan bahwasanya gigi penduduk neraka sebesar Gunung Uhud. Yang demikian itu agar penduduk neraka lebih merasakan azab.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, “Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Jarak antara kedua pundak orang kafir (di neraka) seperti jarak orang yang menaiki kendaraan dengan cepat selama tiga hari.‘ (HR. Bukhori : 5661, Muslim : 2582).


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda, “(Besar) gigi geraham orang kafir atau gigi taringnya (di neraka) seperti gunung uhud, dan tebal kulitnya sejarak perjalanan tiga hari.” (HR. Muslim : 2851).

Kulit mereka yang begitu tebal dibakar dengan api yang menyala-nyala hingga kulit itupun hangus. Dan apabila kulit itu hangus lalu Allah akan menggantinya dengan kulit yang lain.

Allah Ta’ala berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَاراً كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُوداً غَيْرَهَا لِيَذُوقُواْ الْعَذَابَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَزِيزاً حَكِيماً

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan kedalam neraka. Setiap kulit tubuh mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan adzab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. An-Nisa : 56)

Saudariku Muslimah.. Maka dari itu, sudah selayaknya kita berlindung kepada Allah dari  keburukan azab neraka jahanam.

Yang kedua, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berlindung dari azab kubur.

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Azab kubur merupakan kehidupan akhirat yang pertama kali. Azab kubur adalah penentuan bagi seorang hamba. Jika ia selamat di dalam kuburnya, maka ia akan lebih selamat lagi di hari akhirat kelak. Dan sebaliknya, apabila ia tidak selamat didalam kuburnya, lebih-lebih dia tidak akan selamat di dalam kehidupan akhirat kelak.

Pada saat Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu melihat kuburan ketika berziarah, beliaupun menangis. Lalu ditanya oleh sahabatnya,”Wahai Utsman, dituturkan surga neraka engkau tidak menangis, sekarang melihat kuburan engkau menangis!” Utsman menjawab, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pernah berkata,

“Kuburan adalah rintangan pertama kali akhirat, siapa yang sekarang berhasil di situ setelahnya lebih mudah, siapa yang celaka di situ, maka setelahnya akan lebih susah. Tidaklah aku melihat suatu pandangan yang lebih mengerikan dibandingkan kuburan” (HR. Ahmad-Tirmidzi)


Maka sudah sepatutnya kita berlindung dari adzab kubur. Dan sudah sepatutnya pula kita berlindung kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala sambil kita menjauhi perkara-perkara yang dapat menyebabkan kita diazab didalam kubur. Tahukah engkau wahai saudariku, apa yang meyebabkan seorang hamba diazab didalam kuburnya? Ada dua sebab, sebab yang umum dan sebab yang khusus. Diantara sebab yang umum wahai saudariku, adalah setiap kemaksiatan kepada Allah. Itulah penyebab seorang hamba di azab di dalam kubur. Adapun sebab yang khusus wahai saudariku, maka yang ditunjukkan oleh dalil-dalil syariat. Disebutkan didalam hadits, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada Jibril dan Mikail ‘alaihissalam sebagaimana disebutkan dalam hadits yang panjang,

فَأَخْبِرَانِي عَمَّا رَأَيْتُ. قَالَا: نَعَمْ، أَمَّا الَّذِي رَأَيْتَهُ يُشَقُّ شِدْقُهُ فَكَذَّابٌ يُحَدِّثُ بِالْكَذْبَةِ فَتُحْمَلُ عَنْهُ حَتَّى تَبْلُغَ الْآفَاقَ فَيُصْنَعُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ يُشْدَخُ رَأْسُهُ فَرَجُلٌ عَلَّمَهُ اللهُ الْقُرْآنَ فَنَامَ عَنْهُ بِاللَّيْلِ وَلَمْ يَعْمَلْ فِيهِ بِالنَّهَارِ يُفْعَلُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ فِي الثَّقْبِ فَهُمُ الزُّنَاةُ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ فِي النَّهْرِ آكِلُوا الرِّبَا

“Beritahukanlah kepadaku tentang apa yang aku lihat.” Keduanya menjawab,”Ya. Adapun orang yang engkau lihat dirobek mulutnya, dia adalah pendusta. Dia berbicara dengan kedustaan lalu kedustaan itu dinukil darinya sampai tersebar luas. Maka dia disiksa dengan siksaan tersebut hingga hari kiamat. Adapun orang yang engkau lihat dipecah kepalanya, dia adalah orang yang telah Allah ajari Al-Qur’an, namun dia tidur malam (dan tidak bangun untuk shalat malam). Pada siang hari pun dia tidak mengamalkannya. Maka dia disiksa dengan siksaan itu hingga hari kiamat. Adapun yang engkau lihat orang yang disiksa dalam tungku, mereka adalah pezina. Adapun orang yang engkau lihat di sungai darah, dia adalah orang yang makan harta dari hasil riba.” (HR. Al-Bukhari no. 1386 dari Jundub bin Samurah radhiyallahu ‘anhu)

Itulah sebagian adzab kubur yang diperlihatkan kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam. Maka dari itu wahai saudariku, mohonlah perlindungan kepada Allah dari siksa kubur, karena ia merupakan siksa pedih sebelum kita melanjutkan perjalanan menuju akhirat.

Yang ketiga, Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam berlindung dari fitnah kehidupan dan sesudah kematian.

وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

“Aku berlindung kepadaMu dari fitnah kehidupan dan sesudah mati”

Fitnah hidup berupa syubhat dan syahwat. Seorang hamba diuji oleh Allah dengan syubhat(kesesatan pemahaman) dan syahwatnya. Ujian berupa fitnah syubhat merupakan seberat beratnya ujian bagi seorang hamba karena hal itu bisa merusak agamanya. Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wasallam saja berlindung dari fitnah-fitnah tersebut duhai saudariku. Beliau berlindung kepada Allah agar tidak dijadikan musibah dalam agamanya. Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam pun berdo’a,

وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِى دِيْنِنَا

“(Wahai Allah) ,dan janganlah engkau jadikan musibah menimpa agama kami.” (HR. at-Tirmidzi)

Karena sessungguhnya ini adalah seburuk-buruk musibah. Seorang hamba yang berbuat maksiat, merupakan musibah dalam agamanya. Seorang hamba yang berbuat bid’ah, merupakan musibah dalam agamanya. Seorang hamba yang melanggar larangan-larangan Allah, ia pun merupakan musibah di dalam agamanya. Musibah yang menimpa seorang hamba dalam perkara dunia itu lebih ringan wahai saudariku. Seseorang diberi kefakiran, seseorang diberikan penyakit, seseorang diberikan kelaparan, barangkali itu tidak merubah agamanya. Akan tetapi, ketika seseorang diberi ujian syubhat dan syahwat lalu ia ikuti hal tersebut, ketahuilah hal ini bisa menghancurkan agamanya. Itulah musibah yang paling besar. Wal iyyadzubillah.

Yang keempat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berlindung dari keburukan fitnah masihud Dajjal.

Dajjal, makhluk yang akan datang di akhir zaman yang diberikan oleh Allah sebagai fitnah yang besar kepada manusia. Sampai-sampai kata Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam, tidak ada seorang pun nabi, kecuali memperingatkan umatnya dari bahaya Dajjal.

Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma,

قَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي النَّاسِ فَأَثْنَى عَلَى اللهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ ثُمَّ ذَكَرَ الدَّجَّالَ فَقَالَ: إِنِّي أُنْذِرُكُمُوْهُ وَمَا مِنْ نَبِيٍّ إِلاَّ قَدْ أَنْذَرَهُ قَوْمَهُ، لَقَدْ أَنْذَرَهُ نُوْحٌ قَوْمَهُ وَلَكِنْ سَأَقُوْلُ لَكُمْ فِيْهِ قَوْلاً لَمْ يَقُلْهُ نَبِيٌّ لِقَوْمِهِ، تَعْلَمُوْنَ أَنَّهُ أَعْوَرُ وَأَنَّ اللهَ لَيْسَ بِأَعْوَرَ

“Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berdiri di hadapan manusia, menyanjung Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan sanjungan yang merupakan hak-Nya, kemudian menyebut Dajjal dan berkata, ‘Aku memperingatkan kalian darinya, tidaklah ada seorang nabi kecuali pasti akan memperingatkan kaumnya tentang Dajjal. Nuh‘alaihissalam telah memperingatkan kaumnya. Akan tetapi aku akan sampaikan kepada kalian satu ucapan yang belum disampaikan para nabi kepada kaumnya. Ketahuilah dia itu buta sebelah, adapun Allah Subhanahu wa Ta’ala tidaklah demikian.”(HR. Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim no. 2930)

Dajjal adalah fitnah yang sangat besar. Bagaimana tidak wahai saudariku, Dajjal mengaku sebagai rabb, memerintahkan hujan untuk turun, lalu turunlah hujan (dengan ijin Allah-ed), memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, lalu tumbuh tanaman, menghidupkan orang mati dan yang lainnya sebagai fitnah bagi kaum muslimin (dengan ijin Allah-ed). Bayangkan wahai saudariku?

Maka dari itu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengabarkan, bahwasanya yang menjadi pengikut dajjal adalah orang-orang yang bodoh terhadap agama mereka. Betapa tidak, orang-orang awam banyak yang tertipu dan terfitnah oleh para dukun. Orang-orang awam banyak yg terfitnah oleh kuburan-kuburan yang dianggap “kuburan wali”. Orang-orang awam banyak terfitnah dengan keris-keris pusaka dan yang lainnya. Apabila dengan dajjal kecil saja tertipu, bagaimana dengan Dajjal yang sangat besar fitnahnya.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan tentang kisah seorang pemuda yang dibunuh oleh Dajjal. Dalam riwayat Imam Muslim (2938) dari hadits Abu Sai’id al-Khudri terdapat kisah menarik tentang pertarungan antara Dajjal dengan seorang mukmin, ringkasnya:

Ada seorang pemuda beriman datang kepada Dajjal seraya berkata padanya, “Wahai manusia, ini adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah dalam haditsnya!”
Dajjal berkata, ” Apakah kamu beriman padaku?”
Jawab pemuda itu, “Kamu adalah pendusta”.
Pemuda itu kemudian digergaji sehingga terbelah menjadi dua, lalu Dajjal melewati dua potongan badannya kemudian menyuruhnya berdiri.
Pemuda itupun berdiri lagi seraya berkata, “Saya malah bertambah mantap tentang dirimu bahwa engkau adalah Dajjal yang dikabarkan oleh Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam!”.
Setelah itu, Dajjal ingin membunuhnya tetapi tidak bisa”.


Bayangkan wahai saudariku, si pemuda tersebut telah memiliki pengentahuan bahwasanya Dajjal akan datang. Ini menunjukkan bahwa orang yang memahami ilmu agama, insyaa Allaah dia akan diselamatkan dari fitnah Dajjal. Maka dari itu wahai saudariku, kita berkewajiban untuk berlindung dari fitnah dajjal. Ia adalah fitnah yang sangat besar.

Dan terakhir Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berdo’a memohon perlindungan dari perbuatan dosa dan hutang.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Dosa dan hutang, terkadang seorang hamba menganggapnya kecil dan remeh, padahal itu akan dibayar dengan amalan di akhirat kelak. Ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengabarkan bahwasanya orang yang mati syahid diampuni semua dosa-dosanya, kemudian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam pun memberikan pengecualian, yakni kecuali hutang. Dari ‘Abdillah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ

“Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (HR. Muslim no. 1886)

Dari Ibnu ‘Umar, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ

“Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) karena di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah no. 2414. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih. Ibnu Majah juga membawakan hadits ini pada Bab “Peringatan Keras Mengenai Hutang.”)

Demikianlah keadaan orang yang mati dalam kondisi masih membawa hutang dan belum juga dilunasi, maka untuk membayarnya akan diambil pahala kebaikannya. Itulah yang terjadi ketika hari kiamat karena di sana tidak ada lagi dinar dan dirham untuk melunasi hutang. Kenapa Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam sering berlindung dari hutang ketika shalat?

Ibnul Qoyyim dalam Al Fawa’id (hal. 57, Darul Aqidah) mengatakan,

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam meminta perlindungan kepada Allah dari berbuat dosa dan banyak hutang karena banyak dosa akan mendatangkan kerugian di akhirat, sedangkan banyak utang akan mendatangkan kerugian di dunia.” Inilah do’a yang seharusnya kita amalkan agar terlindung dari hutang:


ALLAHUMMA INNI A’UDZU BIKA MINAL MA’TSAMI WAL MAGHROM
(Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan banyak utang).


Maka dari itu wahai saudariku, janganlah seorang hamba bermudah-mudah untuk berhutang. Dan jangan pula seorang hamba berbuat zhalim dengan tidak membayar hutang. Sesungguhnya hutang itu akan dibayar di akhirat, bukan dibayar dengan dinar, bukan dibayar dengan rupiah, bukan dibayar dengan dirham, akan tetapi akan dibayar dengan amalan kita. Padahal amalan kita adalah modal utama menuju surga.

Wa shollallahu ‘ala nabiyyiina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Penulis: Ummu Izzah Hilda
Sumber : SINI

Majlis Syura : Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah




KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

“Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

“Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah,” kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia 

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din 
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia




**********************************

Kalimah bezakan Islam dengan kristian

2013/01/14 - 04:52:06 AM Oleh Dr Mohd Shukri Hanapi

Penggunaan selari akidah tauhid, tidak secocok konsep triniti


Isu penggunaan kalimah Allah adalah perkara yang paling besar dalam agama Islam. Dalam setiap agama, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan yang hendak disembah itu adalah tonggak yang paling besar.

Sebenarnya, al-Quran sudah menjelaskan bahawa ada perbezaan antara akidah Islam dengan ajaran anutan agama lain. 

Perlu ditegaskan bahawa penggunaan God adalah konotasi Tuhan secara umum, manakala Allah adalah khusus sama ada dari segi makna dan sifat-Nya. Justeru, hakikat Allah adalah bersifat Esa dan bukannya berbilang-bilang.


Allah SWT berfirman bermaksud: “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” (Surah al-Kafirun, 109:8). Maksudnya, Islam dengan Allah, manakala Kristian dengan Jesus, Lord atau God.

Dalam Islam, akidah tauhid yakni mengesakan Allah SWT itu adalah sangat penting.

Malah, sudah menjadi salah satu daripada pegangan hidup Islam, Allah itu sentiasa ada bersama-sama dengan orang beriman pada setiap masa dan sentiasa diucapkan.

Misalnya, ketika hendak makan, minum, berjalan, menaiki kenderaan, tidur dan masuk serta keluar tandas diucapkan basmalah, bayi yang baru lahir ke dunia disambut dengan azan dan kamat dan orang yang sedang nazak pun diajarkan kalimah syahadah. Hal ini mempamerkan bahawa kalimah Allah sentiasa berada dalam diri orang yang beriman dan adalah asas akidah tauhid.

Jika diteliti pula penggunaan kalimah Allah dalam al-Quran, misalnya dalam Surah al-Baqarah yang mengandungi 286 ayat, didapati kalimah Allah diulang sebanyak 279 kali.

Ini menunjukkan hampir setiap ayat dalam surah tersebut ada disebut kalimah Allah. Malah ada juga surah yang bilangan pengulangan kalimah Allah dalamnya melebihi bilangan ayatnya, misalnya dalam Surah al-Mujadalah yang mengandungi 22 ayat, diulang kalimah Allah sebanyak 34 kali.

Menurut Nurul Izzah Sidek dalam artikelnya yang bertajuk ‘Pemahaman Konsep Allah’, pengulangan kalimah Allah dalam al-Quran melebihi 20,000 kali.

Dalam mengerjakan solat lima waktu sehari semalam pula, kalimah Allah disebut sebanyak 425 kali bagi 17 rakaat. Hal ini mempamerkan betapa dekatnya kalimah Allah dengan umat Islam.

Umat Islam yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bahasa telah menyebut dan menulis kalimah Allah daripada kitab suci al-Quran. Kalimah Allah ini tidak diterjemahkan ke bahasa masing-masing, kerana ia tidak mampu diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain.

Namun, pada kebelakangan ini ini timbul persoalan mengapa orang bukan Islam akan menggunakan kalimah Allah yang merujuk kepada Jesus, Lord atau konsep triniti?

Kenapa hanya Bible edisi bahasa Melayu saja yang menggunakan kalimah Allah, sedangkan edisi bahasa Inggerisnya tidak pula berbuat demikian? Adakah terdapat agenda di sebaliknya? Dari sini timbullah prasangka yang berkemungkinan ada asasnya.

Meskipun ada pihak yang berhujah tiada larangan daripada nas al-Quran dan hadis berhubung penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam, namun Allah tetap melarang dakwaan ia adalah satu daripada yang tiga (triniti), yakni kepercayaan mengenai kewujudan tiga entiti membentuk satu Tuhan.

Dalam triniti, ada disebut anak Tuhan (Nabi Isa). Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: ‘Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada yang tiga (triniti)’. Padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan (Allah) Yang Maha Esa” (Surah al-Maidah ayat 73).

Dalam akidah Islam, Nabi Isa adalah seorang Rasul yang mulia. Baginda bukanlah anak Tuhan, tetapi adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan ajaran-Nya kepada manusia. Di sini wujudnya perbezaan yang besar antara akidah Islam dengan ajaran Kristian.

Oleh itu, kefahaman Allah yang sebenar adalah mengikut maksud akidah tauhid. Maka penggunaan kalimah Allah dalam Islam adalah selari dengan akidah tauhid, yakni merujuk kepada Allah yang Esa dan sama sekali tidak secocok dengan konsep triniti.

Justeru, sekiranya nama Allah digunakan dengan sesuka hati tanpa mengambil kira aspek akidah, ia akan menimbulkan kekeliruan berhubung Allah dalam konteks akidah Islam dan Allah dalam pemahaman ajaran agama lain.

Sekiranya hal ini terjadi, dibimbangi kedua-dua agama akan disamakan sedangkan pada hakikatnya kedua-duanya adalah berbeza.

Dalam konteks Malaysia, apabila agama lain dibenarkan menggunakan kalimah Allah, ia akan menjadi perkara sensitif dalam hubungan agama. Meskipun masih wujud lagi perbincangan mengenai keharusan penggunaan kalimah Allah dalam agama lain, tetapi demi kemaslahatan umum, ia sama sekali tidak wajar ditimbulkan.

Perlu ditegaskan bahawa penggunaan God adalah konotasi Tuhan secara umum, manakala Allah adalah khusus sama ada dari segi makna dan sifat-Nya. Justeru, hakikat Allah adalah bersifat Esa dan bukannya berbilang-bilang.

Oleh itu, penggunaan Allah dalam agama Islam dan dalam agama lain sama sekali tidak boleh disamakan. Apatah lagi ia boleh mengelirukan akidah umat Islam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...