Abou Diaby |
Selain sukan bola sepak yang menjadi
kerjayanya, Diaby dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat besar di dalam
menghafaz al-Quran.
Setakat ini, beliau dilaporkan sudah
menghafaz 19 juzuk al-Quran.
Salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim
College di London tempat Diaby belajar, Mufti Muhammad, di dalam akaun
twitternya @Mufti–Muhammad – mengesahkan bahawa Diaby sudah hafaz 19 juzuk
al-Quran.
“Mengadakan perbincangan dengan pemain bola
sepak Arsenal Abou Diaby di Ebrahim College malam ini, yang sudah menghafaz 19
ajza (juzuk) al-Quran,” kata beliau di dalam mesejnya di akaun twitter.
Rasa tenang bersama Islam
Namun bagi Diaby sendiri, mengunjungi Ebrahim College , adalah perkara biasa baginya.
Beliau mengaku berasa tenang setiap kali bersama kelompok masyarakat Islam.
Selain menjadi penyumbang untuk pembangunan
kolej berkenaan, Diaby turut membantu mendidik dan membimbing saudara baru yang
mahu mempelajari Islam secara lebih mendalam.
Diaby turut bergiat aktif di dalam pelbagai
kegiatan sosial untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan
dan kekejaman kerajaan Myanmar .
Pada majlis makan malam amal yang diadakan
di Pusat Islam London baru-baru ini, Diaby melahirkan rasa prihatin dengan isu
ketidakadilan yang dihadapi warga Rohingya.
Sumbangan wang
“Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai
seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan,”
katanya, yang dipetik laman web Forum Islam Eropah.
Web berkenaan juga mendedahkan bahawa
pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya
dirahsiakan. - AGENSI
INFO Abou Diaby
- Pemain tengah kelab Arsenal sejak 2006
- Mewakili Perancis di peringkat
antarabangsa
- Memulakan kerjaya di CM Aubervilliers sebelum ke Red Star Paris,
Paris St Germain dan Auxerre
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment