بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Sunday, January 13, 2013

Tafsir Surah Yasin - Tanda-tanda Kekuasaan Allah SWT



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Saya mencari kalau-kalau ada tafsir ayat daripada surah Yasin mulai ayat 33 - 36 oleh Dr Zulkifli di Utusan Malaysia, namun saya tidak menemuinya. Di bawah ini saya dapatkan daripada beberapa sumber yang lain.

Firman Allah SWT:

A033


"Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan". (Yaa Siin 36:33)

A034

"Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan kami pancarkan padanya beberapa mata air", (Yaa Siin 36:34)

A035

"Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?" (Yaa Siin 36:35


A036


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." (Yaa Siin 36:36)

Ayat-ayat di atas menerangkan tanda kekuasan dan kebesaran Allah menciptakan bumi dan menyuburkannya dengan diturunkanNya hujan, dikeluarkan daripada bumi tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Oleh itu wajiblah manusia bersyukur kepada Allah dengan menurut atau mematuhi segala ajaran dan perintahNya. Allah SWT juga menciptakan manusia berpasang-pasangan lelaki dan perempuan. Bukan itu sahaja, malah daripada semua jenis makhluk yang lain sama ada binatang, tumbuh-tumbuhan, zarah serta jirim.



Dalam permulaan ayat 33, Allah gunakan perkataan dalil iaitu tanda atau bukti yang merujuk kepada sesuatu kejadian yang berlaku. Dalam ayat itu Allah nak beritahu bahawa Allah berkuasa menghidupkan bumi yang telah mati dan kering kontang. 


Analoginya; apabila angin bertiup, kita  tak nampak angin itu tetapi kita boleh mencari dalil adanya angin iaitu kita dapat merasa adanya angin yang meniup ke muka kita ataupun kita dapat melihat  pokok bergoyang dan sebagainya.  Begitulah Allah melalui dalil-dalilNya meminta kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Dalam ayat tadi Allah menyuruh kita melihat bagaimana daripada biji benih yang kering kontang boleh menumbuhkan anak pokok. Allah hidupkan tanah yang telah mati lalu Allah keluarkan daripada biji-bijian itu hasil yang menjadi sumber makanan manusia.


Maka, sebagaimana Allah boleh suburkan semula tanah yang sudah mati dan kering kontang, begitu lah juga halnya dengan manusia yang sudah mati, Allah berkuasa menghidupkannya semula.

Allah berfirman: 

A001
"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya", (Az-Zalzalah 99:1)

A002
"Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya", (Az-Zalzalah 99:2)


Jika manusia memperhatikan dan meneliti dengan penuh makna akan kejadian di atas muka bumin, maka mereka dapat mengambil hikmah dan pengajaran bahawa Allah Maha Berkuasa menghidupkan kembali manusia dan akan menghisab segala amalan yang mereka kerjakan selama berada di atas muka bumi serta akan memberi pembalasan yang setimpal ke atas mereka.

Pengajaran ayat :

  • Antara rahmat Allah kepada hamba ialah dia menjadikan segala yang di atas bumi untuk kemudahan manusia.
  • Syukur dapat menambah nikmat Allah manakala kufur mendatangkan kemurkaanNya.
  • Cara bersyukur ialah dengan menjunjung perintah Allah dan Rasul bukan membantahnya.
  • Islam melarang perhubungan sejenis kerana perbuatan itu melanggar fitrah Allah yang menjadikan makhluknya berpasang-pasangan.


Marilah sama-sama kita sentiasa tadabbur ayat Allah untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dan juga wasiat Tuhan kepada kita semua.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...