بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Monday, January 31, 2011

Rezeki


A039

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba' 34:39)

Melayari Taufan Kehidupan

Jangan cuba dikawal arah taufan
tetapi kawallah layar kehidupan
tak perlu diukur dalamnya lautan
tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal

^

^
^

^

Daripada Ibnu Umar ra Rasulullah saw bersabda:

"Bila kamu berada pada waktu petang maka janganlah kamu menantikan waktu pagi.
Dan bila kamu berada pada waktu pagi janganlah menantikan waktu petang.
Pergunakanlah waktu sihatmu untuk waktu sakitmu, 
dan pergunakanlah masa hidupmu untuk saat kematianmu."
Riwayat Bukhari

Sumber: Majalah Solusi 5

Friday, January 14, 2011

Rukun Qauli, Fe'li & Qalbi







Rukun2 solat ada 13 (setengah ulama kata 14 sebab asingkan toma'ninah)
tapi ikut kebanyakan ulama' kata ada 13 sbb masukkan sekali toma'ninah.


Rukun qauli ialah rukun yang berkaitan dengan pertuturan dan pembacaan:

Ada 5 rukun qauli:

1) Takbiratul ihram.. Allahu Akbar
2) Membaca surah al-Fatihah
3) Tahiyat akhir/ tasyahud akhir
4) Selawat ke atas nabi dalam tasyahud akhir
5) Salam yang pertama

Rukun fe'li ialah rukun yang terlibat dengan geraklaku dan perbuatan:

Ada 6 rukun

1) berdiri betul
2) rukuk
3) bangun daripada rukuk
4) sujud
5) duduk antara 2 sujud
6) duduk bagi tasyahud akhir

Rukun qalbi ialah yang melibatkan hati:

Ada 2 rukun
1) niat
2) tertib


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...