tag:blogger.com,1999:blog-5877876228811279922024-03-13T23:18:27.411+08:00Ini Blog Danieldanielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.comBlogger1268125tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-45904332088719179282013-12-12T18:05:00.000+08:002013-12-12T18:05:14.480+08:00Kedudukan tinggi ibu dan bapa

Islam amat meninggikan kedudukan ibu bapa sehingga perintah
menghormati mereka tercatat di dalam al-Quran al-Karim sebagaimana firman Allah
SWT yang bermaksud :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; bersyukurlah
kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Islam menyuruh umatnya menghormati ibu bapa yang telah
bersusah payah membesarkan mereka dari kecil sehinggalah dewasa. Hendaklah
seorang anak itu menjaga tutur kata dengan ibu bapa.

Malah mengeluh dengan mengatakan âahâ sahaja tidak
dibenarkan, apatah lagi meninggikan suara atau menengking mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan âahâ
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia. (al-Israâ: 23)

Dimuliakan

Demikianlah tingginya kedudukan ibu bapa di sisi Islam.
Merekalah yang perlu dimuliakan selepas Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka
menyuruh untuk menyekutukan Allah SWT, maka tidak perlu taat kepada perintah
mereka lagi, namun Islam masih menyuruh berbuat baik kepada mereka.

Firman Allah SWT:

Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya
engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah
dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. (Luqman: 25)

Kedudukan ibu tiga kali ganda lebih utama daripada ayah. Ini
sesuai dengan pengorbanan seorang ibu menanggung kesusahan mengandung dan
melahirkan seorang anak. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang lelaki
tentang kepada siapakah yang paling berhak dia berbakti. Baginda menjawab
kepada ibu sehingga tiga kali kemudian yang keempatnya barulah kepada ayah.
(riwayat Al-Bukhari)

HARAM menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka
tidak menyuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.
Menderhaka kepada mereka termasuk dalam dosa-dosa besar sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian
derhaka kepada ibu bapa. (riwayat Muslim no. 593)

Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW pernah
bersabda: Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa yang paling besar? Para
sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, membunuh orang dan
derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. (riwayat Al-Bukhari)

Antara perbuatan yang dilarang ialah mencela atau mengejek
ibu bapa orang lain. Ini sering terjadi dalam kalangan remaja terutama yang
masih bersekolah. Mencela atau mengejek ibu bapa orang lain dianggap sama
seperti mencela ibu bapa kandung mereka sendiri.

Baginda melarang perbuatan seperti ini kerana akan membawa
kepada tabiat yang buruk dan tiada berkesudahan. Diriwayatkan daripada Abdullah
bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara dosa besar adalah seorang
mencela kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, Adakah
seorang lelaki mencela orang tuanya? Beliau menjawab: Ya. Dia mencela bapa
seseorang lalu orang tersebut (membalas) mencela bapanya, lalu dia mencela
ibunya, lalu orang tersebut (membalas) mencela ibunya. (riwayat Muslim)

Umat Islam hendaklah menekankan didikan terhadap anak mereka
mengenai adab terhadap ibu bapa sejak kecil lagi. Masalah derhaka kepada ibu
bapa bukanlah sesuatu yang remeh. Sebaliknya ia hendaklah dibendung dengan
menekankan aspek keagamaan seawal yang mungkin. Wallahuaâlam.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-65312286602928280872013-12-12T17:55:00.001+08:002013-12-12T17:58:53.690+08:00Bersegera mengerjakan amal soleh

Daripada Abi Hurairah RA bahasanya Rasulullah SAW bersabda: "Bersegeralah
kamu mengerjakan amal-amal yang soleh, kerana akan berlaku fitnah seperti malam
yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya
mukmin dan sebelah petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia
mukmin dan sebelah pagi kafir dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia
yang sedikit." (Riwayat Bukhari)

Huraian Hadith:

Seseorang mukmin dan muslim dikehendaki berpegang teguh
dengan agama (Islam) bersegera dan berlumba-lumba mengerjakan amal kebajikan
semasa muda selagi badan sihat dan masih ada masa kerana halangan yang akan
berlaku di masa hadapan tidak akan diketahui.

Rasullullah SAW mengingatkan umatnya supaya berhati-hati
dengan fitnah dan halangan kerana ia mendorong manusia melakukan maksiat.

Pada akhir zaman terdapat manusia yang menjadi kafir dan
menjual agama.

Cemburu Allah

Daripada Abu Hurairah RA daripada nabi SAW, baginda
bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT cemburu (tidak suka) dan cemburu Allah SWT
itu ialah terhadap orang yang akan mengerjakan apa yang diharamkan Allah ke
atasnya."

Huraian Hadith:

Allah SWT memberi kebebasan kepada seseorang melakukan apa
yang dikehendaki, namun begitu Allah tidak menyukai perbuatan yang diharamkan.

Perasaan benci kepada perkara yang dilarang oleh Allah
adalah suatu sifat yang mulia.

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-57643234112022673442013-12-12T17:50:00.001+08:002013-12-12T17:50:14.523+08:00Hijrah orang beriman

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

DUGAAN yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat
Rasulullah SAW di Mekah ialah penyeksaan, maki hamun, celaan yang dilemparkan
oleh kaum Musyrikin. Apabila mereka diberi keizinan berhijrah, maka satu dugaan
lain pula yang melanda mereka iaitu dugaan meninggalkan tanah air, harta benda,
rumah tangga dan alat-alat kelengkapan masing-masing.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang
beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan
orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada
orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman
dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan
berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka daripada golongan kamu. Dalam
pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih
berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) Kitab Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Anfal: 74-75)

Ibnu Jarir berkata: Mereka kembali kepada Rasulullah SAW dan
golongan Muhajirin lantas mereka menolong untuk agama Allah SWT.

Ibnu Saâdi berkata: Ayat-ayat terdahulu menunjukkan akad
perjanjian dalam memberi walad antara orang yang beriman dalam kalangan
Muhajirin dan Ansar.

Sayyid Quthub berkata: âSyarat hijrah terus terbuka
sehingga negeri di Mekah dikuasai Islam, iaitu ketika bumi Arab itu tunduk
kepada Islam dan kepimpinannya dan orang ramai bergabung di dalam
masyarakatnya. Oleh sebab itu hijrah tidak ada lagi selepas negeri Mekah dibuka
oleh Islam dan yang masih kekal ialah jihad dan beramal sebagaimana telah
dijelaskan oleh Rasulullah SAW.

Semuanya itu berlaku dalam pusingan pertama kemunculan Islam,
di mana ia dapat memerintah dunia ini selama kira-kira 1200 tahun dan
meneruskan perlaksanaan syariat Islam pada masa itu tanpa putus-putus dan
menegakkan kepimpinan Islamiah di atas landasan syariat Allah dan
kekuasaan-Nya.

Namun kini dunia telah kembali semula kepada jahiliah dan
undang-undang Allah SWT telah berangkat daripada kehidupan manusia di bumi dan
kuasa hakimiyah telah kembali kepada Taghut di seluruh dunia dan manusia mulai
tunduk kepada ubudiyah terhadap sesama manusia setelah Islam menyelamatkan mereka
daripadanya.

Kini Islam sedang memulakan satu pusingan yang baharu yang
sama dengan pusingannya yang pertama, di mana ia mula mengaturkan
peraturan-peraturan atau hukum-hukumnya yang berperingkat-peringkat sehingga
kepada tahap menegakkan negara Islam dan hijrah. Kemudian naungan Islam terus
mengembang dan meluas sekali dengan keizinan Allah SWT sehingga tidak ada lagi
hijrah kecuali jihad dan beramal sebagaimana yang telah berlaku di dalam
pusingan pertama.

Dalam menghadapi zaman pembinaan kewujudan Islam yang
pertama, ia melaksanakan peraturan-peraturan dan tugas-tugas yang khusus dengan
zaman itu, di mana kesetiaan kepada akidah menggantikan kesetiaan kepada darah
keturunan dalam segala bentuk dan rupanya dan segala komitmen dan kehendak-kehendaknya
termasuk saling mempusakai, saling bertakaful dalam bayaran diat dan
denda-denda yang lain.

Kemudian apabila kewujudan Islam ditegakkan pada hari Furqan
atau hari peperangan Badar, maka peraturan-peraturan khas yang telah diadakan
di zaman luar biasa seiring dengan proses pembinaan yang pertama di antaranya
ialah peraturan pusaka dan takaful dalam bayaran diat itu dikembalikan semula
kepada kaum kerabat tetapi dalam lingkungan masyarakat Islam di negara Islam.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-82948231292960225442013-11-11T08:03:00.000+08:002013-11-11T08:03:59.455+08:00Mencapai hakikat kebajikan, kebaktian

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

ALHAMDULILLAH segala puji bagi Allah, saya dapat
mengemukakan isu kali ini berkaitan galakan melakukan infak termasuk juga
berwakaf.

Untuk itu marilah sama-sama kita meneliti firman Allah SWT yang
bermaksud:

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan
dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa
yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya
Allah mengetahuinya. (Ali-Imran [3] : 92)

Syed Qutub berkata: "Orang Islam di waktu turunnya ayat
ini telah memahami maksud arahan Ilahi ini dan mereka begitu gemar dan teringin
untuk mencapai darjat kebaktian yang menjadi intisari segala kebaikan dan
kebajikan dengan menyerahkan segala apa yang disenangi mereka dan mengorbankan
harta benda mereka yang baik dengan murah hati kerana mengharapkan balasan yang
lebih baik dan lebih utama."

Imam al-Zahabi menceritakan tokoh-tokoh dermawan pada zaman
tabiin:

"Pada suatu hari, sekumpulan masyarakat duduk bersembang di dalam
Masjidil Haram selepas mengerjakan solat Isyak."

Salah seorang daripada mereka bertanya: "Siapakah orang
Arab yang paling dermawan era tabiin ini?"

Seorang lelaki menjawab: "Tabiin paling dermawan ialah
Abdullah bin Jaafar bin Abu Talib, anak kepada Jaafar al-Tayyar."

Seorang lagi menjawab: "Orang Arab paling dermawan itu
ialah Qais bin Saad bin Ubadah." Seorang lagi menjawab: "Orang Arab
paling dermawan adalah Urabah al-Ausi."

Mendengar apa yang dikatakan oleh mereka itu, maka kaum
muslimin berkata: "Kalau begitu, hendaklah masing-masing daripada kita
datang menemui setiap tokoh dermawan tadi secara berasingan. Sebelum berjumpa
dengannya untuk meminta-minta, hendaklah kita menampilkan diri seperti seorang
fakir.

"Setelah menjalankan tugas ini, kita hendaklah berjumpa
kembali di tempat ini dan setiap orang akan menceritakan manakah antara mereka
yang lebih pemurah."

Seorang pertama ditugaskan menemui Abdullah bin Jaafar
memakai pakaian buruk dan compang-camping.

Setibanya di Madinah, dia mendapati Abdullah bin Jaafar
sedang menunggang seekor kuda menuju ke Syam. Lelaki tadi terus menghalang
perjalanan Abdullah bin Jaafar.

Melihat keadaan itu, Abdullah bin Jaafar berkata:
"Sekiranya kamu mendatangiku ketika aku berada di Madinah, tentulah aku
memberikan seluruh permintaanmu ini.

"Sekarang harta yang ada pada diriku hanyalah seekor
kuda dan sebilah pedang. Sedangkan aku hendak bermusafir menuju Syam. Kalau
begitu, ambil sahaja kuda ini. Demi Allah, mulai dari sekarang aku tidak akan
lagi menunggang kuda."

Abdullah bin Jaafar kemudian duduk di bawah sebatang pokok
menanti rombongan musafir dengan harapan mereka sudi membawanya ke negeri Syam.

Lelaki tadi terus mengambil kudanya dan membawanya ke Mekah.

Sementara itu, orang yang ditugaskan untuk meminta daripada
Qais bin Saad bin Ubadah pula berangkat menuju ke rumah Qais. Setibanya di
hadapan rumah Qais di Madinah, dia terus mengetuk pintu rumah. Tidak lama
kemudian seorang pembantu Qais datang menghampiri pintu dari luar dan bertanya
siapa di luar.

Lelaki tadi menjawab: "Aku adalah lelaki fakir. Aku
datang ingin berjumpa Qais."

Pembantu rumah tersebut berkata: "Tuan saya sedang
tidur tapi ambil sahaja 1,000 dinar ini untuk keperluanmu."

Dalam hatinya berbisik dengan penuh kehairanan:
"Seorang pembantu rumah berani menginfakkan harta tuannya, lantas
bagaimanakah dengan Qais?"

Seorang lagi yang ditugaskan berjumpa dengan Urabah bin
al-Alusi menemuianya ketika dia sedang keluar rumah untuk mengerjakan solat
Asar dan ditemani dua orang hamba sahaya. Urabah seorang yang buta dan
memerlukan dua orang bagi membantunya.

Lelaki tadi terus meminta dengan berkata: "Aku adalah
seorang fakir dan aku datang menemuimu untuk meminta sesuatu kepadamu."

Urabah menjawab: "Demi Allah, sekarang ini aku sudah
tidak memiliki apa-apa lagi, kerana banyak yang telah aku infakkan sejak
kebelakangan ini."

"Pun begitu, sudikah kamu menerima dua orang hamba
sahaya ini?"

Lelaki tadi menjawab: "Kalau kamu berikan kepadaku dua
hamba sahaya ini, siapa lagi yang akan membantu perjalananmu menuju ke masjid
nanti?" Urabah menjawab: "Biarlah aku berangkat sendiri ke
masjid."

Lelaki tersebut terus mengambil dua hamba berkenaan dan
membawa pulang menuju ke Mekah. Ketiga-tiga lelaki tadi berhimpun di dalam
Masjidil Haram selepas berjaya menjalankan tugas masing-masing.

Setiap daripada mereka menceritakan: "Abdullah bin
Jaafar sememangnya orang kaya dan dermawan. Dia pasti dikenang oleh masyarakat
Arab. Qais bin Saad pula ialah seorang dermawan dan baik hati.

Namun kedua-duanya tidaklah sehebat Urabah al-Alusi. Ini
kerana dia bersifat pemurah meskipun dirinya fakir. Tambah pula, dia adalah
orang buta dan berjalan ke masjid tanpa sesiapa yang membantunya."

Seorang penyair bersyair: "Aku lihat Urabah al-Alusi
mengukir kehormatan, tanpa tandingan dan mereka pasti memujinya. Jika bendera
kemuliaan dan kehormatan dikibarkan, pastilah Urabah orang pertama yang
memegangnya."

Semoga sifat dermawan dan berinfak menjadi pakaian umat
Islam dan sentiasa membantu golongan yang tidak bernasib baik.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-33877038863244787992013-11-11T07:54:00.000+08:002013-11-11T07:54:53.488+08:00Anda Ada Resdung?

RESDUNG atau sinusitis adalah satu masalah lazim di seluruh
dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang, ujian
tersebut mendapati lapan daripadanya mengalami masalah sinusitis ringan yang
tidak memerlukan rawatan.

Di Malaysia, dianggarkan 60 hingga 65 peratus penduduk
mengalami masalah resdung.

Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang 50 peratus
mendapatkan rawatan dan ramai tidak mahu berjumpa doktor kerana menganggap
gejala resdung yang dialami hanya selesema atau alahan biasa.

Menurut perubatan moden, resdung adalah radangan yang berada
di lapisan membran meliputi dinding ruang sinus. Punca keradangan sinus
disebabkan jangkitan kuman atau virus, alergi atau masalah sistem imun badan
seseorang.

Pesakit resdung menjadi lebih sensitif kepada bahan
menyebabkan alahan seperti habuk, bulu binatang, perubahan cuaca terutama cuaca
sejuk, pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria atau virus.

Penghidap resdung biasanya sering mengalami gejala selesema
seperti hidung tersumbat, rasa sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala. Ini
banyak berlaku terutama pada waktu pagi.

Simptom

* Batuk hingga kerongkong dan anak tekak gatal.

* Telinga sering tersumbat.

* Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.

* Gatal mata apabila digaru, menjadi merah berair.

* Bersin melampau dan terlalu kerap.

* Simptom paling ketara apabila hidung kerap tersumbat
dengan lendir dan kahak hingga sukar dihembus keluar. Akibatnya, suara
penghidap menjadi sengau.

Individu berisiko

* Alah kepada habuk, bulu dan makanan menyebabkan hidung
tersumbat.

* Mempunyai kelainan dalam hidung seperti septum dinding
pemisah hidung bengkok.

* Mempunyai ketumbuhan dalam hidung hingga menyebabkan ruang sinus sempit.

Kesan

Resdung jika tidak dirawat dengan betul akan memberi kesan
serius kepada penghidap sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.

Kanak-kanak

Antara akibat resdung kepada kanak-kanak ia boleh merebak ke
dalam mata hingga menyebabkan jangkitan bakteria dan mata bernanah. Dalam kes
sangat kronik, resdung boleh menyebabkan buta.

Dewasa

Resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang
sinus frontal. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh
dipenuhi bakteria.

Risikonya bakteria boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan
pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut.

Cegah radang resdung

* Elak memelihara binatang berbulu.

* Jangan guna sarung bantal, cadar dan selimut diperbuat
daripada bulu binatang.

* Bersihkan karpet atau permaidani dengan penyedut hampagas.

* Pakai penutup hidung ketika mengemas rumah

* Minum banyak air suam atau mineral.

* Lap muka dengan tuala basah dan air suam

* Elak makan makanan laut seperti udang, sotong dan kerang.

Rawatan Islam

Di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, terdapat ramai pesakit
resdung mendapatkan rawatan. Salah seorangnya, Kamal, 28. Dia sering bersin
waktu pagi dan masalah hidung tersumbat apabila resdung menyerang.

Kamal telah mencuba pelbagai rawatan dan ubatan tradisonal
dan moden namun, kesan positif hanya bersifat sementara.

Doktor sahkan Kamal menghidap resdung kronik dan perlu
menjalani pembedahan.

Kamal membuat keputusan pergi ke Pusat Rawatan Islam Al
Hidayah untuk rawatan resdung dan beliau diberi beberapa ayat.

Dengan izin Allah, sakit kepalanya berkurangan.

Namun, dia sering bersin setiap pagi dan kulit wajahnya
masih berjerawat. Setelah beberapa kali menjalani sesi rawatan, masalah resdung
Kamal beransur pulih.

Jerawat di muka berkurangan dan hidungnya jarang tersumbat.
Apa yang paling menggembirakan, Kamal tidak perlu dibedah.

Kesembuhan yang berlaku adalah dengan izin Allah melalui
mukjizat al-Quran. Kemuliaan dan kelebihan al-Quran dalam penyembuhan penyakit
adalah rahmat kepada orang yang memahami dan menyedari rahsia kehebatan
mukjizat al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan kalaulah al-Quran
itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata:
Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah
Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?
Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta
penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak
beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga
mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa
(pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan
melarikan diri dari ajaran al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang
diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau
melihat dengan nyata)." (Surah Fussilat ayat 44)

Ssungguhnya al-Quran mempunyai pelbagai rahsia yang Allah
sahaja Maha Mengetahuinya.

Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah terlebih dahulu, memeriksa
setiap pesakit yang datang, jika ada gangguan makhluk halus. Perawat akan
membuang gangguan jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai
doa kepada Allah memohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah:

* Surah An-Nahl ayat 66 hingga 74

* Surah Al-Anfaal ayat 36 hingga 50

Pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali pada malam
dan surah kedua tiga kali pada siang. Amalkan setiap hari selama tiga hingga
empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu berdoa kepada Allah
untuk penyembuhan.

Dalam pengalaman saya mengubati penyakit fizikal, selalunya
ayat dari Surah Al-Anfaal mempunyai hikmah dan keupayaan penyembuhan seumpama
antibiotik. Ayat dari Surah An-Nahl berfungsi menguatkan daya pertahanan diri
tubuh badan.

Insya-Allah gabungan amalan dua surah ini boleh membantu
mengatasi masalah resdung. Percayalah bunyi bacaan al-Quran memiliki aura dan
gelombang suara yang berfrekuensi tertentu dan panjang gelombang tertentu.

Gelombang ini mempengaruhi sel dalam tubuh badan kita secara
positif dan mengembalikan keseimbangan tubuh. Gelombang dan aura kalimah suci
memberi kesan positif kepada sel antibodi dan juga menguatkan sistem pertahanan
tubuh badan.

Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat al-Quran ini
bertindak umpama rawatan moden, namun prosesnya tidak mampu dilihat dengan mata
kasar atau dijelaskan dengan logik akal.

Firman Allah yang bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya
telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi
penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi
orang-orang yang beriman ." - Surah Yunus, Ayat 57

Penutup

Dugaan kepada setiap penyakit yang dihadapi sebenarnya
adalah ujian Allah. Justeru, hendaklah kita berikhtiar dan berusaha serta
tawakal sepenuh hati.

Sesungguhnya doa, senjata kita yang paling ampuh dalam
menghapuskan dan menyembuhkan penyakit.

bersama Haji Lokman Abdul Hamid

TANYA apa saja mengenai pelbagai masalah berkaitan penyakit
fizikal atau spiritual. Sebarang soalan boleh e-mel ke lokman.alhidayah@gmail.com
www.alhidayah-medic.com

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-29454518103777972242013-10-26T08:31:00.003+08:002013-10-26T08:31:37.227+08:00Rahsia penduduk Mekah berumur panjang?

FIRMAN Allah SWT :

"Allah telah menjadikan
Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia....." (al-Ma'idah [5] : 97)

Angkasawan pertama yang menjejakkan kaki di bulan, Neil
Armstrong telah membuktikan bahawa kota suci Mekah yang terletaknya Kaabah
adalah merupakan pusat kepada planet bumi.

Sebenarnya dalam al-Quran telah lebih dahulu membicarakan
perkara ini. Oleh itu sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran, kita
perlulah meneliti dan berfikir di sebalik rahsia-rahsia yang terkandung di
dalam ayat-ayat suci al-Quran al-Karim itu.

Antara kalam-kalam Allah SWT tentang Mekah sebagai pusat
bumi adalah firman:

"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu
(wahai Muhammad) al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan
kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya
(negeri-negeri di sekelilingnya). (asy-Syuraa [42] : 7)

Perkataan Ummul Qura bererti induk bagi kota-kota
lain di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain dan
yang lain hanyalah berada di sekelilingnya. Lebih daripada itu kata ummul (ibu)
mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam.

Sebagaimana seorang ibu adalah sumber daripada keturunan,
maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di
atas semua kota.

Firman Allah lagi:

"Wahai jin dan
manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka
lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu
pengetahuan)". (ar-Rahman [55] : 33)

Perkataan aqthar adalah bentuk jamak daripada
perkataan qutr yang bererti diameter dan ia mengacu pada langit dan
bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter
lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lapisan bumi). Jika
Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada
di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.

Ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah,
tempat Kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh
lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai orang Mekah, wahai
orang Quraisy, sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit."

Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada
tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci
Mekah seharunya dijadikan rujukan waktu dunia. Bukannya Greenwich yang sekian
lama menjadi rujukan umum. (Mekah sebagai pusat bumi, Dr. Mohamad Daudah).

Suka ditegaskan akan pengakuan yang dibuat oleh Neil
Armstrong bahawa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet
bumi. Sedangkan al-Quran sejak 1,400 tahun lalu telah membicarakan mengenai
kota Mekah dan Kaabah adalah sebagai pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Armstrong melakukan perjalanan ke
luar angkasa dan mengambil gambar planet bumi, dia berkata: "Planet bumi
ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia
berpusat?"

Fakta ini telah diteliti melalui suatu penelitian ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet bumi
mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkan di Internet tetapi
sayangnya 21 hari kemudian, laman sesawang tersebut hilang dan seperti ada
alasan tersembunyi di sebalik penghapusan tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah
radiasi tersebut berpusat di kota Mekah dan tepatnya berasal dari Kaabah. Yang
mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir).

Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil gambar planet
Marikh, radiasi tersebut masih berterusan. Para peneliti Muslim mempercayai
bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di
planet bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub Utara dan kutub Selatan,
terdapat suatu kawasan yang bernama Zero Magnetism Area, di mana apabila
kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak
akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua-dua
kutub.

"Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka
dia akan hidup lebih lama, lebih sihat dan tidak banyak dipengaruhi oleh
kekuatan graviti. Oleh sebab itulah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka
seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita
bertenaga ketika mengelilingi (tawaf) di Kaabah dan ini adalah fakta yang telah
dibuktikan secara ilmiah."

Penelitian lainnya ialah Hajarul Aswad merupakan batu tertua
di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di England, terdapat
tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan
bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hajar Aswad
itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu dan dosa-dosa
anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam (rujuk Jami' at-Tirmizi al-Hajj).

Begitu juga hadis yang bermaksud: "Hajar Aswad dari
batu-batuan syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari syurga
selain batu itu." (riwayat Tabarani)

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-18726120351806365152013-10-26T08:09:00.000+08:002013-10-26T08:09:15.069+08:00Keagungan ayat Kursi

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan
Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat
(pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada
di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak
mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki
(memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya)
meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga
serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya),
lagi Maha Besar (kekuasaanNya)." (al-Baqarah [2] : 255)

Ayat Kursi mempunyai keagungannya sehingga jika dibaca untuk
melawan syaitan dan iblis, nescaya makhluk yang dilaknati oleh Allah SWT itu akan terbakar. Ayat Kursi sangat ditakuti oleh syaitan dan iblis, malah ketika ayat ini diwahyukan
kepada Rasulullah SAW seluruh syaitan dan iblis menjadi resah gelisah.

Ada riwayat mengatakan bahawa ketika membawa wahyu ayat
Kursi kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril as. diiringi oleh 40,000 malaikat,
manakala ada riwayat lain pula mengatakan Jibril diiringi oleh 80,000 malaikat.
Dengan diiringi oleh sedemikian ramai malaikat, maka sudah tentulah ayat Kursi
bukan sebarangan ayat, pastinya ada keistimewaan dan kehebatan di sebaliknya.

Sebaik sahaja menerima wahyu ayat Kursi, Rasulullah SAW
segera memanggil Zaid bin Thabit untuk menuliskannya.

Pada saat ayat Kursi diwahyukan kepada baginda junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, syaitan dan iblis menjadi kelam-kabut dan keluh-kesah,
malah tidak keruan tanpa diketahui punca yang menyebabkan kejadian begitu.

Lantas ketuanya memerintahkan kepada sekalian syaitan dan
iblis menjelajah ke setiap pelosok langit dan bumi bagi mencari punca dan sebab
yang menjadikan mereka dilanda kegelisahan dan kepanasan.

Dalam penjelajahan dan penyiasatan yang dibuat, syaitan dan
iblis mendapati punca kegelisahan mereka adalah disebabkan daripada bahang
panas ekoran turunnya ayat Kursi di Madinah, ayat yang jika umat Islam yang
mantap iman dan takwa menjadikannya sebagai senjata melawan syaitan dan iblis,
pasti syaitan dan iblis akan tumpas, malah akan terbakar.

Demikianlah betapa agung dan hebatnya ayat Kursi yang patut
dijadikan ayat yang semestinya dibaca dalam semua keadaan, kecuali ketika
berada di tempat-tempat yang tidak suci.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa
membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya Allah
mengurniakan mereka hati orang-orang yang bersyukur, amalan orang siddiqin,
pahala para nabi dan menghampirkan ke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah
yang mana tiadalah yang menegahnya daripada memasuki syurga selepas mati."

Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Tiadalah yang
menetap atas amalan membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardhu itu
melainkan orang-orang siddiqin atau ahli-ahli ibadah" (daripada Ali bin
Abi Talib)

Sesungguhnya ada hadis baginda Rasulullah SAW yang
menyebutkan bahawa ayat Kursi adalah penghulu kepada ayat-ayat al-Quran.
Justeru kenapa kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkan keagungan
dan kehebatan ayat Kursi itu.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-23890227169976010312013-10-21T06:33:00.001+08:002013-10-21T06:33:14.282+08:00Melazimi sifat benar

Sumber

ARKIB : 18/10/2013

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

ALHAMDULILLAH, pada ruangan kali ini, penulis cuba
membincangkan isu sifat benar yang semestinya dilazimi oleh umat Islam.

Sesungguhnya Allah telah merakamkan pujian kepada golongan siddiqin kerana
teguhnya janji dengan Allah, di dalam firman-Nya:

Di antara orang-orang
yang beriman itu ada orang-orang yang bersikap benar, menunaikan apa yang telah
dijanjikan kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka
ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu mati syahid), dan di
antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang
mereka janjikan itu) sedikitpun. (al-Ahzab [33] : 23)

Syeikh al-Maghari berkata: Dalam kalangan orang yang beriman
kepada Allah SWT dan rasul-Nya mereka sentiasa menepati janji mereka dengan
sabar ketika menghadapi mala petaka dan bahaya walaupun terdapat dalam kalangan
mereka yang gugur syahid dalam peperangan Badar, Perang Uhud dan peperangan
yang lain.

Terdapat dalam kalangan mereka yang menanti-nanti
terlaksananya janji Allah SWT walaupun di kalangan mereka ramai yang gugur
mendahului mereka, namun mereka tetap setia terhadap janji-Nya.

Benar merupakan sifat yang mulia dan menjadi sifat wajib
bagi rasul-rasul. Begitu juga dikurniakan balasan yang baik bagi siapa yang
melazimi kebenaran. Mereka digelar sebagai al-Siddiqin.

Sejarah membuktikan Rasulullah SAW telah melahirkan generasi
atau sahabat yang bersifat dengan benar. Hal ini dijelaskan dalam banyak nas
daripada al-Quran. Mereka sanggup melakukan apa sahaja berdasarkan keyakinan
dan kebenaran yang mereka imani dan yakin.

Benar yang pertama iaitu benar hati dan iktikad adalah yang
paling sukar diikuti dengan yang kedua, benar perbuatannya. Ini kerana hati
yang merupakan raja kepada badan begitu mudah terpengaruh dan menerima sebarang
anasir, sama ada daripada pengaruh syaitan atau nafsu. Justeru, hendaklah kita
melazimi sifat benar supaya kehidupan menjadi lebih harmoni.

Para sufi menganggap sifat siddiq adalah pintu
masuk pertama untuk melangkah ke alam ketuhanan. Dengan melalui pintu siddiq ini
telah ramai murid sampai kepada hakikat makrifah. Ini bukanlah sesuatu yang
ganjil, ini kerana pada sifat al-Siddiq terhimpun segala kemuliaan
dan kelebihan, antaranya di sinilah lahirnya segala akhlak-akhlak yang terpuji.

Benar dalam percakapan, janji, perbuatan atau tindakan dalam
perkhidmatan atau tugas amat diperlukan. Ini kerana benar boleh merungkai
banyak kemelut kehidupan. Bukan itu sahaja tetapi dapat menenangkan hati-hati
manusia.

Dengan itu juga, masyarakat akan dapat hidup aman damai,
keadilan dapat ditegakkan dan hak dapat dipertahankan. Benar juga menjadikan
manusia mempunyai maruah dan jati diri.

Dalam realiti kehidupan, kadang-kadang kebenaran cukup pahit
untuk dikemukakan apatah lagi boleh membawa kecaman dan pelbagai celaan, tetapi
sebaliknya ia berkesudahan dengan kejayaan dan kemenangan.

Justeru, sewajarnya kita hiasi sifat benar dalam semua acara
kehidupan kita, sama ada sebagai suami, isteri, anak, pekerja, majikan dan
lain-lain.

Sifat benar jika dapat diamalkan dan diaplikasikan dalam
kehidupan ini sudah pasti akan menatijahkan suasana yang baik dan mendapat
keredaan Allah SWT.

Semoga kita semua memperoleh kehidupan yang bahagia dengan
hiasan sifat benar. Aamiin.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-46719625204322394802013-10-21T06:21:00.001+08:002013-10-21T06:21:26.894+08:00Sembelihlah egomu

ARKIB : 15/10/2013

HARI ini kita berada pada 10 Zulhijjah. Selain Hari Raya
Aidiladha, hari ini juga merupakan hari pertama bagi kaum muslimin melakukan
ibadah korban dan akan berakhir pada hari tasyrik yang terakhir iaitu pada 13
Zulhijjah.

Selama tiga hari ini kita disunatkan untuk menyembelih
haiwan ternak sebagai korban. Sama ada kambing, lembu ataupun unta. Dagingnya
lalu dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin yang memerlukan.

Sebahagiannya boleh dijadikan hadiah kepada rakan handai dan
boleh juga dimakan untuk santapan keluarga.

Penyembelihan haiwan korban ini sebenarnya simbolik bagi
kepatuhan seorang mukmin kepada tuhannya. Allah tidak menilai kesempurnaan
ibadah ini dengan daging dan darah haiwan tersebut, akan tetapi memandang
kepada kualiti takwa yang terdapat di dalam hati pelaku ibadah ini.

Allah berfirman:

Daging dan darah haiwan itu tidak akan
mencapai Allah, akan tetapi ketakwaan yang berasal daripadamu. (al-Haj:
37)

Ibadah korban mengingatkan kita kepada kepatuhan Nabi
Ibrahim yang bersedia menyembelih Ismail anak kandungnya sendiri kerana
memenuhi perintah Allah SWT.

Kesediaan ini menunjukkan tingkat kehambaan baginda yang
menempatkan Allah SWT di tingkatan tertinggi di dalam lubuk hatinya.

Sebagai seorang bapa, Ibrahim tentu sahaja sangat mencintai
anaknya. Beliau bersedia berpenat lelah untuk memenuhi keperluannya, bahkan
bersedia mengorbankan nyawa jika diperlukan untuk melindunginya.

Bagi seorang ayah, perintah menyembelih anak lebih berat
daripada perintah untuk mati demi anak. Sangat berat bagi seorang ayah melihat
anaknya mati, lebih-lebih lagi jika mesti menerusi tangannya sendiri.

Namun Ibrahim berjaya lulus dalam ujian ini. Beliau telah
membuktikan kepada dunia bahawa tuntutan Allah lebih ia turuti dan mengenepikan
perasaan, ego dan emosinya sendiri. Justeru Allah lalu memberinya gelaran Khalilullah (kekasih
Allah).

Pengajaran ini hendaklah hadir dalam hati apabila kita
melaksanakan ibadah korban. Sewaktu menyembelih haiwan korban, sebenarnya kita
sedang menyembelih nafsu dan ego yang selama ini memperhambakan kita.

Kita ingin membebaskan diri daripada kedua-duanya agar
benar-benar menjadi hamba Allah SWT tanpa berbelah bahagi.

Kita juga mesti ingat bahawa pengorbanan sejati belum dapat
diraih selagi mana kita belum mempersembahkan sesuatu yang paling kita cintai
untuk Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud:

Kamu tidak akan
mencapai darjat berbakti sehinggalah kamu memberikan daripada apa-apa yang kamu
cintai. (Ali Imran: 92)

Kata kuncinya ialah meninggalkan nafsu kerana Allah SWT.
Kita mesti selalu merujuk kepada hukum Allah SWT dalam setiap tindakan yang
hendak kita lakukan dan ucapan yang hendak kita sampaikan. Mana yang melanggar
syariat mesti dibuang dan mana yang selari dengan syariat boleh diteruskan.

Perkara ini memang berat di permulaan. Kita berpuasa apabila
semua orang makan, bangun tahajud apabila semua orang tidur dan menjaga lisan
apabila semua orang sangat ringan membicarakan aib orang lain. Namun jika
diteruskan, sedikit demi sedikit kemanisan iman akan terbit di hati.

Ibrahim Al-Khawas berkata: "Barang siapa yang
meninggalkan keinginan nafsu, namun ia tidak merasakan kemanisan di dalam hati,
itu pertanda ia tidak ikhlas apabila meninggalkannya."

Balasan lain yang telah disiapkan bagi orang yang
meninggalkan nafsunya kerana Allah SWT ialah ia akan mendapat ganti yang lebih
baik daripada perkara yang ia tinggalkan itu.

Berkata Ubay bin Kaab: "Tidaklah seorang hamba
meninggalkan sesuatu kerana Allah SWT, melainkan Allah SWT akan memberinya
sesuatu yang lebih baik daripada sumber yang tidak disangka-sangka."

Perkara ini hanya terbukti bagi orang yang pernah
melakukannya. Selamat mencuba.

Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR

PENULIS kini sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti <st1:place w:st="on">Malaya</st1:place> (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-36829646834963876052013-10-08T07:00:00.004+08:002013-10-08T07:00:42.171+08:00Bumi Allah itu luas

BUMI, menurut tafsiran yang khusus adalah tanah tempat kita
berpijak. Manakala dalam erti yang luas mencakupi lautan, udara, daratan dan
segala isinya. Oleh itu, ada istilah 'perut bumi' yang mengandungi air, minyak
dan batuan, yakni tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tertimbun selama jutaan
tahun.

Allah SWT memilih bumi sebagai tempat tinggal yang kaya dan
subur untuk penghidupan manusia

"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai
hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan
kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan
air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka
janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua
mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)".(al-Baqarah [2] : 22)

"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu)
berfikir." (ar-Ra'd [13] : 3)

"Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang
banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman
(buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;" (Qaf [50] : 9 )

dan diciptakan-Nya pula gunung untuk mengukuhkannya agar manusia dapat hidup di
atasnya tanpa ketakutan.

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan
dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah
menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di
antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang
memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan
kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.( al-Naml [27] : 61)

Bumi Allah luas

"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada
orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di
dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi
Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya
orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira".(az-Zumar [39] : 10)

Padang Mahsyar

Di bumi, manusia hidup dan mati, lalu dibangkitkan kembali
di Padang Mahsyar pada hari kiamat (rujuk al-A'raf: 25).

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".al-A'raf [7] : 25)

Ertinya, segala yang ada di bumi dijadikan manusia (rujuk al-Baqarah: 29), tetapi hanya sebagai tempat sementara.

Dalam hadis riwayat Bukhari daripada Ibnu Umar ra.,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jadilah engkau di dunia ini
seolah-olah orang asing atau penyeberang jalan." Oleh itu, manusia harus
mengetahui erti dan tujuan hidupnya di bumi, yakni menyembah dan beribadat
kepada-Nya. (rujuk az-Dzaariyaat: 56)

Tanggungjawab manusia

Secara harfiah, surah az-Zumar, ayat 10, boleh ditafsirkan
bahawa bumi Allah SWT itu begitu luas, sehingga tidak ada alasan bagi manusia
untuk tidak berbuat baik dan berbakti. Kita digalakkan menjelajah bumi dan
meningkatkan rasa tanggungjawab serta martabat kita sebagai manusia.

Dalam al-Quran, ada kritikan terhadap orang yang menyerah
dan tidak mahu berhijrah untuk mendapatkan kehidupan yang bertanggungjawab
serta meningkatkan martabatnya. (rujuk an-Nisa: 97)

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat
semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk
membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh
malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama
kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang
tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu
luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka
orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka
jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."(an-Nisa [4] : 97)

Khalifah di muka bumi

Allah SWT mencipta manusia sebagai khalifah di muka bumi.
(rujuk al-Baqarah: 30)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka
bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".(al-Baqarah [2] : 30)

Hanya manusia, bukan jin atau malaikat yang diberi
kepercayaan oleh Allah untuk memelihara bumi (rujuk al-A'raf: 56 dan 85

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya
dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat
kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.(al-A'raf [ 7 ] : 56 )

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka
Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah,
(sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah
datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu,
sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia
akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu
berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur)
dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu
orang-orang yang beriman..(al-A'raf [ 7 ] : 85)

kerana hanya manusia yang memiliki akal serta fikiran untuk memahami tanda
kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT di muka bumi. (rujuk ar-Rum [30] : 22)

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan
kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan
warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan
bagi orang-orang yang berpengetahuan.(ar-Rum [30] : 22)

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-82678747402536655262013-10-08T06:07:00.000+08:002013-10-08T06:07:32.054+08:00Marah itu daripada syaitan

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

FIRMAN Allah SWT

yang bermaksud:

"Iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan
kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah),
Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik". (Ali-Imran:
134)

Ibnu Kathir dalam tafsirnya antara lain menafsirkan:
"Mereka tidak melampiaskan kemarahannya kepada orang lain, tetapi
sebaliknya, mereka menahannya dengan mengharap pahala di sisi Allah SWT.

Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya
sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna
orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.

Adapun maksud perkataan janganlah marah yang dikatakan
kepada lelaki tersebut ialah jangan menuruti hawa nafsu kemarahan itu dan
bukanlah maksudnya melenyapkan sama sekali nafsu itu. Ini kerana kemarahan
adalah satu-satunya daripada tabiat manusia yang tidak mungkin dihapuskan.

Oleh itu, maksud Rasulullah SAW dengan larangannya kepada
perkara menimbulkan kemarahan itu dan Baginda bersabda pada hadis yang lain:

"Jauhilah
kemarahan, kerana ia adalah bara api yang menyala-nyala dalam hati anak Adam.
Cubalah lihat apabila salah seorang kamu dalam keadaan marah, kedua-dua matanya
merah, urat lehernya kelihatan timbul. Apabila salah seorang merasa marah, maka
hendaklah dia berbaring atau duduk di atas bumi."

Pernah juga Rasulullah SAW menerangkan:

"Bahawa
kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada
api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila seseorang di kalangan kamu
marah kamu maka hendaklah dia berwuduk."

Emosi kita harus matang lebih dahulu dalam mengenali dan
menerima diri sendiri. Jika tidak, tentu kita akan salah langkah dan yang kita
buat sudah tentu perbuatan yang salah. Akhirnya, kita merasa bersalah dan cemas
kerananya.

Seseorang yang cenderung menggunakan emosinya dalam berfikir
menandakan bahawa emosinya belum matang. Kita perhatikan seorang yang sakit
jantung, dia datang kepada doktor untuk berubat.

Lantas disyorkan supaya berhenti merokok sementara, tetapi
kerana emosinya dia mengabaikan saranan doktor tersebut. Maka apa yang berlaku?
Dua bulan kemudian dia meninggal dunia akibat penyakit jantung yang parah.

Jika kita menurutkan emosi yang meluap-luap sudah tentu kita
akan kehilangan arah, ke mana akan melangkah dan apa yang harus dilakukan.
Orang matang emosinya cukup mengenali dirinya sendiri untuk menyedari apa yang
menganjal di hatinya dan menggunakan sejumlah pengetahuan yang diperoleh
daripada pengalaman sebelumnya.

Ketidakmampuan untuk mengakui batas-batas kemampuan kita
akan menjadi emosi kemarahan boleh mengakibatkan banyak kecemasan dan
kekecewaan.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-72433795928149404052013-10-07T05:44:00.001+08:002013-10-07T05:44:15.387+08:00Ingin hidup berkat?

Sumber

Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR

BERKAT satu anugerah yang luar biasa. Ia hanya diberikan kepada
hamba-hamba Allah yang taat. Dengan keberkatan, rumah sempit terasa luas, harta
sedikit terasa cukup dan hidup akan terasa lebih indah.

Orang kafir atau fasik tidak akan mendapatkan keberkatan.
Justeru, mereka tetap merasa kurang dan sempit meskipun hidup dalam rumah besar
dan mewah.

Tanpa keberkatan, kelebihan harta benda hanya akan menyeksa
pemiliknya dengan pelbagai kebimbangan, ketakutan dan kerunsingan.

Di zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang munafik yang
menentang hukum Allah secara zahirnya hidup dalam keselesaan. Mereka memilik
harta yang banyak dan anak-anak ramai.

Meskipun begitu, Allah SWT menjelaskan sebenarnya keselesaan
itu bukanlah hakik. Akan tetapi sekadar tipuan mata sahaja.

Justeru, Allah SWT berkata kepada kaum mukminin:

"Janganlah
engkau berasa kagum dengan harta dan anak-anak mereka. Allah menjadikan (harta
dan anak-anak itu) hanya sebagai azab bagi mereka di atas muka bumi ini
sehingga mereka akan dicabut nyawa dalam keadaan kafir". (al-Taubah: 55)

Secara bahasa, berkat (bahasa Arab: barakah) maknanya
'bertambah' dan 'berkembang'.

Ringkasnya, keberkatan dalam sesuatu ertinya kualiti
kebaikan yang terdapat di dalam sesuatu itu berkembang sehingga melampaui
bilangan kuantitinya.

Malam Lailatulqadar disebut sebagai malam berkat. Sebab kebaikan
yang terdapat pada malam itu melebihi kebaikan yang terdapat pada malam-malam
yang lain.

Meskipun tempoh masa malam itu seperti malam-malam yang lain
iaitu 12 jam, namun kebaikannya menyamai 1,000 bulan.

Jika kita minta 'hidup yang berkat', ertinya kita meminta
agar diberikan satu kehidupan yang kebaikannya melampaui bilangan hari-harinya.
Walaupun kita hanya hidup dalam 70 tahun sahaja misalnya, namun mampu mencapai
prestasi bagai orang yang hidup 100 tahun lebih.

Itu yang berlaku pada tokoh-tokoh ulama terdahulu. Mereka
punya waktu yang sama dengan kita, sebulan terdiri dari empat minggu, seminggu
terdiri dari tujuh hari dan sehari terdiri dari 24 jam. Namun keberkatan dalam
hidup memungkinkan mereka berkarya lebih banyak daripada kita.

Lihatlah Imam al-Nawawi yang hidup hanya 45 tahun. Namun
berjaya menghasilkan berjilid-jilid buku yang sangat tinggi nilai ilmiahnya.

Lembaran buku-buku yang ditulisnya lebih banyak daripada
lembaran hari-hari yang berlalu sejak beliau lahir hingga meninggal dunia.

Penghapus keberkatan

Semakin kita menjadi insan bertakwa, semakin banyak
keberkatan akan berlimpah dalam hidup. Firman Allah SWT:

"Jika sekiranya
penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan limpahkan kepada mereka
keberkatan dari langit dan bumi". (al-A'raf: 96)

Sebaliknya, maksiat dan penentangan syariat Allah akan
menafikan berkat. Semakin sering seseorang melakukan maksiat, semakin hilang
keberkatan daripada hidupnya.

Juga, tidak ada keberkatan dalam hidup, selagi mana makanan
kita bersumber daripada perkara haram dan subahat. Makanan seperti ini akan
menghalang manusia untuk menggunakan waktunya dengan berkesan. Akibatnya,
timbul fenomena malas beribadah, mengantuk ketika belajar ataupun lalai ketika
bekerja.

Tidak ada keberkatan dalam hidup kita selama riba bercampur
dalam rezeki kita. Sebab Allah berjanji:

"Allah akan memusnahkan riba dan
menyuburkan sedekah". (al-Baqarah: 276)

Imam Fakhruddin al-Razi berkata, "Ketahuilah bahawa
Allah memusnahkan riba akan berlaku di dunia juga di akhirat. Adapun di dunia,
akan terjadi dengan berbagai-bagai cara. Antaranya, orang yang mengambil riba
akan jatuh miskin pada akhir hayatnya atau hilang keberkatan dalam
hartanya."

Tiada keberkatan dalam hidup selagi mana khianat, pecah
amanah dan rasuah sering menjadi kebiasaan. Syeikh Afdhaluddin berkata:
"Khianat menghapuskan berkat sebagaimana haram menghapuskan halal. Sesiapa
berkhianat dalam satu dirham, iblis akan mengheretnya untuk berkhianat dalam
1000 dirham."

Semoga Allah mengembalikan keberkatan dalam hidup kita agar
kita berjaya di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal 'alamin.

PENULIS kini sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-5306999594308806562013-10-07T05:34:00.002+08:002013-10-07T05:34:54.983+08:00Jasad dan roh terpelihara

Sumber

Oleh IBRAHIM ABDULLAH

PARA syuhada dalam peperangan Uhud di Madinah adalah mereka
yang dekat dengan Rasulullah SAW. Allah SWT telah melapangkan dada mereka untuk
masuk Islam, maka mereka beriman kepada risalah Baginda.

Mukjizat-mukjizat Baginda yang mereka lihat menambah
keyakinan mereka. Dengan demikian kehidupan mereka pun berubah, mereka
membentuk diri menjadi peribadi-peribadi baharu. Mereka tinggalkan setiap
perkara yang menentang syariat Allah di atas jalan Islam yang mulia.

Kesenangan mereka adalah di dalam beribadat kepada Allah dan
taat kepada Rasul-Nya. Tubuh mereka seperti tubuh kita, tersusun dari bahan
yang sama. Tubuh kita dan tubuh mereka menjadi tempat hidupnya makhluk-makhluk
Allah yang berupa organisma mikroskopik.

Namun roh mereka bersih dan jiwa mereka besar. Tubuh mereka
bekerja keras untuk menggapainya. Hal itulah yang membuat mereka menjadi
generasi istimewa. Mereka bagaikan para pendeta di waktu malam dan penunggang
kuda di waktu siang.

Jika ada penyeru yang memanggil untuk berjihad, mereka
tinggalkan segala sesuatu di belakang mereka untuk mentaati Allah yang
menciptakan mereka, dengan penuh keyakinan bahawa pahala yang ada di sisi Allah
itu lebih baik dan lebih kekal.

Bahkan ada di antara mereka yang pergi berjihad dalam
keadaan junub, mereka tidak sempat mandi janabah kerana kuatnya keterikatan
mereka untuk segera memenuhi panggilan jihad.

Para sahabat mulia yang berlaku siddiq kepada Allah SWT itu
mendapatkan ujian yang baik pada peperangan Uhud. Mereka berazam untuk mati
syahid dengan penuh kejujuran dan beramal untuk mendapatkannya, maka Allah pun
memilih mereka untuk diletakkan di sisi-Nya dan mengambil mereka sebagai
syuhada dalam keadaan maju dan mundur di medan perang.

Mereka beruntung mendapatkan keredaan Allah dan syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi. Mereka juga memiliki kemuliaan-kemuliaan yang
besar, di antara kemuliaan itu ada yang biasa diketahui oleh manusia dan ada
juga kemuliaan yang lebih besar yang tidak dapat dimengerti oleh manusia.

Jabir bin Abdullah RA berkata, Pada malam hari
menjelang terjadinya Perang Uhud, aku dipanggil ayahku, beliau berkata,
"Aku merasa bahawa aku akan menjadi orang yang pertama kali terbunuh di
antara para sahabat Nabi SAW. Aku memiliki hutang, maka lunaslah hutang-hutang
itu. Perlakukanlah saudara-saudara perempuan dengan baik. Benar, pada pagi
harinya beliau menjadi orang pertama yang terbunuh (syahid). Beliau dikubur
bersama orang lain dalam satu liang lahad. Namun aku merasa tidak nyaman membiarkan
beliau dikubur bersama orang lain dalam satu liang lahad, maka enam bulan
kemudian aku membongkar kuburnya dan aku mendapati keadaan jasadnya seperti
ketika dahulu aku menguburkannya. (riwayat Bukhari)

Dalam riwayat Ahmad disebutkan, "Pada masa khalifah
Muawiyah bin Abu Sufian, ada seseorang yang mendekatiku seraya berkata,
"Wahai Jabir, para pekerja Muawiyah telah menggali kubur ayahmu hingga
terlihat sebahagian jasadnya." Maka aku segera mendatanginya dan aku
dapati keadaan jasad beliau sama seperti aku menguburkannya, tidak berubah sama
sekali, maka aku menimbunnya kembali." (riwayat Ahmad)

Jabir bin Abdullah RA berkata lagi, "Ketika ayahku
terbunuh pada Perang Uhud, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Wahai
Jabir, mahukah aku beritahukan apa yang dikatakan Allah kepada ayahmu?"
Jabir menjawab, "Ya." Baginda menyambung: "Allah tidak mengajak
bicara seseorang kecuali dari bilik hijab kepada ayahmu. Allah mengajak
berbicara ayahmu dengan berhadap-hadapan. Dia berfirman: "Wahai Abdullah,
berazamlah, nescaya Aku penuhi." Abdullah menjawab, "Wahai Tuhanku,
kembalikanlah aku ke dunia sehingga aku terbunuh di jalan-Mu sekali lagi."

Allah berfirman: "Aku telah memutuskan bahawa seseorang
yang telah mati tidak akan kembali ke dunia lagi." Abdullah berkata,
"Wahai Tuhanku, kalau begitu khabarkanlah keadaanku kepada orang-orang
yang ada di belakangku." Maka Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud: Janganlah
kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur (syahid) di jalan Allah itu mati,
bahkan mereka itu tetap hidup di sisi Tuhannya dengan penuh mendapat rezeki. (Ali-Imran:
169)

PENULIS ialah bekas Pegawai Agama Seranta, Lembaga
Kemajuan Pertanian Kemubu.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-36515900736268353382013-06-06T08:48:00.001+08:002013-06-06T08:48:14.098+08:00Perjalanan Israk dan Mikraj

pada peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah SAW menunggang Buraq menuju Masjidil Aqsa di mana kemudiannya baginda mendirikan solat tahiyatul masjid dua rakaat.

Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR

BULAN Rejab selalu dikaitkan dengan
peristiwa Israk dan Mikraj. Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti
terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat
yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan
Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatawanya, beliau
mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiul'awal.

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam
pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah.

Derdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa
ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah.

Malam itu, baginda berada di rumahnya di
Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka
membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar
daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.

Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju
Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid.
Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid
dua rakaat.

Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga)
di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit
pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit,
Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya,
Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim.

Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi
SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih.
Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari.

Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat
yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan
tanda-tanda kebesaran Allah SWT.

Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok
besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar
telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar.

Rasulullah turut diperlihatkan Baitul
Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi
kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak
keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka.

Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap
Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat
itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda
menerimanya dengan patuh.

Apabila turun, baginda kembali berjumpa
dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda
meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu
melaksanakan kewajipan itu.

Baginda setuju dengan saranan itu, lalu
kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut.

Setelah lima kali turun naik, Allah SWT
mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja.

Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil
Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum
matahari terbit.

Baitulmaqdis

Mungkin lahir soalan kenapa Baitulmaqdis
menjadi destinasi Israk dan bukan tempat lain?

Baitulmaqdis adalah masjid kedua yang
didirikan sebagai rumah ibadat menyembah Allah SWT. Yang pertama ialah Masjidil
Haram di Mekah yang dibina oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.

Masjid Al-Aqsa diasaskan oleh Nabi Yaakub,
cucu Nabi Ibrahim. Selang masa antara pembinaan kedua-dua masjid ini adalah 40
tahun.

Abu Zar pernah bertanya kepada Nabi:
"Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama kali dibina?" Baginda
menjawab: "Masjidil Haram." Abu Zar bertanya lagi: "Lalu masjid
apa?"

Rasulullah menjawab: "Al-Masjid
al-Aqsa."

"Berapakah selang masa antara
(pembinaan) kedua masjid ini?" tanya Abu Zar lagi.

Baginda menjawab: "Empat puluh tahun.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Simbolik

Israk dan Mikraj menyatukan dua masjid
pertama di dunia. Kedua-duanya simbolik risalah tauhid yang dibawa oleh
nabi-nabi terdahulu.

Kedatangan Rasulullah ke Baitulmaqdis
menandakan bahawa Islam adalah lanjutan agama Ibrahim, Yakub, Musa, Isa dan
seluruh nabi-nabi sebelumnya. Dan Muhammad adalah nabi terakhir yang menutup
seluruh kenabian.

Berkata Ibnu Kathir dalam tafsirnya:
"Baitulmaqdis adalah tempat asal nabi-nabi sejak Nabi Ibrahim.

"Itu sebabnya mereka lalu dikumpulkan
di sana. Rasulullah SAW mengimami mereka di tempat mereka sendiri. Ini
menunjukkan bahawa beliau adalah imam yang terbesar dan pemimpin yang
dikedepankan."

PENULIS sedang menyambung pengajian
peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaya (UM). Sebarang kemusykilan
berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-50290020652561301802013-06-06T08:20:00.002+08:002013-06-06T08:20:57.756+08:00Tafsir Surah al-Kahfi : Tanda kiamat amat banyak

Sumber

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

SAYID Qutub berkata: "Berdasarkan
sistem hidup yang soleh yang diumumkan oleh beliau selaku pemerintah yang soleh
iaitu menentang kerosakan di bumi, maka beliau telah menolak tawaran upah malah
sanggup membina tembok itu secara sukarela. Cara yang paling mudah mengikut
pandangan beliau ialah menutup dan menambak jalan laluan yang terletak di
antara dua tembok semula jadi (bukit/gunung) itu. Oleh itu, beliau meminta
daripada kaum yang mundur itu supaya membantu dengan kekuatan kebendaan dan
tenaga fizikal."

Dia menjawab: "(kekuasaan dan
kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran
kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara
kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.(al-Kahfi [18] : 95)

Pada ayat ke-95 surah diatas juga, Ibnu
Kathir berkata: "Sesungguhnya kekuasaan dan kekuatan yang diberikan Allah
SWT kepadaku adalah lebih baik bagiku daripada apa yang kalian kumpulkan
itu."

Demikian halnya yang dikemukakan oleh
Zulkarnain, di mana dia berkata: Apa yang ada padaku adalah lebih baik daripada
apa yang kalian berikan itu. Tetapi hendaklah kalian menolongku dengan kekuatan
iaitu dengan perbuatan kalian dan alat-alat bangunan.

Al-Maraghi berkata: "Zulkarnain
berkata, apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadaku iaitu kerajaan yang luas,
kekuasaan dan harta yang banyak sudah memadai berbanding upah yang hendak di
berikan. Oleh itu, aku tidak memerlukan upah tersebut."

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi";
sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua
gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata:
"Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya
merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya
aku tuangkan atasnya".(al-Kahfi [18] : 96)

Pada ayat ke-96 pula, Ibnu Kathir berkata:
"Kata al-Zubar merupakan jamak daripada kata Zabrah yang bererti potongan.
Demikian yang dikemukakan oleh Ibnu Abbas, Mujahid dan Qatadah yang dia
berbentuk seperti bata. Iaitu sebahagian diletakkan pada sebahagian posisi
lainnya sehingga tumpukan itu menyamai puncak dua gunung baik panjang mahupun
lebar. Namun para ulama masih berbeza pendapat mengenai luas, panjang dan
lebarnyat."

Zulkarnain berkata: "Tiuplah.
Maksudnya, nyalakan api di atasnya sehingga semuanya menjadi api."

Tembaga mendidih

Al-Maraghi berkata: "Beliau meminta
menyediakan potongan besi dan segera membina tembok itu sedikit demi sedikit.
Sehinggakan kedudukan tembok itu menjadi sama rata dengan kedua-dua gunung itu.
Beliau berkata kepada para pekerjanya: Tiuplah dengan peniup api, potonglah
batu besar dan letakkan di antara dua tepi gunung."

Mereka patuh dengan arahan itu dan
melakukannya sehingga api membara dan menyala. Kemudian tembaga yang mendidih
itu dicurahkan ke atas besi yang membara, sehingga melekat dan berjaya menutup
lubang di antara besi sehingga menjadi gunung yang utuh dan licin.

Sayid Qutub berkata: "Lalu mereka
mengumpul ketul-ketul besi dan menimbunkannya di jalan yang terbuka di antara
dua banjaran bukit itu. Ini menjadikan dua banjaran bukit itu seolah-olah kulit
luar yang membalut tembok-tembok besi yang disusun di antara keduanya, iaitu
tembaga cair yang menyerap ke celah-celah besi dan bercampur dengannya untuk
menjadikan bertambah kuat dan kukuh."

Cara ini telah digunakan di zaman moden
untuk menguatkan besi kerana tambahan satu nisbah tembaga kepada besi dapat
menambahkan ketahanan dan kekuatannya. Inilah rahsia yang telah ditunjukkan
Allah SWT kepada Zulkarnain dan terakam dalam kitab suci-Nya yang kekal
mendahului ilmu pengetahuan manusia.

Dengan itu kedua-dua bukit itu tertangkup
dan menjadi sedaging dan tertutuplah jalan yang dilalui Yakjuj dan Makjuj itu.

Maka mereka tidak dapat memanjat tembok
itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.(al-Kahfi [18] : 97)

Pada ayat ke-97, Ibnu Kathir berkata:
"Yakjuj dan Makjuj tidak sanggup menaiki bahagian atas dinding ini dan
tidak pula mampu melubanginya pada bahagian bawahnya. Ketika menaikinya lebih
mudah berbanding melubanginya. Yang demikian itu merupakan dalil yang
menunjukkan bahawa mereka tidak sanggup berbuat sesuatu terhadapnya."

Al-Maraghi berkata: "Tindakan tersebut
menyebabkan Yakjuj dan Makjuj tidak mampu mendaki tembok kerana tembok itu
terlalu tinggi dan licin serta tidak dapat melubanginya kerana keras dan
tebal."

Sayid Qutub berkata: "Mereka tidak
dapat memanjat dan menembusi tembok itu. Mereka tidak dapat lagi menyerang kaum
yang lemah dan mundur dan membolehkan mereka menikmati keamanan dan ketenteraman."

Biarpun Zulkarnain melihat hasil usahanya
yang amat besar itu tetapi beliau tidak mabuk dengan perasaan angkuh dan
bangga. kerana mempunyai ilmu dan kekuatan. Beliau sentiasa mengingati dan
bersyukur kepada-Nya serta memulangkan segala hasil usahanya yang baik itu
kepada pertolongan dan taufik Allah SWT.

Zulkarnain menolak kekuatan dirinya dan
mengakui kekuatan Allah dan menyerahkan teraju urusan kepada Allah SWT.
Kemudian beliau mengumumkan hakikat yang dipercayainya iaitu gunung-ganang,
kota-kota dan tembok-tembok akan dihancurkan belaka sebelum hari kiamat dan
permukaan bumi akan kembali menjadi licin dan rata.

Sambungannya di SINI

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-13022685682056908982013-06-06T08:04:00.000+08:002013-06-06T08:21:20.860+08:00Tafsir Surah al-Kahfi - Pengetahuan tentang Yakjuj dan Makjuj terbatas

Sumber

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain:
"Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji
Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku
itu benar". (al-Kahfi [18] : 98)

PADA ayat ke-98, Ibnu Kathir berkata:
"Iaitu untuk umat manusia. Allah telah menjadikan antara mereka dengan
Yakjuj dan Makjuj dinding pemisah yang menghalangi berlakunya kerosakan di muka
bumi."

Al-Maraghi berkata: "Sehubungan itu,
Zulkarnain berkata kepada penduduk negeri itu: Tembok ini suatu nikmat dan
rahmat daripada Allah kepada para hamba-Nya kerana dia menjadi benteng di
antara kamu dengan Yakjuj dan Makjuj serta menghalang berlaku kerosakan di muka
bumi."

Allah SWT memberi jaminan sekiranya mereka
hampir keluar dari balik tembok itu, maka dengan kekuasaan-Nya Allah akan
menjadikan tanah yang datar, lalu Allah menghapuskan mereka dengan memusnah dan
meratakan sama dengan bumi.

Hari berganti hari, lubang itu semakin
melebar sedikit demi sedikit, sehingga akhirnya terbuka pada abad ke-7 Hijrah,
Yakjuj dan Makjuj keluar dan melakukan kerosakan seperti yang telah
diceritakan.

Sayid Qutub berkata: "Siapakah kaum
Yakjuj dan Makjuj? Di manakah mereka sekarang? Apakah tindak-tanduk mereka di
masa lampau dan apakah yang akan berlaku kepada mereka?

Semua pertanyaan ini sukar dijawab secara
pasti, kerana kita tidak mengetahui keadaan mereka melainkan apa yang diterangkan
dalam al-Quran dan beberapa hadis sahih.

Ayat ini tidak menyebut satu zaman yang
tertentu dan yang dimaksudkan dengan janji-Nya untuk menghancurkan tembok itu
yang mungkin telah berlaku sejak serangan kaum Tatar yang telah menyerbu dunia
dan menghancurkan berbagai-bagai kerajaan.

Dan Kami biarkan mereka pada hari itu
(keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan
(kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk
seluruhnya di Padang Mahsyar.(al-Kahfi [18] : 99)

Pada ayat ke-99, Ibnu Kathir berkata:
"Sebahagian manusia pada hari itu atau hari hancurnya dinding tersebut.
Kemudian mereka itu keluar dan bergabung bersama umat manusia serta melakukan
kerosakan harta kekayaan manusia dan segala sesuatu yang mereka miliki."

Ayat ini ditafsirkan dengan pelbagai
tafsiran. Yang demikian itu adalah pada saat mereka keluar ke tengah-tengah
umat manusia. Semuanya itu terjadi sebelum hari kiamat tiba dan sesudah
munculnya Dajjal. Itu adalah permulaan hari kiamat. Inilah pendapat al-Suddi.

Al-Maraghi berkata: "Pada waktu tembok
itu ditembusi, Yakjuj dan Makjuj telah keluar dari balik tembok itu. Mereka
telah (bertebaran) bercampur gaul di tengah-tengah manusia dengan merosakkan
tanaman serta harta mereka."

Iaitu mereka turun seperti helang dari
setiap bukit dan dataran yang tinggi. Keadaan ini serupa dengan kaum Gengis
Khan (sebagaimana diceritakan oleh pakar sejarah Arab dan Perancis bahawa
peperangan mereka ini bermula dari dataran tinggi di Asia Tengah).

Apabila kiamat hampir tiba, Sangkakala akan
ditiup, (Allah SWT) akan mengumpulkan seluruh manusia untuk dihisab.

Sebenarnya, tanda-tanda kiamat amat banyak.
Terutamanya tanda-tanda besar disebut seperti keluarnya Dajjal, turunnya Nabi
Isa dan juga keluarnya Yakjuj dan Makjuj.

Ini menambahkan yakin dan keimanan kita
bahawa wajib beriman dengan hari kiamat. Semoga Allah selamatkan kita daripada
sebarang bala dan bencana yang boleh merosakkan akidah kita. Amin.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-67115881729528112882013-06-03T07:34:00.000+08:002013-06-03T07:34:11.879+08:00Permintaan Sa’ad sebelum syahid dimakbul Tuhan

Dia masuk Islam pada usia 31 tahun dan pada
usia itu juga menemui syahidnya. Namun, antara hari keislamannya dengan detik
wafatnya, kehidupan Sa’ad bin Muaz diisi dengan perkara gemilang berbakti
kepada Allah SWT.

Apabila mendengar berita kedatangan lelaki dari Makkah, Mush’ab bin Umair yang
dikirim Rasulullah SAW untuk menyebarkan tauhid kepada orang Madinah, bagaikan
hendak dilipatnya bumi ketika melompat dan berlari ke rumah As’ad bin Zurarah.

Namun, lelaki yang sederhana berwajah kacak
dengan tubuh tinggi lampai dan gempal itu terlebih dulu diterangi jiwanya oleh
petunjuk Allah SWT. Oleh itu, dari niat asal ingin mengusir utusan Rasulullah
SAW, akhirnya Sa’ad menghulur tangan kanan mengangkat baiah kepada utusan
Rasulullah itu.

Islamnya Sa’ad memberi sinar baru menerangi Madinah. Tatkala Rasulullah SAW
berhijrah ke Madinah, pintu rumah bani Abdil Asyhal iaitu kabilah Sa’ad terbuka
luas bagi golongan Muhajirin, begitu juga harta mereka dapat dimanfaatkan tanpa
batas.

Kesediaan berjihad

Menjelangnya perang Badar, Rasulullah SAW mengumpulkan sahabat daripada
Muhajirin dan Ansar untuk mendengar pendapat mereka. Maka bangkitkan Sa’ad yang
menyatakan kesediaan untuk berjihad.

Ketika perang Uhud, kaum Muslimin berpecah disebabkan serangan mendadak tentera
musyrikin, tidak sukar mata hendak mencari kelibat Sa’ad kerana sentiasa
berhampiran Rasulullah SAW, membela serta mempertahankan Baginda
bermati-matian.

Ketika perang Khandak, terserlah keperwiraan dan kepahlawanan Sa’ad. Kota
Madinah mengalami pengepungan ketat dan parit yang digali di sekelilingnya
menjadi benteng perlindungan penduduk Madinah.

Memasuki suasana perang, Sa’ad keluar membawa pedang dan tombaknya. Ketika
peperangan, nadi lengannya disambar anak panah yang dilepaskan tentera musyrik.

Darah menyembur dari pembuluhnya dan segera ia dirawat secara darurat untuk
menghentikan keluarnya darah. Rasulullah SAW menyuruh membawanya ke masjid dan
didirikan khemah supaya Sa’ad sentiasa dekat dengannya ketika mendapat rawatan.

Luka punca syahid

Disebabkan luka yang dideritai Sa’ad, menjadi penyebab yang menghantar beliau
ke pintu syahid. Namun, yang lebih utama, permintaannya dimakbulkan Allah
apabila Bani Quraizhah yang berpaling tadah dalam perjanjian dengan umat Islam
mendapat balasan yang sewajarnya.

Diajukan keputusan kepada Sa’ad oleh Rasulullah SAW mengenai nasib bani
Quraizhah, jawab Sa’ad: “Menurut pertimbanganku, orang yang ikut berperang di
antara mereka hendaklah dihukum bunuh. Perempuan dan anak mereka diambil jadi
tawanan, sedang harta kekayaan mereka dibagi-bagikan.

Demikianlah, sebelum meninggal, hati Sa’ad terubat apa yang berlaku terhadap
pihak yang mengkhianati perjanjian hingga menyebabkan umat Islam terpaksa
berjuang mempertahankan Madinah daripada musuh Islam dalam perang Khandak.

Sumber: Diubah suai daripada buku Siri 100 Pahlawan Syurga - Jilid 2 (Berita Harian)

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-5100627678301064582013-05-30T10:52:00.000+08:002013-05-30T10:52:14.063+08:00Menegakkan keadilan

SALAH satu sifat yang harus dimiliki setiap
orang untuk dapat menegakkan kebenaran adalah sifat adil.

Kata adil banyak
disebut dalam al-Quran dengan pelbagai pengertian dan konteks, seperti seimbang
(rujuk al-Infitar [82] : 7), Benar (rujuk al-Baqarah [2]: 282) dan tebusan (rujuk
al-An'am: 70). Keadilan memang merupakan doktrin pusat dalam teologi Islam.

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur
kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya
anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan
dengan kekuatannya;(al-Infitar [82] : 7)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila
kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga
ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa
bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan
adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah
telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang
berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah
ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun
dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau
ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah
direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua
orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang
lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang
yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi
perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan
jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan
janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada
kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan
lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada
tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai
yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak
menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah
mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa
yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik
(derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah;
dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(al-Baqarah [2]: 282)

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang
menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah
diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran
itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab
neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan
keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain
dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan,
(nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah
orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang
telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang
menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur
ingkar (semasa hidupnya).(al-An'aam [6] : 7)

Dalam bahasa Arab, pengertian keadilan
dibezakan menjadi dua istilah iaitu al-'adl dan al-'idl. Al-'adl adalah
keadilan yang ukurannya didasarkan pada gerak hati atau rasional, manakala al-'idl adalah
keadilan yang dapat diukur secara jasmani yang dapat dirasakan dengan
pancaindera seperti timbangan atau hitungan.

Prinsip keadilan perlu diserapkan dalam
semua aspek kehidupan termasuklah dalam urusan perbankan. Islam memerintahkan
manusia untuk bersikap adil dan perlakukan adil wajib ditegakkan terhadap
sesiapa sahaja (al-Syura [42] : 15)

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah
(mereka - wahai Muhammad - kepada berugama dengan betul), serta tetap teguhlah
engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah
engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku
beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan
supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu.
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang
pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata).
Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat
kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".(al-Syura [42] : 15)

Kewajipan agama

Berbuat atau bersikap adil merupakan salah
satu perintah wajib dalam agama Islam. Allah SWT dalam salah satu firman-Nya
menyatakan hal tersebut secara tegas: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku
adil, dan berbuat kebaikan... (al-Nahl [16] : 90)

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil,
dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang
daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.
Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil
peringatan mematuhiNya.(al-Nahl [16] : 90)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Daud dan Iman Ahmad bin Hanbal. Rasulullah SAW bersabda: "Ilmu itu ada
tiga antaranya ialah kewajipan berlaku adil dalam membahagi."

Adil sebagai syarat

Dalam banyak aspek kehidupan beragama,
sifat adil seringkali ditetapkan sebagai mutlak dalam sesuatu perkara. Tanpa
sifat tersebut, maka perkara itu menjadi batal.

Misalnya, seorang perawi hadis haruslah
adil dalam erti berpegang pada kebenaran dan kejujuran. Jika perawi tidak adil,
maka hadisnya dianggap tidak sahih. Sifat adil juga menjadi syarat mutlak yang
harus dimiliki oleh seorang hakim, pemerintah dan saksi dalam sesuatu perkara.
Dalam menjalankan tugas, hakim dituntut untuk bersikap adil.

Sunatullah

Dalam al-Quran, keadilan disebut sebagai
bahagian daripada hukum alam semesta, iaitu hukum keseimbangan (al-mizan), yang
menjadi hukum alam atau sunatullah. Kerana merupakan sunatullah, maka
menegakkan keadilan merupakan suatu kemestian yang mutlak.

Apabila keadilan dilaksanakan maka akan
tercipta kebaikan. Sebaliknya apabila tidak dilaksanakan, maka akan timbul
malapetaka.

Takwa

Al-Quran menjelaskan bahawa bersikap adil
itu adalah tidak memilih bulu. Kepada golongan yang kita benci pun kita harus
tetap adil. Menerapkan sikap adil dalam keadaan demikian akan mendekatkan kita
kepada takwa, seperti firman Allah SWT: Dan janganlah sekali-kali
kebencian kamu terhadap sesuatu kamu itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua), kerana sikap adil
itu lebih hamper kepada takwa. (al-Maidah [5] : 8)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,
lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan. (al-Maidah [5] : 8)

Zalim

Berlaku adil berkait rapat dengan hak dan
kewajipan. Hak yang dimiliki oleh seseorang, termasuk hak asasi harus
diperlakukan dengan adil dan tidak boleh dengan zalim semena-mena. Zalim iaitu
sifat sewenang-wenang dalam suatu perkara, merupakan kebalikan daripada sifat
adil. Orang yang berbuat zalim diancam dengan siksaan yang sangat pedih di
akhirat nanti, kerana berbuat zalim termasuk salah satu dosa besar.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-50335930430907706442013-05-28T09:21:00.001+08:002013-06-06T08:21:43.392+08:00Persoalan hangat tentang Yakjuj dan Makjuj

Yakjuj dan Makjuj
sering melakukan kerosakan di muka bumi. - Gambar hiasan

Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?

Jawapan: Ya. Kedua-duanya daripada umat
manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan
lagi daripada hadis Bukhari.

Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan:Antara sifat mereka ialah:

Kekuatannya yang amat luar biasa.

Mata mereka sepit.

Banyak bulu pada badan mereka.

Jumlah mereka tersangat ramai.

Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat
iaitu:

Jasad mereka seperti pohon yang besar.

Jasad mereka empat hasta lebar x empat
hasta tinggi.

Sebahagian mereka boleh duduk di atas
telinga-telinga mereka seleret ke tanah.

Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan
pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian
ulama.

Bilangan Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan: Bilangan mereka teramat ramai. Ini
berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam
hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia
dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan
sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.

Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan: Mereka adalah yang kufur dengan
Allah. Kalaulah tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini
berdasarkan mafhum hadis.

Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?

Jawapan: Berdasarkan riwayat hadis, mereka
dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka
keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut.
Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.

Bilakah mereka keluar?

Jawapan: Mengikut riwayat yang sahih mereka
keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia
membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi
Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran
iaitu gunung Thur. Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj
dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.

Tempat tinggalnya sekarang?

Jawapan: Sekarang ini dengan kemudahan
teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat
tinggal Yakjuj dan Makjuj. Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan
apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan
percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita
beriman adanya jin dan di manakah mereka.

Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj
dibinasakan?

Jawapan: Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an
bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan
mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi.
Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka
yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta
memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT
menurunkan hujan membasuh bumi hingga menjadi suci.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-47273882990344103092013-05-28T09:16:00.004+08:002013-06-06T08:22:24.374+08:00Sifat Yakjuj dan Makjuj

Isu Yakjuj dan Makjuj adalah topik yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang ramai. - Gambar hiasan

Sambungan daripada : Zulkarnain Raja Yang Adil

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

DALAM siri ini penulis sengaja
membincangkan berkenaan sifat Yakjuj dan Makjuj secara khusus yang telah
disebut daripada siri ini dan selepasnya.

Yakjuj berbangsa Tartar, manakala Makjuj
berbangsa Monggol. Mereka berasal daripada satu keturunan bapa yang bernama
Turk dan tinggal di bahagian Utara Asia. Negara mereka adalah memanjang bermula
dari Tibet, China hingga ke Laut Beku Utara dan di barat hinggalah ke negeri
Turkistan.

Pakar sejarah Arab dan Perancis menyatakan
Yakjuj dan Makjuj ini sering menyerang negara jiran yang berhampiran. Mereka
sering melakukan kerosakan di muka bumi dan menghancurkan bangsa lain. Di
kalangan mereka ada bangsa yang ganas berasal dari bukit tinggi dari Asia
Tengah dan berhijrah ke Eropah pada masa dahulu seperti bangsa Smith, Sumeria
dan Hun. Mereka telah menyerang negeri China dan Asia Barat yang merupakan
tempat menetapnya para nabi.

Selepas zaman pemerintahan nabi, mereka
masih tetap berada di sempadan negara mereka dan tidak keluar dari negara
mereka, sehinggalah muncul di kalangan mereka. "Si malapetaka yang
bertulang," Tamujin yang mendakwa (menggelar) dirinya dengan nama Gengis
Khan (bangsa Moggol) yang bererti Raja Alam.

Pada awal abad ke-7 Hijrah, Tamujin keluar
dari bukit yang tinggi, jauh di Asia Tengah. Perkara pertama yang dilakukannya
ialah menundukkan China Utara, kemudian pergi ke negeri-negeri Islam, dengan
menawan Sultan Qatb al-Din ibn Armilan, iaitu salah seorang Raja Saljuk, Raja
Khawarizm. Kekejian yang dilakukan oleh Gengis Khan di negeri tersebut merupakan
kekejian yang belum pernah berlaku dalam sejarah.

Ketika Gengis Khan mati, pemerintahannya
digantikan oleh puteranya Aqtay. Manakala putera saudaranya iaitu Batu telah
menyerang Rusia pada 732 Hijrah dan memusnahkan Polnia serta menghancurkan
negeri Majr. Setelah Aqtay meninggal, pemerintahannya digantikan oleh Jaluk.
Beliau telah memerangi Rom dan memaksa rajanya membayar ufti.

Setelah Jaluk meninggal, pemerintahannya
digantikan oleh anak saudaranya, Manju yang telah menindas kedua-dua
saudaranya, Kaylay dan berjaya menguasai negeri China manakala Hulaku
meneruskan penguasaannya ke atas kerajaan-kerajaan Islam dan menawan pusat
pemerintahan Khalifah Abbasiyah. Ketika itu pemerintahan Abbasiyah diterajui
oleh Musta'sim Billah.

Pemerintahan Baghdad mulai lemah pada
pertengahan abad ke-7 Hijrah. Dalam masa tujuh hari Baghdad berjaya dikuasai.
Sungai-sungai di Baghdad dipenuhi dengan darah rakyatnya yang mati, manakala
buku-buku ilmiah telah dicampak ke dalam sungai Dajlah sehingga menjadi seperti
jambatan untuk mereka lalui menurut khayalan mereka. Akhirnya pemerintahan
Khalifah Abbasiyah di Baghdad berakhir.

Setelah Dinasti Gengis Khan berjaya
menguasai seluruh Asia dan Eropah Timur, mereka membahagi daerah-daerah
taklukan mereka dan mendirikan empat kerajaan. Keluarga Kaylay menguasai China
dan Monggol. Jafaqay, saudara Aqtay, mengetuai Turkistan. Dinasti Batarkhan
menguasai negeri-negeri yang berada di tepi sungai Fajla sehinggakan Rusia
terpaksa menyerahkan cukai kepadanya dalam tempoh yang panjang. Hulaku merampas
negeri Parsi dan Baghdad hingga ke negeri Syam. Semua ini diringkaskan oleh
penulis daripada ensiklopedia, Ibnu Khaldun, Ibnu Maskawayh dan risalah Ikhwan
al-Safa.

Tanda kiamat

Sebenarnya isu Yakjuj dan Makjuj adalah isu
yang sentiasa menjadi perbualan dan perbincangan para ulama dan juga orang
ramai. Ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang besar. Oleh
itu, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Bukhari daripada Zainab bin Jahsyim R.Anha bahawa Rasulullah SAW keluar dari
rumahnya dalam keadaan amat serius seraya bersabda: Tidak ada Tuhan yang
berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah SWT. Celakalah orang Arab
daripada kejahatan yang hampir tiba. Hari ini telah terbuka sebahagian tembok
Yakjuj dan Makjuj seperti ini. Lantas Nabi mengisyaratkan bulatan dengan dua
jarinya iaitu jari telunjuk dan jari ibu. Zainab binti Jahsyim berkata: Aku
bertanya, hai Rasulullah SAW, adakah kami akan binasa sedangkan di sisi kami
ada orang-orang yang soleh. Jawab Baginda SAW: Ya, jika sekiranya banyak
kejahatan.

Semoga Allah SWT selamatkan kita daripada
sebarang fitnah dan menjadikan kita hamba-hamba-Nya yang mendapat keredaan
daripada-Nya. Amin.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-88967572299741613132013-05-21T17:21:00.000+08:002013-05-21T17:21:03.906+08:00Misteri langit

DALAM kesedaran keagamaan umat Islam,
langit adalah suci kerana difahamkan sebagai tempat asal turunnya wahyu Tuhan.
Kesucian langit juga jelas daripada pemahaman bahawa Allah SWT berada di atas
langit.

Dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa
Nabi Muhammad SAW membenarkan pendapat seorang wanita tua yang menyatakan
bahawa Allah SWT berada di langit, ditambah kisah Mikraj, iaitu perjalanan ke
langit ke tujuh untuk bertemu Allah SWT yang bersemayam di atas arasy, iaitu di
atas langit (rujuk al-Ra'd:2, al-Sajdah:4, al-Hadid:4)

Pada hari kiamat, langit akan digulung
seperti gulungan kertas. Setelah itu, penciptaan langit akan diulang kembali
sebagaimana penciptaan pertamanya. (rujuk al-Anbiya':104).

Tujuh lapis

Di dalam al-Quran terdapat ungkapan tujuh
(lapis) langit (rujuk al-Baqarah:29; al-Mulk:3; Nuh:15; al-Naba':12). Pendapat
para ulama tentang ertinya berbeza-beza. Para ahli ilmu falak klasik mengatakan
bahawa yang dimaksudkan dengan tujuh (lapis) langit ialah tujuh planet dan
tujuh lapisan yang mengelilingi bumi.

Ada jug berpendapat bahawa kata tujuh itu
adalah bilangan sebenarnya. Planet yang kita saksikan ialah bahagian daripada
langit pertama dan di atasnya ada enam lapis lagi.

Bintang ialah hiasan langit bagi yang
memandangnya (rujuk al-Hijr:16). Di tempat lain dinyatakan bahawa bintang ialah
alat pelempar syaitan (rujuk al-Mulk: 5) yang cuba mencuri dengar berita
daripada malaikat (rujuk al-Hijr:17-18). Al-Quran juga menggunakan kata langit
dengan maksud lapisan udara yang mengelilingi bumi seperti dalam firman-Nya
yang bermaksud: Dan Kami telah menjadikan langit itu sebagai bumbung yang
terpelihara. (al-Anbiya': 32)

Hingga kini, langit dan segala isinya masih
menjadi misteri dan cabaran besar bagi ilmu pengetahuan. Manusia kemudiannya
mencipta teleskop untuk menyelidiki objek di langit.

Singgahsana Allah

Kata arasy banyak disebutkan di dalam
al-Quran dan sering dimaksudkan sebagai singgahsana Allah SWT. Singgahsana
Allah SWT meliputi langit dan bumi, sebagaimana disebut dalam firman, Tuhan
yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya,
dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy…… (al-Furqan: 59).

Pekara itu juga ada disebut dalam firman:
Sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (al-al-Nisa':
131)

Allah jualah yang menguasai alam langit dan
bumi serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua yang Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. (al-Maidah:120)

Al-Sama'

Al-Quran memberikan makna langit (Arab:
al-sama') dalam erti kata yang luas. Ada kata Langit yang bermakna arah atas
yang berdekatan dengan bumi, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Tidaklah
engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah SWT mengemukakan satu
perbandingan, iaitu kalimat yang baik adalah sebagai pohin yang baik yang
pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabangnya (puncak menjulang) ke
langit. (Ibrahim: 24)

Kadang-kadang yang dimaksudkan dengan
langit ialah kawasan yang jauh dari bumi, seperti dalam firman-Nya yang
bermaksud: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (lautan) yang banyak
faedahnya. (Qaf: 9)

Di tempat lain, kata langit digunakan oleh
al-Quran untuk menunjukkan planet lain, iaitu dalam firman Allah yang bermaksud:
Kemudian Ia menunjukan kehendak- Nya ke arah (bahan- bahan) langit sedang
langit itu masih berupa asap. (Fussilat: 11)

Sidratulmuntaha

Nabi Muhammad SAW pernah mengunjungi
sidratulmuntaha, tempat paling tinggi di atas langit ke tujuh, yang terletak
dekat syurga (rujuk al-Najm: 14-15). Disebabkan sidratulmuntaha berada di
tempat tertinggi, maka kunjungan itu disifatkan oleh para ahli tafsir sebagai
menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah sampai pada kebijaksanaan tertinggi
yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Buraq

Dalam peristiwa Mikraj, Nabi Muhammad SAW
menaiki kenderaan seperti tangga yang bergerak naik seperti cahaya, iaitu buraq
menembusi langit. Baginda ditemani oleh Malaikat Jibrail untuk menghadap Allah
SWT dekat pohon sidaratulmuntaha di atas langit ke tujuh, dekat dengan syurga.
Allah SWT merperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW sebahagian daripada tanda
kebesaran-Nya. (rujuk al-Najm:18)

Perjalanan menembusi langit itu sukar
diterima akal, apalagi Nabi Muhammad SAW melakukannya hanya dalam satu malam.
Hal tersebut hanya dapat dijelaskan melalui iman bahawa peristiwa seperti itu
terjadi semata-mata kerana kehendak Allah SWT.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-21706033800570367632013-05-20T09:54:00.001+08:002013-05-20T09:54:37.403+08:00Amalan di bulan Rejab

HARI ini kita telah memasuki bulan Rejab.
Tidak lama lain Syaaban akan menjelang lalu Ramadan menyusul.

Rejab adalah kunci kebaikan dan ibadah.
Berkata Abu Bakar Al-Warraq al-Balkhi: "Bulan Rejab bulan menanam pokok.
Bulan Syaaban bulan menyiram pokok. Dan bulan Ramadan bulan menuai
buahnya."

Itu kerana bulan Ramadan adalah bulan yang
penuh dengan rahmat daripada Allah SWT. Setiap Muslim merasakan keindahan dan
kedekatan dengan-Nya. Pada bulan itu, setiap ibadah diberi ganjaran
berkali-kali ganda. Belum lagi malam Lailatulqadar yang menjadi harapan setiap
orang yang mencintai negeri akhirat.

Kesempurnaan Ramadan mustahil diraih tanpa
persiapan. Dan persiapan itu bukan bermula apabila Ramadan bermula. Persiapan
Ramadan mesti bermula sejak beberapa bulan sebelumnya. Rejab bulan yang sangat
baik untuk kita memulai persiapan itu.

Bulan haram

Apa lagi sebenarnya Rejab memiliki
kelebihan tertentu berbanding bulan-bulan yang lain. Ia adalah salah satu
daripada empat bulan haram, yakni bulan-bulan yang sangat terhormat di sisi
Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesungguhnya masa telah beredar seperti mana keadaannya ketika Allah
menciptakan langit dan bumi. Satu tahun adalah 12 bulan. Di antara bulan-bulan
itu terdapat empat bulan haram. Tiga di antaranya berturut-turut, iaitu
Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Dan (keempat) adalah Rejab Mudar yang
terletak antara Jumada dan Syaaban. (al-Bukhari dan Muslim)

Sejak masa jahiliah, keempat-empat bulan
haram ini sangat dihormati. Ia adalah bulan-bulan bertenang untuk meraikan para
jemaah haji dan umrah. Peperangan dan pergaduhan diharamkan pada bulan-bulan
tersebut.

Dalam Islam hukum ini memang dimansuhkan.
Apabila diperlukan, umat Islam dibenarkan berperang pada bulan-bulan tersebut
itu. Namun begitu, keempat-keempat bulan itu tetap memiliki kelebihan
tersendiri dengan dilebihkan ganjaran pahala dan dosa padanya.

Berkata Ibnu Abbas: "Allah mengkhaskan
beberapa bulan untuk dijadikan bulan haram dan mengagungkan kadarnya. Dosa
maksiat yang dilakukan padanya sangat besar. Sebagaimana pahala ibadah yang
dilakukan padanya juga sangat besar." (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam
Syu'ab al-Iman)

Amalan

Tiada amalan khas yang mesti dilakukan pada
bulan Rejab. Kita hanya diperintahkan untuk memperbanyak ibadah apa yang kita
mampu lakukan.

Siapa yang mampu memperbanyak solat sunat
dipersilakan. Namun begitu hindari daripada melakukan solat Raghaib yang selalu
dilakukan pada Jumaat pertama bulan Rejab. Berkata Ibnu Rajab al-Hanbali:
"Hadis-hadis yang menceritakan fadilat solat Raghaib pada Jumaat pertama
bulan Rejab adalah palsu. Solat ini bidaah menurut kebanyakan ulama."

Siapa yang hendak memperbanyak puasa sunat,
juga digalakkan. Usman bin Hakim al-Ansari pernah bertanya kepada Said bin
Jubeir tentang amalan puasa sunat pada bulan Rejab. Said menjawab: Aku
mendengar Ibnu Abbas berkata: Rasulullah selalu berpuasa sehingga kami
menyangka beliau tidak pernah berbuka. Dan baginda juga selalu berbuka sehingga
kami menyangka beliau tidak pernah berpuasa. (riwayat Muslim)

Imam Al-Nawawi menjelaskan: "Maksud
Said bin Jubeir adalah tidak ada larangan dan galakan khas untuk melakukan
puasa di bulan Rejab. Akan tetapi hukum bulan ini seperti bulan-bulan lainnya.
Asal hukum puasa adalah sunat."

Adapun ibadah umrah, maka sunat melakukannya
pada bulan Rejab. Rasulullah pernah melakukan ibadah umrah di bulan Rejab. Ibnu
Sirin meriwayatkan bahawa para tokoh-tokoh ulama salaf sangat menyukai ibadah
umrah di bulan Rejab.

Selain ibadah-ibadah ini, lakukanlah
ibadah-ibadah lain semampu kita. Perbanyakkanlah zikir, bacaan al-Quran dan
selawat.

Jika tidak mampu melakukan ibadah dan
kebaikan, minimal yang kita mesti lakukan adalah menjauhkan diri daripada
maksiat. Jangan nodai bulan yang mulia ini dengan kata-kata kesat, lucah,
ghibah, makian dan lain-lain. Siapa yang meninggalkannya kerana Allah, ganjaran
besar telah menunggu untuknya.

Semoga Allah membuka hati-hati kita untuk
menikmati keindahan Ramadan dengan memberinya hidayah untuk melakukan kebaikan
sejak dari bulan Rejab dan Syaaban.

Oleh UMAR MUHAMMAD NOOR

PENULIS kini sedang menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti <st1:place w:st="on">Malaya</st1:place> (UM). Sebarang kemusykilan berkaitan ibadah harian boleh diajukan di www.facebook.com/umarmuhammadnoor

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-23438737476894711692013-05-20T09:49:00.001+08:002013-06-06T08:23:16.790+08:00Tafsir Surah al-Kahfi - Zulkarnain raja yang adil

Sumber

Sambung daripada Zulkarnain Kuasai Dunia Dengan Izin Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

ALHAMDULILLAH, kita masih lagi
membincangkan daripada surah al-Kahfi berkenaan dengan raja yang adil iaitu
Zulkarnain.

Adapun orang yang beriman serta beramal
soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan
kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".(al-Kahfi [18] : 88)

Pada ayat 88, Ibnu Kathir berkata: Iaitu
yang mengikuti apa yang kami serukan berupa ibadah kepada Allah SWT semata-mata
dan tiada sekutu bagi-Nya. Iaitu
di alam akhirat di sisi Allah SWT itulah yang paling baik. Inilah pendapat
Mujahid.<o:p></o:p>

Al-Maraghi
berkata: Orang yang percaya kepada Allah SWT dan keesaan-Nya serta mengerjakan
amal soleh, di akhirat kelak akan menerima pahala terbaik sebagai balasan yang
setimpal dengan tingkah laku yang baik semasa di dunia. Mereka akan diajar mendekatkan diri kepada Allah seperti sembahyang,
zakat, jihad dan sebagainya.

Sayid Qutub berkata: Tempat matahari jatuh
ialah tempat di mana seseorang dapat melihat matahari membenamkan dirinya di
sebalik ufuk, dan pemandangan itu berbeza-beza mengikut tempat. Di setengah
tempat orang melihat ia jatuh di belakang bukit dan tempat lain pula di dalam
air seperti di lautan yang luas dan setengah tempat lain lagi di dalam pasir
seperti di padang-padang pasir.

Yang jelas daripada nas ini ialah
Zulkarnain telah mengembara ke sebelah Barat hingga sampai ke suatu tempat di
atas pantai lautan Atlantik yang juga dinamakan sebagai laut gelap, di mana
daratan dikira berakhir di situ dan di sinilah dia melihat matahari jatuh.
Pendapat lebih rajih menyebut tempat itu ialah terletak di muara salah satu
dari sungai-sungai, di mana terdapat banyak rumput yang dikelilingi tanah-tanah
lumpur yang likat, juga terdapat kolam-kolam seolah-olah kelihatan seperti mata
air. Di sanalah dia melihat matahari jatuh.

Kini Zulkarnain mengumumkan hukuman
keseksaan dunia kepada para penceroboh yang zalim dan selepas itu mereka akan
diserahkan kepada Allah SWT supaya diazabkan dengan azab yang amat dahsyat yang
tidak dapat ditanding dengan mana-mana azab yang diketahui manusia. Adapun
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh, mereka akan mendapat
balasan baik, layanan saksama, penghormatan, bantuan dan kemudahan. Inilah
perlembagaan pemerintahan yang baik maka di waktu inilah setiap orang mendapat
galakan ke arah kebaikan dan produktiviti.

Namun apabila neraca pemerintahan itu tidak
menentu, maka di waktu inilah kuasa yang ada di tangan pemerintah akan bertukar
menjadi cemeti azab dan alat penindasan dan sistem masyarakat akan menjadi
kacau-bilau dan rosak.

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan
yang lain.(al-Kahfi [18] : 89)

Pada ayat 89, Ibnu Kathir berkata: Di mana
dia berjalan dari tempat terbenamnya matahari menuju ke tempat terbitnya.
Setiap kali melewati segolongan umat maka dia dapat mengalahkan dan menguasai
mereka serta menyeru mereka kepada Allah SWT.

Jika menolak seruannya, mereka akan
dikuasai dan harta kekayaan dan perbekalan serta menggunakan segala yang ada
pada umat tersebut dihalalkan untuk bala tenteranya dalam menyerang wilayah
mereka.

Al-Maraghi berkata: Beliau melalui jalan
ketiga yang menempuh sempadan di antara jalan timur dan barat dari tempat
terbitnya matahari menuju ke utara.

Sehingga apabila ia sampai di daerah
matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak
menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.(al-Kahfi [18] : 90)

Pada ayat ke-90 pula Ibnu Kathir berkata:
Mereka tidak mempunyai bangunan yang dapat dijadikan sebagai tempat tinggal,
tidak juga pepohonan yang dapat menaungi dan melindungi daripada terik
matahari.

Ayat ini ditafsirkan dengan pelbagai
tafsiran;

* Mereka itu berwarna merah, bertubuh
pendek, tempat tinggal mereka adalah gua-gua dan makanan mereka adalah ikan.
Inilah pendapat Sa'id bin Jubair.

* Mereka tidak membina satu bangunan di
sana sama sekali. Jika matahari terbit, mereka masuk ke tempat tinggal mereka
sehingga matahari lenyap atau mereka masuk ke laut. Yang demikian itu kerana di
tanah mereka tidak terdapat gunung. Inilah pendapat Ibnu Jarir.

Al-Maraghi berkata: Setelah meninjau tempat
terbenamnya matahari, rombongan Zulkarnain bergegas menuju ke tempat terbitnya
matahari.

Apabila sampai di tempat ini didapati
kawasan tersebut tidak ada bangunan atau gunung sebagai tempat berlindung
daripada terik matahari. Ini kerana tanah di tempat mereka diami tidak dapat
dibina bangunan. Mereka hanya mempunyai saluran air sebagai tempat
menyembunyikan diri daripada terik matahari.

Kesimpulannya Zulkarnain sampai ke daerah
bumi terakhir di bahagian timur dan di situ beliau menemui suatu kaum yang
tidak berpakaian dan tidak mempunyai tempat tinggal. Mereka tinggal di kawasan
yang kering-kontang dan di celah-celah tanah.

Sayid Qutub berkata: Apa yang telah
dikatakan mengenai tempat matahari jatuh begitulah juga dikatakan mengenai
tempat matahari terbit. Yang dimaksudkan dengan tempat matahari terbit ialah
tempat terbitnya di ufuk Timur pada pandangan mata orang yang melihat. Al-Quran
al-Karim tidak menentukan tempat itu secara tepat tetapi menerangkan
sifat-sifatnya dan keadaan kaum yang dijumpai Zulkarnain di sana.

Kawasan itu adalah kawasan bumi yang
terdedah, yang tidak terdapat bukit-bukit dan pokok yang melindungi daripada
panas matahari. Jadi matahari di sana naik memancar terus ke atas kaum yang
tinggal di sana tanpa apa-apa perlindungan. Gambaran ini secucuk dengan kawasan
padang pasir dan tanah datar yang luas saujana. Al-Quran al-Karim tidak
menentukan tempatnya secara tepat.

Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami
mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.(al-Kahfi [18] : 91)

Sementara itu ayat 91 ini ditafsirkan
dengan pelbagai tafsiran. Al-Maraghi berkata: Telah jelas bahawa Zulkarnain
telah berjaya mengelilingi timur dan tepi barat dunia. Oleh itu, beliau telah
mencapai darjat yang mulia dan memiliki kerajaan yang luas, walhal sebelum ini
tidak pernah diberikan kekuasaan sedemikian rupa kepada orang lain.

Kesimpulannya, Allah SWT mempunyai sifat
Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui, malah Dia mengetahui setiap perkara yang
berlaku.

Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.(al-Kahfi [18] : 92)

Pada ayat ke-92 Ibnu Kathir berkata:
Kemudian dia menempuh jalan yang lain lagi. Dengan kata lain, dia menempuh
jalan di belahan timur bumi sehingga sampai di hadapan kedua bukit iaitu dua
buah gunung yang di antara keduanya terdapat satu lubang yang darinya keluar
Yakjuj dan Makjuj menuju ke negeri Turki. Lalu di sana mereka melakukan
kerosakan tanaman dan keturunan.

Sehingga apabila ia sampai di antara dua
gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat
memahami perkataan.(al-Kahfi [18] : 93)

Pada ayat 93 Ibnu Kathir berkata: Dengan
kata lain dia menempuh jalan di belahan timur bumi sehingga sampai di hadapan
dua bukit iaitu dua gunung yang di antara keduanya terdapat satu lubang yang
darinya keluar Yakjuj dan Makjuj menuju ke negeri Turki. Lalu di sana mereka
melakukan kerosakan pada tanaman dan keturunan. Kemudian bahasa yang digunakan
juga berlainan serta tempat tinggal mereka terlalu jauh daripada umat manusia.

Al-Maraghi berkata: Apabila mereka tiba di
antara dua gunung itu iaitu tempat yang dikatakan oleh para pelancong pada abad
ke-15 Masihi sebagai tempat yang unik, beliau dapati di antara dua gunung itu
tinggal suatu bangsa manusia yang hampir tidak dapat memahami setiap persoalan
yang diajukan kerana tahap pemikiran mereka lemah walaupun menggunakan bahasa
isyarat.

Mereka berkata: "wahai Zulkarnain,
sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh
itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil
pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami
dengan mereka?"x(al-Kahfi [18] : 94)

Pada ayat ke 94 Ibnu Juraij menceritakan
daripada Ibnu Abbas iaitu balasan yang besar yang bermaksud mengumpulkan harta
daripada kalangan mereka untuk mereka berikan kepadanya supaya dengan yang
demikian dia membuat dinding.

Al-Maraghi berkata: Penterjemahan kepada
kaum tersebut memberi peringatan: Sebenarnya Yakjuj dan Makjuj telah melakukan
kezaliman di negeri itu dengan melakukan pembunuhan, kehancuran, rampasan
makanan dan segala bentuk kerosakan lain (pembicaraan tentang hal ini telah
disediakan).

Sayid Qutub berkata: Apabila kaum ini
mendapati Zulkarnain seorang penakluk yang gagah berani dan melihat kekuatan,
kebolehan dan kebaikannya, mereka pun menawarkannya kerja membangun tembok
untuk menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj

Berdasarkan sistem hidup yang soleh yang
diumumkan oleh Zulkarnian selaku pemerintah yang soleh, iaitu satu sistem hidup
yang menentang kerosakan di bumi, maka beliau telah menolak tawaran upah itu
malah sanggup membina tembok itu secara sukarela.

Bagi pandangan Zulkarnain, cara yang paling
mudah ialah menutup dan menambak laluan yang terletak di antara dua tembok
semula jadi (bukit/gunung) itu. Maka beliau meminta bantuan daripada kaum yang
mundur dari segi kekuatan kebendaan dan tenaga fizikal.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-56743316697013493832013-05-12T00:07:00.001+08:002013-05-12T00:12:39.027+08:00Fatih Seferagic

APABILA melihat rupa parasnya, ketara iras
penyanyi remaja terkenal antarabangsa yang menjadi kegilaan gadis-gadis seluruh
dunia masa kini. tetapi apabila ditatap berkali-kali, sangkaan itu meleset.

Bahkan tekaan itu hampir benar apabila
kelunakan suaranya ketika membaca al-Quran sangat mengagumkan bagi sesiapa
menonton menerusi laman video Youtube berkaitan pemuda ini.

Jumlah tontonan hampir mencecah ratusan
ribu telah menyebabkan nama Fatih Seferagic yang baru menyambut hari lahir
ke-18 pada 4 Mac lalu menjadi bualan kalangan anak muda masa kini.

Ketika melayari siri laman video yang
dimuat turun di YouTube, merasakan aura Fatih melalui alunan ayat-ayat suci
yang didendangkan bakal memberi satu dimensi baru dalam kalangan anak muda
untuk mendekati al-Quran. Bahkan, pada usia 17 tahun, beliau telah mengimamkan
solat terawih di sebuah masjid di Kanada.

Malah jumlah pengikutnya di laman sosial
Facebook dan Twitter masing-masing mencecah 106,000 dan 29,980 orang. Adakah
kelebihan yang dianugerahkan Allah SWT kepada remaja ini bakal melonjakkan nama
Fatih ke persada seni dakwah?

Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1
Mac 1995 kemudian berpindah ke Amerika Syarikat (AS) pada usia empat tahun.
Beliau merupakan seorang hafiz al-Quran di Baltimore, AS. Sekarang beliau
menetap di Houston, Texas, AS sebagai pelajar di samping guru al-Quran kepada
masyarakat setempat.

Ketika di Baltimore, Fatih berjaya
menghafaz al-Quran dalam tempoh tujuh tahun di Islamic Society of Baltimore
sebelum ke Dallas untuk mempelajari bahasa Arab.

Menerusi Twitter, Fatih baru-baru ini telah
merancangkan untuk melancong ke Malaysia pada akhir Jun ini. Selain negara ini,
beliau juga merancang ke Indonesia.

Dalam laman sosial itu, beliau sempat
bertanyakan sama ada Malaysia mempunyai pusat luncur ais. Para peminat kemudian
menyatakan bahawa negara ini amat terkenal dengan permainan itu di pusat
membeli-belah terkemuka di ibu negara.

Fatih selepas itu memberitahu bahawa beliau
akan pergi bermain luncur ais dan mengajak para peminat untuk meluncur
bersamanya.

Jika anda ingin mengenali lebih mendalam
Fatih, boleh ikuti laman www.twitter.com/FatihSeferagic atau
www.facebook.com/fatihseferagic.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-587787622881127992.post-2956002017538052192013-05-11T23:54:00.001+08:002013-06-06T08:24:30.594+08:00Tafsir Surah al-Kahfi - Zulkarnain kuasai dunia dengan izin Allah

Sambungan daripada : kebenaran seorang Nabi

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

FIRMAN Allah SWT :

Sehingga apabila ia sampai ke daerah
matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam
berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami
berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah
sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik
terhadap mereka". (al-Kahfi [18] : 86)

Dia berkata: Adapun orang yang melakukan
kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya, kemudian dia akan
dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang
seburuk-buruknya. (al-Kahfi [18] : 87)

PENULIS memulakan hal ini dengan kisah
Zulkarnain. Kebanyakan ulama dan sejarawan berpendapat: Beliau ialah Iskandar
Ibnu Faylabas al-Rumiy, murid Aristotle, ahli falsafah yang digelar guru
pertama dan falsafahnya telah tersebar di tengah-tengah umat Islam. Beliau
hidup lebih kurang 330 SM seorang penduduk Macedonia, memerangi Parsi,
mengalahkan Raja Dara dan mengahwini puteri Raja Dara. Kemudian, beliau
meneruskan perjalanannya ke India dan melakukan serangan. Seterusnya, beliau
memerintah negara Mesir serta membangunkan Iskandariah.

Bukti menunjukkan beliau ialah Iskandar
Zulkarnain. Sejarah belum memastikan lagi adanya seorang raja yang berjaya
mengelilingi dunia, melakukan perjalanan dari Timur hingga Barat dan menawan
banyak wilayah kecuali beliau.

Abu al-Raihan al-Bairuni adalah seorang
ahli astronomi meriwayatkan dalam kitabnya al-Athar al-Baqiyyah an al-Quran
al-Khaliyyah telah menyatakan Zulkarnain berasal dari Himyar dan namanya ialah
Abu Bakar Ibnu Ifriqish. Beliau telah membawa bala tenteranya ke tepi Laut
Tengah, melewati Tunisia, Moroko dan lain-lain. Beliau telah mendirikan kota
Afrika sehinggalah keseluruhan benua itu terkenal dengan namanya.

Beliau digelar dengan nama Zulkarnain
kerana beliau mempunyai dua tanduk matahari.

Bukti yang menunjukkan beliau seorang
Himyar iaitu, gelaran al-Adhwa (orang yang namanya menggunakan Dhu) hanyalah
dikenali di negeri Himyar, bukan di Yunan. Beliau memerintah Dawlah Himyar
sejak 115 SM sehingga 552M, pemerintahan kedua-dua Dawlah Himyar. Rajanya pula
disebut Tahabiah (mufradnya Tubba)

Pada ayat ke-86, Ibnu Kathir berkata:
maksudnya, dia berjalan melampaui jalan hingga akhirnya sampai di tempat jauh
yang ditempuhinya itu iaitu belahan bumi bahagian barat. Adapun mencapai tempat
terbenamnya matahari di langit, maka itu merupakan suatu hal yang tidak
mungkin.

Maksudnya dia menyaksikan matahari dengan
matanya sendiri terbenam di dalam samudera. Demikianlah keadaan setiap orang
yang pandangannya berakhir sampai pada tepian pantai, di mana dia melihat
matahari itu seakan-akan terbenam ke dalam lautan tersebut. Sedangkan matahari
itu tidak bersinar dari orbitnya, dia tetap ada pada orbitnya, tidak
meninggalkannya. Kata al-Hami-ah diambil daripada salah satu daripada dua cara
bacaan iaitu al-Hama-ah yang bererti tanah.

Al-Maraghi berkata: Sememangnya Zulkarnain
mahu sampai ke tempat terbenamnya matahari. Oleh itu, beliau menyusuri jalan
yang boleh sampai ke tempat tersebut. Akhirnya beliau sampai ke penghujung
dunia di arah barat dan berhenti di tepi Lautan Atlantik. Di situ beliau dapati
matahari seolah-olah terbenam di dalam mata air yang berlumpur hitam.

Beliau menemui sebuah negeri terakhir -
yang tidak ada negeri lagi sesudahnya - iaitu negeri yang diibaratkan seperti
lautan kegelapan dan tidak ada pemerintahan tetapi merupakan tempat terbenamnya
matahari. Beliau telah berjalan ke Tunisia, kemudian ke Marrakush hingga sampai
ke laut tempat beliau mendapati matahari seakan-akan terbenam. Tempat itu
berwarna biru, seakan-akan lumpur bercampur air.

Dalam hal ini, Allah SWT memberinya
petunjuk melalui ilham: Allah SWT memberinya dua alternatif untuk memerintah
tempat tersebut. Pertama membunuh penduduk kafir itu, jika tidak mengakui
kekuasaan-Nya. Kedua, mengajar mereka dengan ilmu agama sebagai memperjelaskan
syariat dan hukum kepada mereka.

Manakala pada ayat ke-87, Ibnu Kathir
berkata: Sangat pedih dan menyakitkan. Dan dalam hal itu terdapat penetapan
hari pengembalian dan pembalasan.

Al-Maraghi berkata: Zulkarnain berkata kepada
pengawalnya: Orang yang melakukan penganiayaan ke atas dirinya dengan
menyekutukan Tuhannya, akan diazab dengan hukuman bunuh. Di akhirat pula dia
akan menemui Tuhan serta diazab dengan azab yang dahsyat di dalam neraka
jahanam.

Isu berkenaan dengan Zulkarnain juga
menjadi polemik di kalangan tokoh ilmuwan sama ada Barat atau Islam. Tetapi
yang pentingnya dalam nas Ilahi menunjukkan bahawa beliau adalah seorang raja
yang soleh yang menguasai dunia dengan izin Allah SWT. Semoga Allah meramaikan
pemimpin yang soleh dalam mengurus atur kehidupan manusia. Amin.

utusan

danielhttp://www.blogger.com/profile/03500921662822725729noreply@blogger.com0