بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Sunday, March 3, 2013

Mengapa doa ditolak?




DOA itu senjata orang Mukmin. Setiap hari kita berdoa supaya dipanjangkan usia, sihat tubuh badan, bertambah rezeki, bertemu jodoh yang baik dan macam-macam lagi. Ada kalanya doa itu dimakbulkan Tuhan dan ada juga doa yang tidak dikabulkan.

Pernah kita terfikir mengapakah doa tidak dimakbulkan Allah? Apakah silapnya sehingga doa tersebut ditolak? Adakah kita tidak ikhlas ketika memanjangkan hajat ketika berdoa kepada Allah?

Sebenarnya ada banyak sebab mengapa doa diibarat layang-layang putus benang, dihempas angin ke hulu dan ke hilir tanpa kepastian. Selain faktor manusia yang mungkin kurang ikhlas dan banyak melakukan dosa, malah salah faktor kejayaan atau kegagalan mungkin disebabkan oleh isi kandungannya.

Ketika saat doa-doa dibaca dan dihafal, kebanyakannya kandungannya tidak jelas sedangkan syarat hajat dimakbulkan kerana isinya mantap dan mempunyai sumber rujukan yang sahih.


Sehubungan itu, Must Read Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah karya bertajuk, Mengapa Doa Ditolak untuk merungkai permasalahan yang dialami oleh umat Islam. Penulisnya, Muhammad Adlin Yani menulis buku itu dengan berdasarkan susunan ayat di dalam al-Quran disertai dengan penjelasan ringkas tentang riwayat doa berkenaan.

Sebanyak 62 doa dihimpun dalam buku tersebut dengan doa induk iaitu surah al-Fatihah, diikuti doa berlindung daripada kejahilan dan diakhiri dengan berlindung daripada kejahatan tersembunyi.

Selain itu, Muhammad Adlin menyelitkan penerangan ringkas setiap doa-doa berkenaan dengan bersandarkan hujah al-Quran dan al-Sunnah serta pendapat ulama tersohor. Bahkan beliau turut menampilkan kata-kata motivasi sebagai perangsang semangat kepada pembaca.

Buku setebal 154 muka surat yang berharga RM16.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM19.90 (Sabah/Sarawak) itu wajar dimiliki dalam mencari punca mengapa doa kita ditolak sedangkan puncanya bermula daripada diri sendiri kerana tidak menghayati dan mengenal isi kandungan doa berkenaan.

Orang ramai berminat boleh mendapatkan buku itu dipasaran berhampiran atau boleh menghubungi Must Read Sdn. Bhd. menerusi nombor talian 0361871611 atau layari www.mustread.com.my untuk maklumat lanjut.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...