SOALAN:
SAYA berumur 37 tahun, sudah berumahtangga selama 12 tahun tetapi tidak
mempunyai cahaya mata. Saya dan suami sudah menjalani pemeriksaan di hospital
dan doktor mengesahkan kami tiada masalah kesuburan.
Kami telah menjalani proses IUI sebanyak
tiga kali tetapi gagal. Dua tahun lalu, atas nasihat doktor, kami menjalani
IVF. Saya hamil, tetapi selepas dua bulan saya keguguran.
Bolehkah Tuan Haji Lokman memberikan saya
ayat al-Quran untuk menolong kami mendapat zuriat? - Halimah, Kuala Terengganu.
JAWAPAN:
Terima kasih Puan Halimah atas soalan
tersebut. Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, pasti mengidamkan
anak, sebagai lambang kebahagiaan keluarga dan mengembangkan zuriat keturunan.
Namun, bukan semua bernasib baik, ada
pasangan sudah menimang cahaya mata biarpun baru setahun mendirikan rumah
tangga. Ada pasangan terpaksa menunggu belasan tahun untuk menerima amanah
Allah
.
Pokoknya, anak adalah kurniaan serta rezeki
dari Allah dan Allah lebih mengetahui hikmah di atas tiap takdirNya.
Namun, itu bukan alasan untuk kita berdiam
diri dan menyalahkan takdir, sebagai manusia kita disaran berikhtiar dan
memohon doa kepada Allah agar dikurniakan zuriat.
Puan perlu tahu, Puan bukan satu-satunya
pasangan di dunia ini yang menerima ujian ini. Ramai pasangan lain turut
mengalami nasib serupa. Hal ini bukanlah menunjukkan Tuhan tidak memberikan
rezeki, namun ia lebih bersifat ujian.
Nabi Zakaria dan Nabi Ibrahim turut diuji
dengan ujian sama. Apa yang lebih penting, kita berikhtiar di samping berdoa
kepadaNya. Nabi Zakaria pernah berdoa kepada Allah untuk mendapatkan zuriat.
Doa tersebut Allah rakam di dalam Al Quran,
surah Al-Anbiya ayat 89
Dan ingatlah kisah Zakaria, tatkala menyeru TuhanNya: Ya Tuhanku, Janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri (tidak mempunyai zuriat keturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepadaMu) - Surah Al-Anbiya: ayat 89.
Anak merupakan saham atau aset penting
setiap ibu bapa. Anak yang soleh, mampu berjasa kepada ibu bapanya selepas
ketiadaan mereka.
Sabda Nabi Muhammad SAW: Apabila wafatnya
manusia, maka terputuslah darinya segala amalannya (pahala) kecuali tiga
perkara iaitu sedekah jariah (pahala yang mengalir), ilmu bermanfaat (kepada
manusia lain yang masih hidup) atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan
kepadanya". - Hadis Riwayat Muslim.
Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW
menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai.
Rasulullah SAW bersabda: Kahwinilah wanita
yang melahirkan anak ramai dan memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya
aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai") - Hadis Riwayat Abu
Daud dan An-Nasaei.
Melalui dalil di atas, dapat kita fahami
bahawa Islam menggalakkan umatNya melahirkan ramai zuriat.
Ada pasangan suami isteri sukar mendapat
zuriat. Maka, adalah kewajipan mereka berusaha bagi mendapatkan zuriat melalui
perubatan moden atau perubatan Islam di samping berdoa kepada Allah.
Statistik menunjukkan satu dalam enam pasangan
suami isteri mengalami masalah kesuburan. Kira-kira 40 peratus pasangan suami
isteri yang mengalami masalah kesuburan disebabkan wanita, 40 peratus lelaki,
sepuluh peratus melibatkan kedua-dua pasangan, selebihnya daripada punca yang
tidak dapat diketahui oleh perubatan moden.
Ramai pasangan suami isteri datang ke Pusat
Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendapatkan rawatan kesuburan.
Antara masalah mereka adalah penyakit
bersifat medical seperti endometriosis, fibroid, kerosakan tiub fallopian,
kitaran haid tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah kurang
sperma dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, terdapat ramai pasangan
sukar mendapat zuriat disebabkan gangguan jin dan sihir.
Perlu kita fahami, rawatan kesuburan
menggunakan ayat suci al-Quran bukanlah untuk penyakit kesuburan bersifat
gangguan jin atau sihir semata-mata, malah kaedah suci ini mampu mengubati
masalah kesuburan yang bersifat medical seperti yang saya senaraikan tadi.
Masalah untuk golongan wanita (isteri)
adalah, apabila janin jantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia
dibekalkan dengan hampir dua juta telur yang disimpan di dalam sepasang kilang
telur atau ovari.
Ovari wanita tidak mampu membuat telur baru
dan pada hakikatnya, terdapat penurunan berterusan dalam jumlah bilangan telur
setiap bulan.
Menjelang masa seorang gadis mencapai umur
baligh, kira-kira 25 peratus daripada jumlah telur itu kekal, iaitu kira-kira
300,000 telur.
Penurunan jumlah telur disebabkan oleh
telur yang tidak mencapai kematangan penuh dan mati disebabkan oleh proses yang
dipanggil atresia.
Semakin usia seseorang wanita meningkat,
semakin berkurangan bekalan telur wanita sehingga menopaus.
Oleh itu, hanya kira-kira 300 hingga 500
telur (ovum) ini akan matang lebih jangka hayat wanita.
Bagi kaum lelaki (suami), situasi
pengeluaran benih iaitu sperma berbeza daripada wanita. Organ pengeluaran
sperma iaitu testis biasanya menghasilkan 50,000 sperma baru setiap hari
apabila baligh sehingga lelaki itu berumur 70 tahun.
ARKIB : 23/12/2012
Bersama Haji Lokman Abdul Hamid
No comments:
Post a Comment