بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Wednesday, August 17, 2011

Orang beriman masuk syurga tanpa hisab

alt

2011/08/17

RASULULLAH SAW adalah manusia pertama masuk syurga, sedangkan umatnya adalah umat yang pertama antara umat Nabi lain yang masuk syurga. Dalam hadis disebutkan bahawa Abu Bakar adalah orang yang masuk syurga selepas Rasulullah SAW.

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku mendatangi pintu syurga, lalu aku memintanya untuk dibuka. Malaikat yang bertugas menjaga pintu syurga bertanya: Anda siapa? Aku menjawab: Muhammad. Lalu, ia berkata: Aku diperintah supaya tidak membuka pintu syurga untuk siapa pun sebelum anda.” (Hadis riwayat Muslim) 

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Malaikat Jibril mendatangiku seraya memperlihatkan pintu syurga yang akan dimasuki oleh umatku. Lalu, Abu Bakar bertanya: Ya Rasulullah, saya senang jika saya boleh melihat bersamamu! Rasulullah menjawab: Wahai, Abu Bakar, engkau adalah orang yang pertama masuk syurga dari umatku.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Golongan pertama yang akan masuk syurga, wajahnya nampak seperti bulan pada malam purnama, mereka tidak meludah tidak ingusan, tidak buang air kecil, dan tidak buang air besar, mereka dibuat dari emas. Aroma dupanya harum seperti dupa India. Aroma peluh mereka seperti wangian. Setiap orang mempunyai dua isteri yang sumsum betisnya kelihatan di balik dagingnya kerana kecantikannya. Tidak ada perbezaan pendapat di antara mereka. Mereka tidak saling dengki satu sama lain. Mereka bertasbih kepada Allah, setiap pagi dan petang.” (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim)

Sudah dikemukakan hadis mengenai orang yang akan masuk syurga tanpa hisab (penghitungan). Mereka adalah orang yang bertakwa dan beramal soleh. Mereka beriman kepada Allah hingga sampai pada darjat takwa tinggi seperti mana mereka sampai pada darjat amal soleh yang tinggi.

Merekalah orang yang tidak akan dihisab amalnya. Mereka juga tidak akan ditimbang, tidak ada buku amal, kecuali buku bertuliskan: Lulus kerana Allah dan Rasulullah SAW. 

Di antara kurnia, kenikmatan dan kemuliaan Allah bahawa Dia menganugerahkan kepada Rasulullah SAW pada setiap satu orang dari yang 70,000 itu membawa 70,000 orang pula.

Daripada Abu Bakar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku dianugerahi Allah 70,000 orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab. Wajah mereka nampak seperti bulan pada malam purnama. Hati mereka semuanya sama. Lalu, aku memohon tambahan kepada Allah dan Allah menambahkan untukku setiap satu orang menjadi 70,000 orang.” (Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad dengan sanad yang sahih).

Golongan orang yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah golongan yang sifatnya disebutkan dalam surah Al-Waqi’ah. Allah memberi sifat kepada mereka sebagai orang-orang yang beriman paling dahulu dan mereka didekatkan kepada Allah di syurga. Mereka adalah segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Kepada mereka, Allah telah menanamkan kemuliaan, cinta takdir, dan keagungan. Mereka adalah cermin dalam iman, amal kebaikan, jihad, ilmu, anugerah, kelembutan hati, cinta, kesempurnaan, akhlak, dan keagungan.

Firman Allah yang bermaksud: 


“Dan orang yang paling dulu (beriman), merekalah yang paling dulu (masuk syurga), mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah), berada dalam syurga kenikmatan segolongan besar dari orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang yang kemudian.” (Surah Al-Waqi’ah, 10-14).

Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...