Wujudnya kepincangan dalam institusi kekeluargaan dan juga kerana gagal mewujudkan suasana rumahku syurgaku sukar untuk mewujudkan anak soleh.
Dalam dunia serba moden ditambah kesibukan ibu bapa bekerja menjadikan ikatan semakin renggang. Jadi anak tidak mendapat tumpuan dan sepenuh kasih sayang daripada kedua-dua orang tuanya.
Itu sebahagian penghalang yang menjadikan anak tidak menjiwai kehadirannya dalam sesebuah keluarga selain faktor sekeliling termasuk pengaruh rakan sebaya.
Namun, bukan mudah memikul tanggungjawab dan amanah sebagai ibu bapa. Banyak perkara perlu diperkemaskan dan dipertingkatkan lagi.
Antara perkara yang begitu penting dalam melahirkan anak soleh adalah ibu bapa perlu memastikan setiap rezeki daripada sumber halal.
Malah sejak proses bayi dalam kandungan lagi ibu bapa perlu menonjolkan sifat terpuji terutamanya menjaga akhlak dan tingkah laku selain berusaha menjadikan rumah tangga dalam keadaan berkasih sayang, saling menghormati. Ini kerana ia memberikan kesan langsung kepada perkembangan bayi dalam kandungan.
Berusahalah menjadi ibu bapa contoh untuk menjadi ikutan kepada anak-anak supaya kehidupan dilimpahi barakah, maghfirah dan rahmat Allah.
Semoga anak bakal menjadi generasi beriman, bertakwa dan menjadi penyejuk mata serta penawar di hati buat setiap ibu bapa.
Petikan daripada Ad-Din myMetro
No comments:
Post a Comment