بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Friday, December 9, 2011

Panduan jadi imam

RASULULLAH SAW sebagai pimpinan tertinggi memberitahu umatnya turutan mereka yang layak diangkat sebagai imam.
Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin Umar berkata, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Yang menjadi imam bagi sesuatu kaum itu didahulukan mereka yang banyak mengingati al-Quran dan paling baik bacaannya. maka jika di kalangan mereka itu (imam) bersamaan pada mengingati al-Quran, dipilih siapakah yang terlebih dulu hijrah (syarat ini cuma ada pada zaman Rasulullah dan sahabat). Maka jika bersamaan juga, dahulukan mereka yang lebih tua atau dewasa dan janganlah seseorang menjadi imam tanpa kebenaran imam yang berkuasa di tempatnya dan jangan seseorang itu duduk di satu tempat duduk kecuali yang dikhaskan bagi dirinya saja (melainkan dengan izin). (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim). 
Imam sebenarnya perlu mempunyai ciri-ciri berikut antaranya berilmu, memiliki bacaan yang baik selain prihatin terhadap keadaan makmum di belakangnya. 

Dalam menentukan baik bacaan seorang imam, surah al-Fatihah sendiri sangat penting dan perlu dipandang serius seorang yang dipertanggungjawabkan memimpin solat.


Jika meninggalkan atau tersilap melakukan salah satu daripadanya, maka terbatal solat. Sebab itu, salah satu rukun solat yang perlu diberi perhatian adalah bacaan al-Fatihah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: dari Ubadah bin as-Somit menyatakan hadis ini marfu’ kepada Rasulullah SAW: Tidak ada solat bagi mereka yang tidak membaca surah al-Fatihah. (Hadis sahih Muslim, bab solat, 595).

Sumber : SINI

Justeru imam yang salah bacaan Fatihah, bukan saja solatnya batal, tetapi makmum di belakangnya pun turut terbatal. Antara kesalahan dalam bacaan Al-Fatihah terbahagi kepada dua bahagian. 

Pertama, kesalahan besar yang membatalkan solat si pembaca dan yang kedua, kesalahan kecil yang tidak membatalkan solat si pembaca. Bagi mengenal pasti dan mengetahui ia kesalahan besar atau kecil dua unsur ilmu diperlukan iaitu ilmu tajwid dan tatabahasa Arab. 

Bagi kesalahan bacaan Al-Fatihah yang membatalkan solat adalah menukar makhraj huruf asal kepada huruf lain, berubah baris yang mengubah sama sekali maknanya dan meninggalkan tasydid (tanda sabdu)

Penting sekali buat imam memelihara bacaan Al-Fatihah supaya tidak berlaku kesalahan yang menyebabkan batalnya solat dan iman seseorang. 

Lantaran itu buku Imam Muda-Panduan Lengkap Imam, Bilal dan Solat berjemaah hasil tulisan Zulkifli Mat Arof ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan buat imam, bakal imam serta pemimpin usrah di sekolah. 


INFO: 

Tajuk: Imam Muda, Panduan Lengkap Imam, Bilal dan Solat Berjemaah 
Penulis: Zulkifli Mat Arof 
Penerbit: Inteam Publishing Sdn Bhd 
Cetakan: Pertama 
Harga: RM20.00 (Semenanjung) RM22.00 (Sabah dan Sarawak) 
Muka Surat: 171 muka surat

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...