بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, April 12, 2012

Sifat ahli neraka



Apabila kita beralih kepada sifat-sifat ahli neraka sebagaimana yang disebutkan Nabi SAW, keadaannya songsang 180°. Ahli neraka digambarkan sangat kasar ucapan dan perbuatannya.

Mereka suka bertengkar dan kuat berselisih. Dalam setiap perdebatan, pantang bagi mereka untuk mengalah walaupun perkata itu sangat remeh. Malah, mereka enggan mengalah meskipun menyedari kesilapan daripada dirinya sendiri. Apabila diingatkan dan dinasihati, mereka segera menunjukkan reaksi marah.

Orang seperti ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Manusia yang paling Allah benci ialah orang yang sangat kuat bertengkar.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)

Antara sifat ahli neraka yang lain pula adalah sangat angkuh dan sombong. Keangkuhan itu sangat jelas kelihatan dalam penampilan dan gerak-gerinya. Apabila berjalan, langkah mereka seperti orang yang angkuh. Apabila berbicara, lidah dan bibirnya dibentuk dengan gaya khas. Mereka selalu ingin berbeza daripada orang ramai dan meminta untuk dihormati.

Daripada Zaid bin Aslam, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Langit menangis melihat hamba yang diberikan kesihatan badannya, dilapangkan perutnya dan diberikan kenikmatan dunia, namun dia sangat zalim semasa manusia.” (Hadis riwayat Ibn Jarir al-Tabari dengan sanad mursal)

#Jangan keras hati

Semua sifat ini berpunca daripada satu sumber iaitu kekerasan hati. Hati yang keras akibat daripada dosa-dosa yang telah menutupi cermin hati. Apabila hati telah keras, maka maksiat tidak lagi dirasakan sebagai dosa. Malah, maksiat itu terasa begitu ‘manis’ dan ‘nikmat’.

Pemilik hati yang keras tidak memiliki sifat belas kasihan. Ucapan dan sikapnya tampak kasar walaupun terhadap ibu bapanya, anak-anaknya, isteri atau suaminya dan apatah lagi kepada kawan-kawannya.

Hati yang kasar tidak tersentuh dengan kata-kata hikmah. Matanya kering kerana air mata tidak pernah dititiskan kerana nasihat. Suatu hari nanti, mata seperti ini akan dipaksa menangis kerana azab yang Allah timpakan kepadanya. Jika tidak di dunia, maka azab itu pasti menimpanya di akhirat kelak.

Al-Tirmidzi meriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialah pemilik hati yang keras.”

Facebook Pencinta Rasulullah(saw)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...