بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, April 19, 2012

Iqra: Hijrah boleh dibuat pada zaman moden

pix_gal0



Judul: Jom Hijrah
Penulis: Ghazali Omar
Penerbit: Yamani Angle Sdn Bhd
Pengulas: Ratinawati Rasidi Harga: RM8 (Semenanjung Malaysia), RM10 (Sabah/Sarawak)

HIJRAH telah menyelamatkan segala-galanya, tiada lagi seksa, tiada lagi ancaman dan tiada lagi halangan. Islam hidup subur menjulurkan dahan dan ranting dengan daun merimbun. Ibarat pokok, Islam menjadi tempat berteduh malah mengeluarkan buah yang manis untuk umatnya.

Setiap kali tiba awal Muharam, semua umat Islam akan mula mengenang kembali kisah hijrah Rasulullah SAW yang menyingkap usaha Baginda membawa perubahan secara fizikal dan rohaniah umat Islam selepas mendapat wahyu serta ketetapan daripada Allah SWT

Ketika memperingati sambutan itu, bergema di masjid seluruh negara syarahan dan ceramah menarik mengajak mengenang kisah hijrah yang penuh dengan pengajaran itu di samping pelbagai aktiviti keagamaan untuk mengenang peristiwa bersejarah itu.

Sekian lama berlalu, tiada lagi umat Islam berhijrah sedemikian rupa. Zaman sudah jauh berbeza. Namun peliknya, setiap tahun ketika menyambut Maal Hijrah kita diseru, Jom Hijrah! Jom Hijrah! Perlukah kita berhijrah? Ke mana kita hendak berhijrah?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada lagi hijrah sesudah kemenangan Futuh Makkah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat, dan apabila diperintah keluar berjihad, keluarlah kamu berjihad.” (Hadis riwayat Bukhari)

Buku Jom Hijrah hasil tulisan Ghazali Omar, mengupas bentuk hijrah yang boleh kita lakukan pada zaman moden sekalipun ia tidak seperti hijrah Nabi Muhammad SAW ketika eranya. Hijrah pada zaman itu perlu dilakukan demi menyelamatkan iman dan jiwa umat Islam.

Hijrah zaman ini perlu dilihat secara menyeluruh bukan hanya penghijrahan fizikal tetapi jiwa, pemikiran, amalan dan sebagainya demi menjaga keimanan umat Islam pada zaman penuh cabaran dan dugaan.

Menerusi buku kecil 88 halaman ini, Ghazali mengupas bentuk hijrah masa kini yang boleh dilakukan sebagai mengambil pengajaran dan iktibar daripada Hijrah Rasulullah SAW serta sahabat. Ia sesuai untuk rujukan umum dan bacaan terutama kepada individu yang ingin berubah ke arah kebaikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...