بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Tuesday, February 14, 2012

Atasi sifat mazmumah melalui iman



SAMBIL bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya (dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya ke atas mereka kebinasaan (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan. Bagi "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan "Sunnahtullah" itu. (Faatir : 43)


Huraian:

Allah SWT berfirman tentang orang-orang Quraisy yang belum datangnya seorang rasul kepada mereka, mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah, bahawa jika datang kepada mereka seorang rasul, nescaya mereka akan menjadi pengikut yang paling patuh kepada tuntutan rasul itu lebih daripada umat-umat yang telah pernah kedatangan rasul-rasul.

Akan tetapi setelah datang kepada mereka Muhammad sebagai Rasul dan Utusan Allah yang membawa al-Quranul Karim, mereka malahan mendustakannya, mengingkari kenabiannya dan menyombongkan diri enggan mengikuti ajarannya dan petunjuknya dan bahkan dengan berbagai rencana dan tipu daya mereka menghalangi orang lain untuk beriman kepada Rasulullah dan mengikuti petunjuknya.

Maka dengan sikap mereka yang menyombongkan diri itu dan dengan tipu daya mereka yang jahat akibatnya akan menimpa diri mereka sendiri, mereka hanya menanti-nantikan sunnah Allah yang telah berlaku terhadap orang-orang yang terdahulu , iaitu turun azab dan siksa atas orang-orang yang mendustakan rasul.

Kesimpulan:

Janganlah kita mempunyai sifat sombong, riak dan takbur kerana sifat itu adalah yang tercela. Kita dikurniakan oleh Allah dengan fikiran yang waras dan akal yang cerdas berfikir untuk melakukan amalan yang baik bukan untuk melakukan kejahatan serta melakukan rancangan jahat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...