بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, June 30, 2011

Pengertian Israk Mikraj

 


Bismillahirrahmanirrahim


Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis Palestin. 

Peristiwa ini disebut di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT:

A001

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Israa' [17] : 1) 

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid al-Aqsa ke Sidrat al-Muntaha di langit ketujuh dekat singgahsana Allah SWT seperti yang digambarkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:

 A013

 A014

 A015

 A016

 A017

 A018 
Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,  Di sisi "Sidratul-Muntaha";  Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa". (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. (Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. (An-Najm [53 : 13 - 18)
  
Ada banyak perkara yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa isra' mikraj ini dan yang paling utama ialah di “Fardhukan Solat Lima Waktu” kepada kaum muslimin. 


Wednesday, June 29, 2011

Akhlak mulia, kemanusiaan asas kaedah pendakwah


Oleh Mohd Rizal Azman Rifin

2011/06/23

DIRIWAYATKAN, Abu Darda’ melihat orang sedang berkerumun sambil memukul serta mencaci maki seorang lelaki. Abu Darda’ kemudian menghampiri kumpulan ramai itu lalu bertanya: “Apa hal sampai begini jadinya? Mereka yang berkerumun itu menjawab: Ini lelaki yang sudah melakukan dosa besar. 

Abu Darda berkata lagi: Apakah tindakan kamu jika dia terjatuh ke dalam sebuah perigi? Adakah kamu semua akan mengeluarkannya? Mereka menjawab: Ya, sudah tentu kami akan mengeluarkannya.


Kemudian Abu Darda berkata: Jika begitu, janganlah kamu mencaci dan memaki serta memukulnya. Sebaliknya tutuplah aibnya, bimbinglah dia dan bersyukur kepada Allah yang sudah memelihara kamu dari perbuatan dosa itu.

Mendengar nasihat Abu Darda’, mereka kembali mengemukakan pertanyaan: Adakah kamu tidak membencinya? Lantas Abu Darda’ menjawab: Aku membenci perbuatannya. Namun jika kemudian dia tidak lagi melakukannya maka dia adalah saudaraku. Mendengar kata-kata Abu Darda’ yang penuh berhemah itu, lelaki yang dipukul itupun menangis dan bertaubat kepada Allah. 

Ini satu contoh baik yang seharusnya setiap pendakwah amalkan kerana ia selari perintah Allah dalam firman yang bermaksud: 

“Serulah kepada Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahas dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125) 

Seseorang pendakwah semesti sentiasa berusaha mendidik diri sendiri dengan akhlak murni. Dia juga perlu bermuhasabah diri supaya menjadi pendakwah yang dihormati kerana keperibadian serta ilmu dimiliki. 

Pada suatu ketika, Ibnul Muqaffa’ ditanya: “Siapakah yang mengajarkan adab dan sopan santun yang luhur ini kepadamu? Lalu Ibnul Muqaffa’ berkata: Diriku sendiri. Kemudian dia ditanya lagi: Mana mungkin seseorang itu boleh mengajarkan sopan santun kepada dirinya sendiri tanpa berguru! 

Ibnul Muqaffa memberi penjelasan: Mengapa tidak? Jika aku melihat sesuatu kebaikan pada diri seseorang, aku akan pergi menemuinya. Sedangkan jika aku melihat suatu keburukan, aku akan menghindarinya. Dengan demikian, aku telah mendidik diriku sendiri.” 

Begitu proses memelihara diri dengan nilai akhlak yang baik dan operasi mendidik diri seharusnya berterusan sepanjang hayat apatah lagi seandainya dia seorang pendakwah. Modus operandi seseorang pendakwah hendaklah bertapak dalam asas akhlak mulia. 

Tanpa pembinaan akhlak yang unggul dan tanpa menonjolkan nilai mulia diri kepada khalayak awam, maka visi dan misi untuk melaksanakan dakwah secara efektif kurang berkesan. 

Kita lihat bagaimana kaedah Rasulullah SAW dalam dakwah Baginda yang tidak pernah luntur memperagakan harga diri yang mulia sehingga mampu mencairkan hati orang ingkar dan keras penentangannya terhadap Islam. 

Pada suatu hari ada perarakan jenazah orang Yahudi lalu di depan Rasulullah SAW dan sahabat. Melihat itu, Nabi SAW segera berdiri sebagai tanda hormat. Sahabat berasa hairan lalu bertanya: “Bukankah mayat itu seorang Yahudi yang bukan Muslim? Lalu Nabi SAW menjawab: Walaupun bukan Muslim, dia adalah makhluk Allah juga.” 

Juga kisah berikut yang jelas menonjolkan peribadi Nabi SAW yang mulia. Diriwayatkan di suatu sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap hari selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya: “Wahai saudaraku, jangan kamu mendekati Muhammad, dia itu orang gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.” 

Namun, setiap pagi Nabi SAW datang kepadanya dengan membawa makanan tanpa berucap sepatah kata pun kepadanya. Setiap kali Baginda menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu tanpa diketahui oleh pengemis itu siapa yang menyuap. 

Selepas Nabi SAW wafat, tiada lagi orang yang sudi membawakan makanan dan menyuapkan kepadanya. Suatu ketika Abu Bakar mengunjungi rumah anaknya, Aisyah, isteri Nabi SAW seraya bertanya: “Wahai puteriku, apakah kebiasaan kekasihku Muhammad yang belum aku kerjakan? 

Lihatlah bagaimana anggunnya akhlak Rasulullah SAW dan pesonanya kaedah dakwah sehingga perbuatan mengunjungi pengemis Yahudi tidak diketahui orang walau sahabat paling hampir. 
Hebatnya peribadi Rasulullah SAW. Di akhir kisah tadi dikatakan bahawa pengemis buta Yahudi itu memeluk Islam selepas mengetahui orang yang biasa membawa dan menyuapkan makanan kepadanya adalah Rasulullah SAW. 

Begitu cara Nabi SAW yang tidak pernah kering dengan lontaran warna kemanusiaan dan tidak pernah gersang nilai akhlak mulia. Pendakwah yang ingin mengajak insan lain berada dalam landasan benar dan jalan lurus sewajarnya meniti jalan suci yang pernah ditempuhi Nabi SAW. 

Tuntutan Mendidik dan Mengawal Nafsu

Kejayaan kekang nafsu bentuk insan terbilang

2011/06/23

SEORANG yang memiliki sifat unggul sangat beruntung kerana ia mampu mengemudi hidupnya dengan sempurna. Keadaan itu membuatkan ia dapat berperanan dengan baik kepada dirinya dan alam sekeliling. 

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik-baiknya serta sentiasa dapat memenuhi tuntutan rohani dan jasmani dengan terkawal. Aspek rohani dan jasmani manusia terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat.


Aspek rohani dan jasmani itu akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah kejadian manusia sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi.

Akal fikiran diciptakan Allah adalah mahkota berharga yang menampilkan imej manusia berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta menyampaikannya kepada orang lain. 

Melalui akal, seseorang itu mendapat hidayah serta petunjuk Allah menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian alam dan ajaran yang disampaikan orang lain. 

Al-Quran menggesa manusia menggunakan akal fikiran, memerhati dan mengkaji kejadian alam. Pemerhatian dan pengkajian ini mempunyai faedah besar iaitu memenuhi dan mempertingkatkan kemajuan hidup yang kemudian menemui hakikat kebesaran Allah sebagai Pencipta Maha Agung. 

Selaku makhluk yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk patuh kepada kekuasaan Allah dengan penuh kesedaran dan melaksanakan kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju keredaan Allah. 

Roh dan nyawa komponen utama manusia. Terlalu sulit untuk diperkatakan kerana ia sebenarnya urusan Allah. Walau demikian, ia amat mustahak kerana dengannya manusia boleh hidup, bernafas, mendenyutkan nadi, memberikan dorongan dan kekuatan perasaan. 

Satu lagi komponen manusia ialah jasad yang merangkumi kulit, daging, otot, urat, darah, tulang dan anggota pancaindera lain. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dan menyempurnakan antara satu sama lain sesuai dengan kejadian manusia dijadikan Allah sebagai sebaik-baik kejadian. 

Seseorang terdidik dengan nilai unggul, jasadnya akan bergerak di atas panduan yang betul. Dia akan menggunakan kudratnya melakukan kerja yang baik, rehat dan tidur dengan seimbang, memakan makanan bersih dan halal, menjaga kesihatan diri, mengguna dan memelihara pancaindera dari sebarang kemudaratan. 

Firman Allah yang bermaksud: 

“...dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195) 

Jelasnya jasad perlu dijaga supaya tidak terdedah kepada kebinasaan, penyakit dan sebarang kecacatan kerana kesempurnaan jasad turut membantu keunggulan hidup seseorang. 

Unsur seterusnya yang dikurniakan kepada manusia ialah nafsu syahwat. Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar, bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Jika nafsu dapat dididik dan dikawal, ia akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan manusia. 

Tetapi jika ia tidak dididik dan dikawal, dengan mudah ia menjadi raja kepada diri seseorang untuk melakukan apa saja kemahuan yang lebih cenderung kepada keburukan. 

Firman Allah yang bermaksud: 

“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang yang sudah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).” (Surah Yusuf, ayat 53) 

Bagi memenuhi keinginan syahwat ini, Islam membenarkan perkahwinan. Justeru, umat manusia akan berkembang dengan cara yang betul di samping sebagai salah satu nikmat kurniaan Allah dalam hidup berkeluarga. 

Jelasnya, kejayaan atau kegagalan seseorang melaksanakan tanggungjawab khususnya kepada diri sendiri bergantung kepada berjaya atau gagalnya ia memenuhi tuntutan keempat-empat perkara itu. Aspek ini asas pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. 

Bahagian Pene rbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir


Oleh Ustaz Zahazan Hj Mohamed

Soalan: 


SEORANG kawan saya bertanya soalan berkaitan dengan takdir dan usaha manusia. Pertanyaannya: "Jika memang benar Allah telah mentakdirkan segala sesuatu terhadap manusia, maka apakah erti penilaian Tuhan terhadap usaha manusia?" Bagaimana jawapan patut saya cakap? Boleh ustaz jelaskan maksud takdir mengikut al-Quran dan hadis. 

Jawapan: 

ALHAMDULILLAH Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah waba’d.

Kalimah takdir diambil daripada kata qaddara yang antara lain bererti memberi qadar atau ukuran. Jika kita berkata: “Allah mentakdirkan”, itu bererti “Allah memberikan kadar atau ukuran atau batas tertentu dalam diri, sifat dan kemampuan makhluk-Nya.”


Segala sesuatu sama ada kecil atau besar ditetapkan oleh Allah takdir baginya. 

Allah SWT berfirman dalam surah al-Furqan ayat 2 yang bermaksud: 

“(Allah) yang menciptakan segala sesuatu lalu Dia menetapkan atasnya Qadar (ketetapan) dengan sesempurnanya.” 

Dalam surah Yasin ayat 38, Allah SWT berfirman:

“Matahari beredar di tempat peredarannya. Demikian itulah takdir/ukuran yang ditentukan oleh (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”


Peristiwa-peristiwa yang terjadi di alam semesta ini, sama ada dari sudut kejadiannya, dalam kadar/ukuran tertentu, pada tempat dan waktu tertentu, itulah yang dinamakan takdir termasuk manusia. Peristiwa-peristiwa itu berada dalam pengetahuan dan ketentuan Tuhan. Manusia mempunyai kemampuan terbatas sesuai dengan ukuran yang diberikan Allah kepadanya. Makhluk manusia sebagai contoh tidak dapat terbang. Ini adalah suatu takdir/ukuran batas kemampuan yang dianugerahkan Allah kepadanya. Manusia tidak mampu melampauinya kecuali jika dia menggunakan akalnya untuk mencipta sesuatu alat. Namun begitu, akalnya juga mempunyai ukuran/batas yang tidak mampu dilampaui. Manusia tetap berada di bawah hukum-hukum Allah sehingga segala yang kita lakukan pun tidak terlepas dari hukum-hukum yang mempunyai kadar dan ukuran tertentu.

Hanya kerana hukum itu cukup banyak dan kita diberi kemampuan memilih, tidak seperti matahari dan bulan sebagai contoh. Maka kita dapat memilih yang mana di antara takdir atau ukuran-ukuran yang ditetapkan oleh Allah itu sesuai dengan kita. Pilihan adalah hak kita. Sebagai contoh ketika di Syam (yang dimaksudkan dengan Syam iaitu Syria, Palestin dan sekitarnya) berlaku wabak. Umar bin al-Khattab yang ketika itu mahu berkunjung ke sana, lalu membatalkan rancangannya. Ketika itu tampil seseorang bertanya: “Apakah kamu lari dari takdir Tuhan? Umar menjawab: “Saya lari dari takdir Tuhan ke takdir-Nya yang lain.” Berjangkitnya penyakit adalah berdasarkan hukum-hukum yang ditetapkan-Nya. Bila seseorang tidak menghindari daripadanya, dia akan menerima akibatnya. Akibat yang menimpa itu juga dinamakan takdir. Bukankah Tuhan telah menganugerahkan kemampuan untuk memilih?

Syurga dan neraka adalah akibat daripada pilihan manusia masing-masing.

Bukankah Allah menegaskan dalam surah al-Balad ayat 10 yang bermaksud:

“Kami telah memberikan petunjuk kepadanya (manusia) dua jalan (baik dan buruk).” 

Begitu juga dalam surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud: 

“Katakanlah, kebenaran bersumber dari Tuhanmu, maka siapakah yang ingin (beriman), silakan beriman. Dan siapakah yang ingin (kufur), silakan kufur.” 

Pilihan itulah yang dinilai Allah dan atas dasarnya, Allah menetapkan balasan dan ganjaran. Allah mengetahui segala sesuatu berlaku, sama ada sebelum, sedang dan akan berlaku. Tetapi pengetahuan ini tidak ada kaitan dengan pilihan manusia. Jika seorang pelajar yang diketahui malas dan tidak akan lulus ujian, apakah pengetahuan guru itu menyebabkan ia tidak lulus? Tentu saja tidak. Begitulah pengetahuan Allah yang meliputi segala sesuatu. Demikianlah, wallahua’lam.

Berita Harian2011/06/26

Tuesday, June 28, 2011

Tafsir Ayat: Israk, Mikraj bukti kukuh kehidupan di akhirat

 

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

2011/06/23

 FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)

Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Peristiwa ini menunjukkan kepentingan masjid dalam kehidupan umat Islam sebagai pusat pembinaan ummah dari aspek kerohanian, mental dan fizikal sekali gus pemangkin kebangkitan umat.

Di masjid itulah, umat Islam memulakan kehidupan seharian mereka seterusnya meneruskan kelangsungan hidup dengan cemerlang seperti diasaskan Rasulullah SAW seperti firman Allah bermaksud: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah, ayat 18)

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya.

Imam Fakhrurrazi dalam Tafsir al-Kabir menyatakan, apa yang dimaksudkan firman Allah dalam surah al-Isra’ memberi pengertian Allah mahu memperlihatkan apa disediakan sebagai balasan kepada hamba-Nya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.

Baginda SAW diperjalankan dengan makhluk Allah bernama Buraq menjelajah bumi dan angkasa menyaksikan petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah, maka ini menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Baginda untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid.
Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam itu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril

Pensyariatan solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah. Solat adalah tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa meninggalkan solat bermakna meruntuhkan agama.

Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai mengalir di depan rumah yang kita mandi lima kali sehari bagi membersihkan diri. Ini perumpamaan dibuat Rasulullah bagi menggambarkan kelebihan solat.

Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang, sekali gus mempamerkan kekuasaan serta keagungan Allah.

Begitulah penghayatan menyeluruh seharusnya difahami dan dipraktikkan oleh setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj. Ia bertindak sebagai pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadat secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji untuk meraih keredaan Ilahi serta kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat.

Tanggal 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj. Majlis memperingati peristiwa itu disambut penuh meriah dengan majlis ceramah supaya umat Islam mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin 

Tafsir Ayat: Israk, Mikraj bukti kukuh kehidupan di akhirat



2011/06/23
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)

Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.


Peristiwa ini menunjukkan kepentingan masjid dalam kehidupan umat Islam sebagai pusat pembinaan ummah dari aspek kerohanian, mental dan fizikal sekali gus pemangkin kebangkitan umat.

Di masjid itulah, umat Islam memulakan kehidupan seharian mereka seterusnya meneruskan kelangsungan hidup dengan cemerlang seperti diasaskan Rasulullah SAW seperti firman Allah bermaksud: 



Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah, ayat 18)

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya.

Imam Fakhrurrazi dalam Tafsir al-Kabir menyatakan, apa yang dimaksudkan firman Allah dalam surah al-Isra’ memberi pengertian Allah mahu memperlihatkan apa disediakan sebagai balasan kepada hamba-Nya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.
Baginda SAW diperjalankan dengan makhluk Allah bernama Buraq menjelajah bumi dan angkasa menyaksikan petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah, maka ini menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Baginda untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid.


Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam itu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril

Pensyariatan solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah. Solat adalah tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa meninggalkan solat bermakna meruntuhkan agama.

Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai mengalir di depan rumah yang kita mandi lima kali sehari bagi membersihkan diri. Ini perumpamaan dibuat Rasulullah bagi menggambarkan kelebihan solat.

Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang, sekali gus mempamerkan kekuasaan serta keagungan Allah.

Begitulah penghayatan menyeluruh seharusnya difahami dan dipraktikkan oleh setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj. Ia bertindak sebagai pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadat secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji untuk meraih keredaan Ilahi serta kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat.

Tanggal 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj. Majlis memperingati peristiwa itu disambut penuh meriah dengan majlis ceramah supaya umat Islam mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit.

Penulis ialah Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin 


Ketua keluarga model pendidikan akhlak

 


2011/06/28

SEORANG insan unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya, merencana soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarga dengan tarbiah Islamiah serta dapat menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dan menjadi hamba yang menjaga hubungan dengan Allah.

Dalam sesebuah keluarga, aspek kesihatan fizikal sangat perlu kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan sihat.

Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti dituntut syarak perlu dilaksanakan dalam keadaan teratur. Umpamanya, pemilihan makanan mesti yang bersih, baik dan dari sumber halal. Amalan boleh memudaratkan seperti merokok, minuman keras, menyalahgunakan dadah hendaklah dijauhi.

Jika ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas serta boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

Pendidikan rohani pula adalah aspek penting merangkumi keimanan, pengamalan syariat, pelaksanaan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta pembangunan mental dan spiritual.

Seorang ketua keluarga bertanggungjawab membentuk dan mendidik keluarganya mengamalkan tuntutan dikehendaki Islam. Pada masa sama menjauhi perkara haram dan makruh selain memastikan ketulenan akidah keluarga dan membersihkan daripada sebarang bentuk kekufuran.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang (selepas menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh) dan menyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).” (Surah al-A’la, ayat 14-15)
 
Ketua keluarga adalah model berkesan dalam pendidikan akhlak keluarga. Dia perlu membimbing ahli keluarga dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan pengalaman ada padanya.

Kegagalan sesetengah keluarga mengamalkan akhlak Islamiah berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau ibu bapa tidak mengamalkan nilai murni ditetapkan oleh Islam.

Sebab itu ibu bapa perlu membentuk keunggulan diri mereka terlebih dulu sebelum amalan itu dapat diperturunkan kepada anak mereka.

Ketua keluarga juga dapat mengatur ekonomi dan sosial keluarga berpandukan nilai baik seperti rasa tanggungjawab mempertingkatkan taraf hidup dengan mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dalam kerjaya.

Kesungguhan bekerja adalah suruhan agama yang perlu ditunaikan kerana ia akan membawa keluarga keluar dari ruang lingkup kemiskinan, salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran.

Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian berat kepada bidang pendidikan. Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan memudahkan usaha dan perancangan meningkatkan kualiti masyarakat melalui aktiviti pendidikan, pengajian dan muamalat.

Penghayatan agama juga sangat mustahak untuk mengembangkan penghayatan ajaran Islam melalui aktiviti berfaedah bagi melahirkan masyarakat harmoni, berdisiplin dan mempunyai imej tinggi serta mendapat keberkatan Allah.

Seperti diketahui, keterampilan seseorang individu atau masyarakat dengan ilmu agama semata-mata tanpa ilmu duniawi adalah sesuatu yang tidak sempurna. Seorang Muslim perlu mendapatkan pengetahuan luas dan kemahiran tinggi dalam pelbagai bidang ilmu.

Ia meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial untuk meletakkan diri dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Semua bidang itu mesti diketahui dan diceburi sekurang-kurangnya pada tahap paling asas.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu (pahala dan kebahagiaan) hari akhirat dan jangan engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Bahagian Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 

Banyak peristiwa Israk dan Mikraj boleh jadi teladan, peringatan


Oleh Ibrahim Abdullah

2011/06/27
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad SAW) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami (Allah) berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Israk ayat 1).

Menurut ulama, sebelum terjadi peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW terlebih dulu mengalami pembedahan dada dan perut yang dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mikail AS. Hati Baginda SAW dicuci bersih dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (alaqah), iaitu tempat syaitan membisikkan was-was. Kemudian dituangkan hikmah, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu dadanya dijahit dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’. Selesai pembedahan, didatangkan haiwan dari syurga bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan Israk itu.

Daripada peristiwa ‘pembedahan’ dada dan perut Nabi SAW itu, maka wujudlah ilmu pembedahan sekarang yang dilakukan kaji selidik oleh ilmuwan sains dan teknologi kedoktoran masa lampau.

Israk yang bererti perjalanan malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi dan ditemani oleh malaikat Jibril dan Israfil. Kemudian mereka singgah di tempat tertentu yang mulia dan berkat. Rasulullah berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Lokasi itu ialah Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. Bukit Tursina (Mesir), iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah, dan Baitullaham (Palestin), tempat Nabi Isa AS dilahirkan.

Dalam perjalanan itu Baginda menghadapi gangguan Jin Ifrit dan dapat menyaksikan pelbagai peristiwa yang sangat ajaib, antaranya kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, yang melambangkan kaum yang berjihad ‘fisabilillah,’ tempat yang berbau harum, iaitu kubur Mashitah, tukang sisir rambut anak Firaun bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah.

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh semula, kemudian dipecahkan lagi, demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu Rasulullah: “Itulah orang yang berat kepala mereka untuk sujud bersembahyang.” 

Kemudian sekumpulan orang yang hanya menutup aurat kemaluan mereka dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti haiwan ternakan. Mereka makan bara api dan batu batan dari neraka Jahanam. Jibril berkata: “Itulah orang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”

Sekumpulan orang lelaki dan perempuan memakan daging busuk, daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibril: “Itulah lelaki dan perempuan melakukan zina, sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing ada isteri dan suami.”

Sekumpulan lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril: “Itulah orang yang memakan riba. Sekumpulan lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tidak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: “Itulah orang yang tidak dapat menunaikan amanah tetapi masih ingin menerima amanah yang lain.” Banyak lagi peristiwa berlaku sepanjang perjalanan Nabi itu.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga. Kata Jibril: “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril: “Itulah orang yang bercakap besar (takbur), kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.”

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibril: “Itulah gambaran dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”

Seorang perempuan tua yang bongkok menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibril: “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”

Setelah sampai di Masjidil Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq, kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbiya dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah berasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bekas berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu.

Kata Jibril: “Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat Baginda akan menjadi sesat.”

Ketika Mikraj, iaitu Rasulullah naik ke Hadhratul Qudus menemui Allah SWT. Di langit pertama, Rasulullah berjumpa dengan Nabi Adam AS. Langit kedua, Nabi SAW bertemu dengan Nabi Isa dan Nabi Yahya AS. Langit ketiga, Nabi bertemu dengan Nabi Yusuf. Langit keempat, Nabi bertemu dengan Nabi Idris, langit kelima, Nabi bertemu dengan Nabi Harun, langit keeenam, Nabi bertemu dengan nabi-nabi dan seterusnya Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala yang diperintah oleh Jibril, lalu dapat melihat umat Baginda yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit ketujuh, Nabi bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah, Nabi Ibrahim bersabda: “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu daif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘La haula wala quwaata illa billah.’

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul Makmur dan bersembahyang (Baitul Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Makkah).

Ada riwayat menyatakan, setakat ini saja Jibril menghantarkan Nabi SAW untuk menemui Allah SWT.

Tangga (mikraj) kelapan, di sini disebut 'al-Kursi', berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Di sini Rasulullah melihat pelbagai keindahan seperti sungai Kauthar yang mengalir terus ke syurga dan lain-lainnya.

Tangga kesembilan, Rasulullah masuk di dalam Nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul Aqlam, di sini dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berziikir. hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. 

Tangga ke-10, Rasulullah SAW sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul Arbab dan bersujud ke hadrat Allah Taala dan terjadilah beberapa dialog dengan Allah SWT. Akhirnya Allah memfardukan sembahyang lima kali sehari semalam, yang pada mulanya difardukan sebanyak 50 kali. 

Rahmat lebih besar sesudah mati

Oleh Hizbur Rahman

2011/06/28
Insan beriman perlu yakin ada kehidupan abadi

MARI kita menjuruskan ingatan dan kesedaran untuk menghayati Allah Maha Besar dan Maha Pemurah. 

Dibentangkan-Nya alam ini untuk kita, dicurahkan rahmat-Nya siang dan malam, sejak dilahirkan hingga ke hari kematian kita.

Bahkan rahmat Allah yang lebih besar dan banyak adalah sesudah kita mati, jika kita termasuk di kalangan orang beriman, bertakwa serta banyak mengerjakan amal soleh selama hidup di dunia ini.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus apabila keluarnya nyawa dari tubuh. Orang yang beriman hendaklah meyakini ada kehidupan abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia yang menjadi fokus utama orang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah adalah perkara paling asas dalam Islam. Islam diibarat sebagai bangunan, manakala akidah pula asas atau tapak kepada binaan itu. Jika rosak akidah seseorang maka rosak semua amalan dibina diatasnya. 

Atas dasar ini Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran, namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait perkara ghaib yang tidak mampu dicapai akal manusia yang sangat terbatas. 

Istilah ‘kubur’ hanya kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia? 

Sudah pasti tidak kerana ada yang tidak diketahui kuburnya seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun, menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam antara alam dunia dengan akhirat.

Firman Allah yang bermaksud: 

“Kesudahan golongan yang kufur ingkar apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka berkatalah ia: Wahai Tuhanku kembalikan daku (hidup semula di dunia). Supaya aku mengerjakan amal soleh dalam perkara yang sudah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? 

Sesungguhnya perkataannya itu hanya kata-kata yang ia saja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (Surah al-Mukminun, ayat 99 -100) 

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hingga dibangkitkan. Ia juga bermakna dinding penghadang antara dua benda sejak waktu kematian hingga dibangkitkan. Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi tetap meyakini kewujudannya.
Contohnya, beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada bermimpi indah dan ketika bangun, jasadnya merasai nikmat dirasakan rohnya ketika bermimpi.

Demikian sebaliknya, orang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan saja rohnya tersiksa tetapi badannya juga rasa tersiksa. Sedangkan mereka tidur berhampiran tetapi tidak mengetahui apa dirasakan rakannya.

Jika perkara seperti ini diakui hakikat kewujudannya maka demikian juga alam barzakh yang lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur sesuatu yang wajib kita imani serta yakini kewujudannya walaupun tidak dapat dibuktikan secara nyata dan termasuk dalam perkara ‘sam’iyyat’ kerana Rasulullah SAW memerintahkan kita berdoa berlindung daripada azab kubur.

Kita wajib berlindung daripada azab kubur kerana alam kubur adalah persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itu tanda kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itu petanda orang itu akan mendapat kesulitan di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu, singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sebenarnya dalam al-Quran ada kira-kira 300 ayat menyatakan kematian dan keadaan kehidupan selepas mati seperti alam barzakh dan akhirat.
Nas al-Quran dan hadis Rasulullah SAW menerangkan roh itu kekal, ada roh mendapat nikmat dan ada roh terseksa.

Apabila kita mengingati kewujudan azab ditanggung selepas mati oleh orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut azab Allah dan akan mendekatkan diri kepada-Nya.

Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis 

Monday, June 27, 2011

Hikmah Di Sebalik Israk dan Mikraj

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang


Marilah kita mendengar firman Allah Taala yang menceritakan tentang peristiwa agung yang berlaku dalam sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun para ulama telah bertelingkah di dalam menentukan bulan dan tahun berlakunya Israk tetapi ia adalah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada Rasulullah s.a.w. kerana peristiwa ini dinyatakan oleh al-Quranul Karim dan diceritakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya yang sahih, yang diriwayatkan oleh para ulama secara sahih lagi mutawatir sehingga tidak boleh dipertikaikan lagi.

Matlamat yang penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ini adalah pengajaran yang besar apabila Rasulullah s.a.w. dijemput oleh Allah SWT menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.

Firman Allah Taala (maksudnya): 
"Maha suci Tuhan yang telah menjalankan hamba-Nya pada waktu malam dari Masjidilharam (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Baitulmaqdis) yang Kami telah berkati di sekelilingnya supaya Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat Kami (tanda-tanda kebesaran dan ketuhanan Kami), sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israk: 1)

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk menyatakan Rasulullah s.a.w. adalah benar seorang rasul yang dipilih oleh Allah SWT, membawa satu agama dan pengajaran yang bernama Islam, firman Allah (maksudnya): 
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam." (A-li Imran: 19).

Dan Allah menyatakan juga (maksudnya): 
"Dan sesiapa yang mencari (berpegang) dengan agama selain daripada Islam, maka Allah tidak akan menerima dan pada hari akhirat dia tergolong dalam orang-orang yang rugi." (A-li Imran: 85)

Pada malam yang bersejarah itu, Rasulullah s.a.w. dihimpun bersama dengan roh para nabi dan rasul 'alaihimus solatu wassalam di Masjidil Aqsa, mereka solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. menjadi imam kepada mereka.

Ini menandakan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah satu daripada mata rantai ajaran Islam yang bersambung-sambung dari seorang nabi dan rasul kepada nabi dan rasul yang lain, bermula dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman, tidak ada lagi nabi selepas Muhammad s.a.w.

Allah SWT memilih nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan manusia. Mereka terdiri daripada manusia yang memiliki akhlak yang luhur lagi tinggi, bersifat benar, amanah, menyampaikan, cerdik dan bijaksana di kalangan kaumnya dan dipelihara daripada melakukan kesalahan dan dosa.

Adapun mereka yang tidak memahami dan buta al-Quran tidak akan percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj, kerana pada malam Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. ditemukan dengan nabi-nabi dan rasul-rasul di kalangan Bani Israil dan nabi-nabi dan rasul di kalangan umat-umat yang lain, yang cerita-cerita mereka disebut dalam al-Quran, sebuah kitab Allah yang masih wujud sehingga hari ini. Ini menandakan kebenaran al-Quran.

Kebenaran al-Quran bukan sahaja menandakan betulnya Rasululah s.a.w. bahkan juga menjadi pengajaran kepada umatnya. Semua nabi adalah menganut agama yang satu iaitu agama Islam.

Semua mereka bersolat dalam keadaan menghadap Allah SWT dengan cara-cara solat yang diajar oleh Allah. Semua nabi berpegang dengan akidah tauhid lailahaillallah, tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah, tuhan yang layak disembah kepada-Nya, tuhan yang menjadikan dan menguruskan alam ini. Alam ini tunduk di bawah undang-undang peraturan Allah, maka wajib manusia hanya tunduk kepada undang-undang dan peraturan Allah SWT. Itulah ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terpaksa berjuang mengharungi perjuangan yang panjang.

Di dalam peristiwa itu juga ditunjukkan kepada Rasulullah s.a.w. rasul yang disertai oleh pengikut yang ramai. Ada rasul yang disertai oleh pengikut yang sedikit, ada yang berjalan seorang diri, ada nabi yang dibunuh dan ada yang dipenjara.

Itulah nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah yang berdepan dengan cabaran golongan manusia yang menjadi bala tentera iblis yang akan wujud sehingga hari kiamat.

Peristiwa Israk dan Mikraj untuk meningkatkan semangat Rasulullah s.a.w. supaya jangan takut dan gentar di dalam perjuangan Islam, kerana Islam yang dibawa itu ialah Islam Allah SWT.

Seluruh kuasa besar yang ada dalam dunia adalah habuk-habuk yang kecil yang boleh ditiup angin, bahkan ia lebih kecil lagi apabila berdepan dengan ketuhanan Allah SWT pada hari kiamat.

Seseorang yang menganut Islam hendaklah merasa mulia, tinggi dan hebat dengan Islam, dengan syarat mereka berpegang dengan Islam

Allah SWT memuliakan umat ini dengan Islam. Kehinaan yang menimpa umat ini apabila mereka meninggalkan Islam.

Ditunjukkan pada malam Israk dan Mikraj itu di mana perginya orang yang berpegang dengan Islam sehingga mati dan ke mana arah orang yang menyeleweng dan meninggalkan agama Islam.

Orang yang berpegang dengan Islam diletakkan di syurga dan mereka yang menyeleweng daripada Islam berada di dalam neraka. Hal ini digambarkan dengan jelas supaya diberitahu kepada umatnya sehingga kiamat.

Marilah kita menghayati peristiwa Israk dan Mikraj dengan bukan hanya kita mendengar cerita yang berlaku di dalamnya tetapi yang lebih penting ialah untuk menambah iman kepada Allah, Nabi Muhammad s.a.w. dan ajaran Islam untuk sehidup semati dengan Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah SWT.

Firman Allah (maksudnya): 
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (A-li Imran: 102).

Saturday, June 25, 2011

Suruhan menjaga lisan



Soalan: 
SAYA agak bimbang dengan sikap segelintir umat Islam yang suka ‘bawa mulut’ sehingga adakalanya membawa kepada permusuhan sesama Islam. Apakah kepentingan menjaga lisan menurut Islam?

Jawapan:
Lisan adalah alat komunikasi sesama manusia bagi mengetahui tujuan dan kehendak dalam kehendak seharian. Kemampuan seseorang dalam bertutur merupakan nikmat Allah SWT yang tidak terhingga.

Sebab itu iktibar perlu diambil apabila melihat seseorang itu tidak dikurniakan kemampuan untuk bertutur. Saya sendiri kadang-kadang rasa sangat simpati dengan insan-insan istimewa ini.

Namun itu adalah takdir Allah SWT yang mencipta makhluk dengan kehendaknya. Walaupun demikian, daripada kebisuan seseorang bukanlah penghalang untuk beroleh kejayaan dunia, lebih-lebih lagi akhirat.

Daripada satu sudut, orang bisu beruntung kerana kurang berbicara dan selalunya orang bisu ini pekak, dua pancaindera yang tidak berfungsi memungkinkan insan bertuah ini tidak mendengar umpatan orang dan tidak mengerti mengumpat orang dengan lisannya.

Secara tidak langsung walaupun orang melihat insan-insan istimewa ini ada kekurangan pada fizikalnya tetapi beruntung daripada sudut yang lain.

Lain pula keadaan orang yang diberi kemampuan bercakap. Kadang-kadang banyak bercakap perkara yang tidak perlu. Malahan kata-kata mereka juga boleh membawa kepada kerosakan dalam masyarakat.

Saya yakin ramai di antara kita gagal mengawal lisannya yang tidak bertulang. Hal ini termasuk dalam perbuatan tercela yang dilarang oleh Rasulullah SAW.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Jauhilah perbuatan keji. Kerana sesungguhnya Allah tidak suka sesuatu yang keji dan perbuatan keji.” Dalam riwayat lain: “Syurga itu haram bagi setiap orang yang keji”. (riwayat Ibnu Hibban)

Sabda baginda lagi yang bermaksud: “Orang mukmin bukanlah orang yang suka menghujah, mengutuk, berkata keji dan buruk (riwayat al-Tirmidzi).”

Ada seorang lelaki Badwi datang bertemu dengan Rasulullah SAW meminta wasiat yang bermaksud: “Bertakwalah kepada Allah, jika ada orang yang mencela kekuranganmu, maka jangan kau balas dengan mencela kekurangannya. Maka dosanya ada padanya dan pahalanya ada padamu. Dan janganlah kamu mencaci maki siapapun. Kata A’rabiy tadi: “Sejak itu saya tidak pernah lagi mencaci maki orang”. (riwayat Ahmad)

Maksud sabda baginda lagi: “Termasuk dalam dosa besar adalah mencaci maki orang tua sendiri.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana seseorang mencaci maki orang tua sendiri?” Jawab Nabi: “Dia mencaci maki orang tua orang lain, lalu orang itu berbalik mencaci maki orang tuanya (riwayat Ahmad).”

Perkataan yang kotor jelas daripada hati yang kotor. Rasulullah SAW bersabda: “Di antara ciri kesempurnaan Islam seseorang adalah ketika ia mampu meninggalkan sesuatu yang tidak ia perlukan (riwayat al-Tirmidzi).”

Penyakit ini disebabkan keinginan kuat untuk mengetahui segala sesuatu. Atau basa-basi untuk menunjukkan perhatian dan kecintaan, atau sekadar mengisi waktu dengan cerita-cerita yang tidak berguna. Perbuatan ini termasuk dalam perbuatan tercela.

Terapinya adalah dengan menyedarkan bahawa waktu adalah modal yang paling berharga. Jika tidak dipergunakan secara efektif maka akan merugikan diri sendiri.

Selanjutnya menyedari bahawa setiap kata yang keluar dari mulut akan dipertanggungjawabkan. Ucapan yang keluar boleh menjadi laluan ke syurga atau jaring ke neraka. Sepatutnya, kita cuba melatih diri sentiasa diam dari hal-hal yang tidak diperlukan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaf: 16-18)

Daripada Abdullah dia telah memanjat bukit Safa lalu memegang lidahnya lantas berkata: “Wahai lidah katalah yang baik nescaya engkau beruntung dan hendaklah engkau dia supaya selamat sebelum engkau menyesal. Kemudian berkata lagi, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “kebanyakan kesalahan anak Adam adalah pada lisannya…”(al-Thabariniy, Ibn Abi al-Dunya, al-Baihaqi, al-Iraqiy selepas analisis hadis ini berkata: Hadis ini darjatnya hasan).

Daripada al-Hasan al-Basri berkata: “Mereka mengatakan bahawa ungkapan lisan seorang mukmin adalah dari hatinya. Apabila si mukmin ingin mengatakan sesuatu maka ditapis dulu dalam hatinya kemudian barulah diungkap pada lisannya, manakala si munafik pula lisannya mendahului hatinya, apabila ingin menyatakan sesuatu terus diungkapkannya tanpa ditapis melalui hatinya. (al-Kharaithy di dalam Makarim al-Akhlaq)

Daripada Thauban berkata: “Apabila turun ayat 34 dari surah al-Taubah yang bermaksud: Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Berkata al-Tahuban: “Ketika mana kami bersama Rasulullah SAW dalam beberapa perjalanan baginda, maka berkata sebahagian daripada kami kepada sebahagian yang lain: sesungguhnya ayat ini turun dalam membicarakan mengenai emas dan perak, kalau kita tahu mana harta yang lebih baik supaya boleh kita menyimpannya. Lantas baginda bersabda: sebaik-baik harta ialah lisan yang sentiasa mengingati Allah dan hati yang sentiasa syukur dan isteri yang beriman yang membantu memperkasa imannya (riwayat al-Tirmidzi, hadis hasan).”

Imam al-Nawawiy dalam kitab al-Azkar berkata: “Ketahuilah bagi setiap orang mukallaf hendaklah memelihara lisannya dari segala bicara melainkan perbicaraan yang ada maslahah (kemaslahatan) padanya.”

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaf: 18)

Tanda bersyukur pada nikmat lisan adalah menggunakannya pada jalan yang diredai Allah 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...