بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Wednesday, June 15, 2011

Iblis halangi dari empat penjuru

Di dalam Al-Quran terdapat sebuah rakaman dialog antara Allah SWT dengan iblis yang dihukum oleh Allah SWT. Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk selalu menyesatkan manusia. 

Allah berfirman:

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". (Al-A'raaf 7 : 16 - 17)

Daripada maksud ayat dapat kita fahami bahawa Iblis akan selalu menghalang-halangi kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari hadapan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita. Lalu apa maksud dari keempat penjuru itu?

Dalam tafsir Ibnu Katsir dijelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT dalam surat Al-A’raaf ayat 17 di atas adalah:

“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka( مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ)”: Iblis akan membuat manusia ragu akan permasalahan akhirat ,“dan dari belakang mereka( وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ)”: membuat mereka cinta kepada dunia ,“dari kanan”(وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ): urusan-urusan agama akan dibuat tidak jelas “dan dari kiri mereka”( وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ).: dan manusia akan dibuat tertarik dan senang terhadap kemaksiatan 

Lalu timbul pertanyaan di benak kita, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari atas dan dari bawah kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an berikut ini:

Al-Fakhrur-Razy dalam tafsirnya berkata: “Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka hati para malaikat menjadi kasihan terhadap manusia mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri daripada gangguan syaitan?” Maka Allah berfirman kepada mereka bahawa bagi manusia masih ada dua jalan, iaitu atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam doa atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh khusyuk dan tawadhuk, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215)

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahwa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu katsir III/394-395).

Oleh kerana itu iman adalah senjata kita. Berdoalah, serta pohonlah perlindungan kepada Allah daripada segala godaan syaitan yang terkutuk.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...