بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Friday, June 10, 2011

Rebutlah peluang meningkatkan taraf ekonomi


Islam sangat menganjurkan umatnya supaya membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf kehidupan ke arah lebih maju dan pada masa sama, tidak mengabaikan pembangunan daripada aspek keperibadian serta akhlak.

Kesan daripada rezeki yang diusahakan mengikut acuan syariah dan tadbir urus berdasarkan perundangan Allah akan mendapat keberkatan, limpahan rezeki dan kurniaan daripada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmulah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya ia Maha mendalam pengetahuan-Nya, lagi Maha melihat akan hamba-Nya.” (Surah al-Isra’, ayat 30) 

Kegiatan ekonomi adalah fardhu kifayah ke atas setiap Muslim. Dalam usaha melonjakkan imej umat Islam, maka dituntut umatnya berkerja bersungguh-sungguh meningkatkan ekonomi dan kekayaan negara sejajar tuntutan meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dia melakukan dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya).” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Agama Islam menganjurkan umatnya berusaha mencapai kebahagiaan dengan cara yang selari menurut syariah dan meninggalkan segala bertentangan ajarannya.

Umat Islam perlu sedar untuk mengukuhkan ekonomi bukan mudah. Walaupun kebanyakan negara Islam kaya dengan sumber galian dan khazanah alam, kita lemah dalam memanfaatkan anugerah Allah itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...