بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamu'alaikum,
Bila kita menyelusuri sunnah Rasulullah saw dalam menyambut bulan Ramadhan kita
akan dapati beberapa perkara yang diamalkan oleh Baginda Nabi:
1. Baginda selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan seperti Solat berjemaah,
solat sunat, memberi sedekah, membaca al-Quran. Baginda bersabda: "Apabila
datang malam pertama bulan Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah
pintu neraka dan dibukalah pintu syurga, dan kemudian diserukan : "Wahai
orang yang mendambakan kebaikan, datanglah! dan wahai orang tak suka kebaikan,
bermalaslah!. Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah
swt membebaskan orang2 yang dikekehendakiNya daripada api neraka". (Hadis
riwayat Imam Bukhari dan Muslim dan Imam at-Tirmizi) sila klik di
sini untuk yang dihighligtkan di atas
2. Melipatgandakan amal perbuatan yang baik, sama ada yang fardhu ataupun yang
sunat. Diriwayatkan oleh Salman, bahawa pada suatu hari di penghujung bulan
Syaaban Rasulullah saw bersabda: "Wahai sekelian manusia, telah
datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkatan, di dalamnya terdapat satu malam
yang lebih baik daripada seribu bulan: diwajibkan padanya berpuasa dan
dianjurkan untuk menghidupkan malam2nya. Barangsiapa melakukan satu kebajikan
pada malam ini, seolah2 dia mengerjakan satu perintah kebajikan dalam bulan
lain, dan siapa yang mengerjakan ibadah wajib seolah2 mengerjakan 70 kali
kewajiban tersebut pada bulan yang lain".
3. Baginda sangat pemurah dan sangat suka bersedekah serta memberi makan kepada
orang yang berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahawa Rasulullah saw
adalah orang yang paling pemurah lebih2 lagi pada bulan Ramadhan, dinukilkan
bahawa baginda bagaikan hembusan bayu yang lembut membawa banyak kurnia,
menabur kegembiraan di hati orang2 mukmin. Diriwayatkan juga baginda adalah
seorang penderma yang tidak pernah menolak permintaan apapun terhadap baginda.
4. Banyak berdoa terutama ketika berbuka puasa, Baginda bersabda : "Saat2
berbuka adalah saat yang paling tepat dan mustajab bagi orang2 yang berpuasa
untuk berdoa. dan doa yang selalu baginda ucapkan ialah : "YA ALLAH! HANYA
KERANAMU AKU BERPUASA, DAN DENGAN REZEKIMU AKU BERBUKA, TELAH HILANG HAUS DAN
DAHAGA, MAKA TETAP HAUSLAH BAGIKU PAHALA, YA ALLAH!"
5. Selalu bertadarus, setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as datang
menemui Rasulullah saw dan bersama2 membaca al-Quran saling berganti. Hikmah
tadarus Rasulullah saw adalah untuk mengajarkan umatnya agar selalu membaca
al-Quran.
6. Meningkatkan ghairah beribadah terutama pada malam2 10 terakhir bulan
Ramadhan bagi tujuan meraih malam Lailatur Qadr. Abu Hurairah meriwayatkan
bahawa Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa beribadah pada malam
Lailatur Qadr dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa2
yang telah dia lakukan"
Doa yang paling afdhal pada malam2 bulan Ramadhan ialah:"Ya Allah,
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dan Maha Pemurah serta sangat suka
memaafkan, maka ampunilah dosa2 kesalahan kami".
Itulah beberapa Sunnah Rasulullah saw dalam
bulan Ramadhan yang pada dasarnya baginda mengajarkan umatnya untuk bersungguh2
meraih kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan.
Sumber:
No comments:
Post a Comment