Klik Untuk Sumber Wallpaper |
Allah SWT sudah menentukan bahawa jangka
hayat umat manusia di penghujung usia dunia adalah antara 60 dan 70 tahun. Hari
berlalu dengan pantas. Jarak masa setahun umpama sebulan putarannya.
Ini ditegaskan Baginda SAW dalam hadisnya: “Sesungguhnya umur umatku adalah antara 60 dan 70 saja.” Riwayat lain menyebut: “Jika diberi umur yang lebih, maka itu adalah daripada kurniaanKu.” (Al-hadis) Oleh itu, Allah SWT menggantikan kepantasan masa dengan ganjaran lumayan hasil daripada amalan umat pada akhir zaman, di samping pengampunan dosa mereka di atas keterlanjuran dilakukan.

Muslim yang sebenar akan sentiasa
mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadan dengan bermuhasabah diri terhadap
ibadat sudah dilakukan, di samping niat dan keazaman tinggi, bertaubat, beristighfar
serta berdoa supaya diberi kekuatan menghadapi ujian pada Ramadan bakal
ditempuhi
Allah SWT memuliakan antara satu bulan
dalam setahun, iaitu Ramadan dan menjadikan ia sebagai medan untuk kaum
Muslimin berlumba-lumba melakukan kebajikan. Puasa Ramadan antara ciri
perbezaan antara umat Islam dengan umat lain.
Diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai panduan, dianugerahkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan supaya ganjaran pahala mereka dapat mengimbangi umat terdahulu.
Inilah antara keistimewaan umat Nabi Muhammad SAW yang mana amalan mereka akan digandakan ganjaran oleh Allah SWT sebagai penghormatan kepada junjungan SAW.
Pandangan rahmat
Ada juga riwayat menyebut lima perkara yang hanya dikurniakan kepada umat Muhammad SAW antaranya Allah SWT melihat mereka dengan pandangan rahmat dan kasihnya pada awal Ramadan, diperintahkan malaikat memohon keampunan untuk mereka.
Bau mulut orang yang berpuasa adalah umpama kasturi yang semerbak harumnya, diperintahkan syurga untuk berhias bagi menerima orang yang hampir dengan-Nya dan Allah akan mengampunkan dosa mereka selama mereka tidak syirik pada-Nya. (Zabdatul Wai’zin)
Ketika Musa AS bermunajat, beliau berkata: “Wahai Tuhanku, apakah ada lagi manusia yang dimuliakan sepertiku? Wahai Musa, ada di kalangan hambaku yang datang pada akhir zaman yang mana mereka dimuliakan dengan bulan Ramadan dan aku amat hampir dengan mereka pada ketika itu. Wahai Musa, ketika berbicara denganmu, antara kita dipisahkan oleh tujuh puluh ribu hijab. Akan tetapi, apabila mereka berpuasa, aku menyingkap semua hijab itu ketika mereka berbuka.” (Tanbihul Ghafilin).
Persediaan sebenar Ramadan
Muslim yang sebenar akan sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi Ramadan dengan bermuhasabah diri terhadap ibadat sudah dilakukan, di samping niat dan keazaman tinggi, bertaubat, beristighfar serta berdoa supaya diberi kekuatan menghadapi ujian pada Ramadan bakal ditempuhi.
Persediaan sebenar Ramadan bukanlah bertumpu kepada makanan semata-mata seperti amalan tradisi sesetengah masyarakat apabila mereka menyimpan pelbagai jenis bekalan untuk Ramadan. Sedangkan Allah melihat apa dalam hati mereka apabila tibanya Ramadan.
Mereka yang beriman akan mengalu-alukan kedatangan Ramadan dengan perasaan gembira untuk menjana kekuatan spiritual. Ketika itulah mereka amat dihormati dan disegani malaikat lantaran kesabaran dan ketakwaan dimiliki mereka yang berpuasa.
Namun, ada kaum Muslimin menganggap Ramadan bulan rehat dan mengurangkan aktiviti dengan alasan mereka berpuasa. Hakikatnya, kemenangan kaum Muslimin pada peperangan Badar ketika mereka sedang berpuasa.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya kamu diberi pertolongan oleh Allah pada peperangan Badar sedangkan kamu dalam keadaan lemah dan dihina dan bertakwalah kepada Allah agar kamu bersyukur.” (Surah al-Imran, ayat 123)
Begitu juga peristiwa pembukaan kota Makkah pada tahun kelapan hijrah serta kemenangan kaum Muslimin daripada tentera Tatar dalam peperangan Ain Jalut pada 658 hijrah serta banyak peristiwa besar dalam sejarah Islam berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.
Demikianlah Ramadan memberi pendidikan sehingga jiwa kita dibajai keimanan dan keyakinan hasil kekuatan hubungan dengan Allah SWT.
Kekuatan ini dapat menghindarkan manusia daripada sifat lalai yang sentiasa terdedah kepada dominasi hawa nafsu akan membinasakan manusia. Inilah penyakit umat yang sentiasa diberikan perhatian oleh Allah SWT kerana ia akan mendorong manusia melakukan kejahatan.

No comments:
Post a Comment