Islam amat meninggikan kedudukan ibu bapa sehingga perintah
menghormati mereka tercatat di dalam al-Quran al-Karim sebagaimana firman Allah
SWT yang bermaksud :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)
Islam menyuruh umatnya menghormati ibu bapa yang telah
bersusah payah membesarkan mereka dari kecil sehinggalah dewasa. Hendaklah
seorang anak itu menjaga tutur kata dengan ibu bapa.
Malah mengeluh dengan mengatakan âahâ sahaja tidak
dibenarkan, apatah lagi meninggikan suara atau menengking mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan âahâ dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Israâ: 23)
Dimuliakan
Demikianlah tingginya kedudukan ibu bapa di sisi Islam.
Merekalah yang perlu dimuliakan selepas Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka
menyuruh untuk menyekutukan Allah SWT, maka tidak perlu taat kepada perintah
mereka lagi, namun Islam masih menyuruh berbuat baik kepada mereka.
Firman Allah SWT:
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. (Luqman: 25)
Kedudukan ibu tiga kali ganda lebih utama daripada ayah. Ini
sesuai dengan pengorbanan seorang ibu menanggung kesusahan mengandung dan
melahirkan seorang anak. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang lelaki
tentang kepada siapakah yang paling berhak dia berbakti. Baginda menjawab
kepada ibu sehingga tiga kali kemudian yang keempatnya barulah kepada ayah.
(riwayat Al-Bukhari)
HARAM menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka
tidak menyuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.
Menderhaka kepada mereka termasuk dalam dosa-dosa besar sebagaimana sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian
derhaka kepada ibu bapa. (riwayat Muslim no. 593)
Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW pernah
bersabda: Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa yang paling besar? Para
sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, membunuh orang dan
derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. (riwayat Al-Bukhari)
Antara perbuatan yang dilarang ialah mencela atau mengejek
ibu bapa orang lain. Ini sering terjadi dalam kalangan remaja terutama yang
masih bersekolah. Mencela atau mengejek ibu bapa orang lain dianggap sama
seperti mencela ibu bapa kandung mereka sendiri.
Baginda melarang perbuatan seperti ini kerana akan membawa
kepada tabiat yang buruk dan tiada berkesudahan. Diriwayatkan daripada Abdullah
bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara dosa besar adalah seorang
mencela kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, Adakah
seorang lelaki mencela orang tuanya? Beliau menjawab: Ya. Dia mencela bapa
seseorang lalu orang tersebut (membalas) mencela bapanya, lalu dia mencela
ibunya, lalu orang tersebut (membalas) mencela ibunya. (riwayat Muslim)
Umat Islam hendaklah menekankan didikan terhadap anak mereka
mengenai adab terhadap ibu bapa sejak kecil lagi. Masalah derhaka kepada ibu
bapa bukanlah sesuatu yang remeh. Sebaliknya ia hendaklah dibendung dengan
menekankan aspek keagamaan seawal yang mungkin. Wallahuaâlam.

1 comment:
Apabila saya didiagnosis menghidap kanser tahap 4, saya berasa benar-benar putus asa. Doktor-doktor telah menyediakan saya untuk menghadapi kemungkinan terburuk, dan saya diliputi ketakutan dan ketidakpastian. Dalam masa yang sukar itu, saya telah menerima pelbagai testimoni daripada orang ramai, bagaimana mereka sembuh melalui perubatan Herba Dr Dawn, dan menghubunginya melalui WhatsApp beliau: ( +2349046229159 )
Dia berjanji kepada saya bahawa saya akan sembuh semula dalam masa 1 bulan selepas saya menjelaskan semuanya kepadanya, saya memesan ubat herba tersebut dan mengikuti arahannya. Hari ini, saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Segala puji bagi Tuhan kerana memberi saya kekuatan, bimbingan, dan penyembuhan. Saya bebas sepenuhnya dan ia telah disahkan secara perubatan. Malah seorang rakan sekerja saya juga telah sembuh melalui herba Dr DAWN.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi penyakit yang serius, sila berunding dengan Dr Dawn. Dan jangan pernah berputus asa. Kerana dia pasti akan menyembuhkan anda
WhatsApp beliau: +2349046229159
Emel: dawnacuna314@gmail.com
Post a Comment