بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.
Monday, November 29, 2010
Doa Antara Dua Sujud
Ketika ucap Rabbighfirli (Tuhanku!, ampunilah aku). Diamlah sejenak, buka diri kita untuk menerima ampunan daripada Allah.
Warhamni (dan kasihanilah aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih akan sentiasa memberikan banyak kasih sayangNya kepada kita.
Begitulah berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan merasakan sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkanlah aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Jangan kita bazirkan begitu sahaja. Janganlah kita lafazkan dalam keadaan seperti kita tidak sedar atau seperti kita sedang berpura-pura memohon sesuatu sedangkan hati antara mahu dan
tidak mahu. Jika begini selayaknyalah Allah menilai kita seperti itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment