Menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran atau Al-Quran keseluruhannya bunyinya macam senang tetapi sebenarnya amat sukar dilakukan. Dan lebih sukar menjaga hafazan agar tidak dilupakan. Tidak hairanlah banyak kelebihan dan keistimewaan yang dijanjikan oleh Rasullullah SAW kepada mereka yang menghafaz Al-Quran.
Beberapa tips berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar daripada guru-guru berpengalaman :
1) Sebaiknya sesudah solat subuh-keadaan hening & sunyi.
2) Mulakan dengan doa penerang hati, selawat dan bacaan surah Al-Fatihah 3 kali, baca lancar ayat yang hendak dihafaz dan tetapkan jumlah ayat tersebut.
3) Baca berulang kali,pastikan tiada kesalahan ( rujuk guru-lebih baik ).
4) Baca satu ayat berulang kali ( 15-70 kali ) dengan melihat mashaf. Cuba bayangkan kedudukan ayat. Seterusnya baca tanpa melihat mashaf ( jika terlupa, lihat dan ulang kembali sehingga lancar).
5) Beralih ayat setelah benar-benar ingat ayat sebelumnya.
6) Setelah menghafaz ayat kedua, ulang ayat pertama dan kedua sebelum beralih ayat ketiga. Begitulah seterusnya sehingga tamat jumlah yang ditetapkan. Ulang kesemua ayat.
Menjaga Hafazan Agar Tidak Lupa
▪ Sesudah solat Asar, ulang hafazan. Contohnya, jika telah menghafaz 1 juzuk, ulang tanpa melihat mashaf Al-Quran, jika lupa- ulang bacaan 7 kali.
▪ Nisbah murajaah ( mengulang ) – 1 : 3 = 1 juzuk murajaah : 3 juzuk yang telah dihafaz
▪ Puasa sunat Isnin dan Khamis, sembahyang malam
▪ Sentiasa berdoa agar tidak dilupakan
Petua
| Pantang Larang
|
No comments:
Post a Comment