بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, June 9, 2011

Persoalan AgamaBila masanya wanita dirikan solat zohor pada hari Jum'at


Salam.

Artikel ini disalin daripada www.rumaysho.com dengan diubahsuai ikut bahasa Malaysia. Semoga memberi manfaat.

Semua orang tahu bahawa solat Jum'at tidaklah wajib bagi muslimah. Sebagai gantinya, para muslimah melaksanakan solat Zhuhur (empat rakaat) di rumah amsing-masing. Bila bermulanya solat Zhuhur tersebut? 

Apakah ketika telah masuk waktu Zohor atau barangkali menunggu sampai selesai solat Jum'at para muslimin di masjid selesai? 

Sebagai jawapan, Al Lajnah Ad Daimah di Kerajaan Saudi Arabia pernah ditanya,

“Apakah hukum menunaikan solat jum'at bagi wanita? 

Apakah ia melaksanakannya sebelum atau sesudah solat para muslimin atau ia solat bersama mereka (kaum lelaki)?”

Jawapan yang disampaikan oleh para ulama dalam fatwa Al Lajnah Ad Daimah,

“Wanita tidak wajib melaksanakan solat Jum’at. Namun jika wanita melaksanakan solat Jum'at bersama-sama imam solat Jum'at, solatnya tetap dinilai sah. Jika ia solat di rumahnya, maka ia kerjakan solat Zohur empat rakaat. Ia boleh mulai mengerjakan solat Zohur tadi setelah masuk waktu Zohor, iaitu setelah matahari tergelincir ke barat (waktu zawal). Dan sekali lagi dia tidak boleh laksanakan solat jum'at (di rumah) sebagaimana maksud keterangan sebelumnya.

Wa billahit taufiq. Shalawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan sahabatnya.”

Fatwa di atas ditandatangani oleh Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz selaku ketua, 

Syaikh ‘Abdur Rozaq ‘Afifi selaku wakil ketua, 

Syaikh ‘Abdullah bin Ghudayan selaku anggota dan Syaikh ‘Abdullah bin Qu’ud selaku anggota.

[Fatwa Al Lajnah Ad Daimah lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’, 8/212, no. 4147, pertanyaan kedua]

Kesimpulannya, seorang wanita boleh melaksanakan solat Zohor saat hari Jum'at di rumah mulai sejak masuk waktu Zohor, tidak mesti menunggu sampai para jamaah lelaki selesai menunaikan solat Jum'at.  Hal yang sama berlaku bagi orang yang uzur yang tidak boleh melaksanakan solat Jum'at seperti orang yang sakit.

Semoga sajian singkat ini menjadi ilmu bermanfaat bagi pengunjung setia rumaysho.com sekalian. Wallahu waliyyut taufiq.

Riyadh-KSA, 7 Rajab 1432 H (08/06/2011)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...