Hati manusia boleh mati dengan pelbagai sebab.
Salah satu sebabnya ialah kerana banyak tidur atau terlebih tidur.
Dalam ilmu akhlak, tidur berlebihan (banyak tidur) dianggap salah satu sifat Mazmumah.
Banyak tidur juga ada hubungkaitnya dengan penyakit malas.
Dalam sepotong doa, Nabi SAW pernah berdoa kepada Allah agar dilindungi dari penyakit ‘kemalasan.’
Bila banyak tidur menjadi kebiasaan, maka tuan punya badan akan kelihatan lalai, lemah dan malas.
Badan rasa berat tak bermaya. Otak lemah dan tumpul.
Momentum dan pergerakan jadi amat lambat.
Masa pun banyak terbuang percuma.
Banyak tidur atau tidur berlebihan ini hukumnya sangat makruh kerna ia amat merbahaya bagi otak dan tubuh seseorang serta amat tidak bermanfaat.
TIDUR YANG BAGAIMANA YANG DIKIRA BERMANFAAT?
Tidar yang baik dan bermanfaat ialah tidur disaat kita memerlukannya. Ia lawan kepada tidur yang tidak bermanfaat atau tidur tak tentu masa. Dalam satu hari berjam-jam masa dihabiskan untuk tidur sahaja. ia tabiat yang amat buruk lagi dibenci Allah SWT.
Tidur yang bermanfaat ialah tidur pada awal malam. Ia lebih bermanfaat dari tidur lewat (akhir) malam.
Adalah sunnah Nabi SAW bahawa baginda tidur dan merehatkan tubuhnya yang mulia pada awal malam.
Tidur di awal malam (sebaik selepas solat Isya) menjadikan tubuh seseorang rasa cergas dan segar saat ia bangun awal pagi untuk menunaikan kewajipan solat Subuh seterusnya bertebaran di serata pelusuk alam mencari rezki Allah.
Bagaimana pula dengan tidur siang?
Tidur pada waktu tengahari adalah lebih baik dan lebih bermanfaat dari tabiat tidur pagi atau petang hari.
Tidur di antara selesai solat Subuh dan saat terbit matahari itu hukumnya makruh.
Kenapa begitu?
Islam menegaskan bahawa waktu antara solat Subuh dan terbitnya matahari itu adalah waktu yang sangat berkat, waktu bertaburannya Ghanimah dan besarnya pahala beramal ibadah.
Itulah waktu yang sangat istimewa bagi kekasih-kekasih Allah.
Walaupun mereka telah sepanjang malam tenggelam khusyuk di dalam lautan doa, ibadat dan munajat namun mereka sesekali tidak mahu melepaskan siraman keberkatan di awal pagi sebagaimana yang didoakan oleh Nabi SAW.
Ramai manusia terlepas pandang bahawa waktu awal pagi yang juga merupakan awal permulaan siang itu adalah waktu di mana turunnya rezki Allah SWT.
Sumber : Sahabatamal.com
Hindari Sifat Malas Dan Bacul (Penakut)
Terjemahan Hadis
"Diriwayatkan daripada Annas Bin Malik berkata bahawa Rasullullah SAW. Pernah berdoa yang bermaksud:
Wahai Tuhanku aku berlindung dengan Engkau dari sifat lemah dan malas, takut dan bakhil dan aku berlindung daripada Engkau dari azap kubur dan aku berlindung daripada Engkau dari kesusahan masa hidup dan masa mati. (menurut satu riwayat yang lain) aku berlindung daripada Engkau dari beban hutang dan dari dikalahkan oleh musuh" (Riwayat dari Muslim)
Huraian Hadis
Diantara penyakit jiwa yang boleh merugikan dan memundurkan umat manusia ialah berperasaan lemah diri, malas bekerja dan berusaha , bersifat kedekut atau bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap orang dengan sedaya upaya yang boleh.
Untuk menghapuskan sifat-sifat tersebut bukanlah satu perkara yang mudah, kerana ianya sudah melekat didalam diri tanpa disedari oleh kita. Oleh itu kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh dengan sedaya upaya jauhkan dari sifat tersebut terutama dengan cara berdoa kepada Allah.
Dalam hadis di atas Rasulullah SAW. mengakui adanya sifat-sifat tersebut dan baginda sendiri berdoa kepada Allah supaya dijauhkan dari sifat tersebut. Rasulullah SAW. juga berdoa supaya dilindungi daripada terkena azab semasa di dalam kubur dan daripada sebarang kesusahan lain semasa hidup dan selepas mati.
Baginda juga berdoa kepada Allah supaya tidak dibebani hutang dan dikalahkan musuh-musuh. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah berusaha menghindarkan diri daripada sifat-sifat buruk disamping berdoa kepada Allah dijauhi daripadanya.
Pengajaran Hadis
Perasaan lemah dan malas bekerja serta kedekut adalah sifat buruk yang boleh merosakkan diri dan masyarakat.
Hendaklah hindarkan diri daripada terus berada dalam sifat buruk tersebut.
Disamping berusaha kita juga perlu berdoa kepada Allah.
Wajib percaya bahawa adanya azab kubur selepas mati .
Islam adalah agama yang paling agung lagi tinggi sekali.
No comments:
Post a Comment