Beriman dan bertakwa kepada Allah SWT adalah teras utama kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-A’raf, ayat 96 yang bermaksud:
“Sekiranya penduduk negeri itu, benar-benar beriman dan bertakwa (kepada Allah), tentulah Kami (Allah) akan membuka kepada mereka keberkatan hidup yang melimpah-ruah, sama ada dari langit mahupun dari bumi.”
Beriman bererti mempunyai kepercayaan dan pegangan kukuh yang tersemat di hati, disertakan pengakuan lisan dan melaksanakan dengan perbuatan, manakala bertakwa pula bererti memelihara dan menjaga. Ini bererti jika iman diibaratkan seperti tumbuh-tumbuhan, maka takwa itu air dan baja dan siramannya akan menyuburkan iman.
Oleh itu, dapat difahami bahawa iman dan takwa dari segi konsepnya tidak harus dipisahkan antara satu sama lain. Begitu juga tidak harus dipisahkan antara keyakinan (kepercayaan) dengan amalan soleh dan penolakan kerja keji dan mungkar kerana makna keimanan dan ketakwaan saling lengkap melengkapi.
Dalam al-Quran Allah SWT menggabungkan antara iman dan takwa sebagai syarat asas mendapat keredhaan-Nya, seperti firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 107 yang bermaksud:
“Sekiranya mereka beriman dan bertakwa, pastilah ganjaran pahala di sisi Allah adalah lebih baik (bagi mereka).”
Dari sudut terminologi, iman jika digunakan secara bersendirian, ia memberikan makna takwa. Begitu juga sebaliknya jika perkataan takwa digunakan secara bersendirian ia memberikan makna iman. Jika disebut secara berkumpul, maka kedua-duanya mempunyai erti berbeza tetapi saling lengkap melengkapi.
Penampilan umat Islam yang beriman dan bertakwa sudah tentu selari dengan konsep ‘ummatan wasatan’ iaitu umat yang bersikap sederhana, adil dan berimbang. Mereka sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan mereka.
Boleh sambung baca BERTAKWALAH KEPADA ALLAH
Boleh sambung baca BERTAKWALAH KEPADA ALLAH
No comments:
Post a Comment