Makanan daripada hasil masakan ketuhar gelombang mikro tidak mendedahkan pengguna kepada risiko maut dalam waktu yang singkat. Walaubagaimanapun, daripada keputusan ujikaji yang diperolehi dan diperbincangkan dalam rencana ini, dirumuskan bahawa wujud kesan sampingan untuk jangka masa panjang kepada kesihatan manusia jika penggunaan ketuhar gelombang dilakukan secara berterusan.
Ketuhar gelombang mikro akan mengubah struktur molekul makanan, menyebabkan kemusnahan dan nutrisi dan menyumbang kepada beberapa masalah dalam sistem ketahanan badan untuk jangka masa panjang.
Langkah-langkah pencegahan dicadangkan gunalah ketuhar jenis perolakan (convection oven). Ketuhar jenis ini menggunakan konsep perolakan haba bagi memanaskan makanan dengan selamat. Ia mengambil masa pemanasan yang lebih lama berbanding dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro, namun jika diambilkira risiko-risiko yang bakal diberikan, langkah pencegahan tersebut didapati lebih berbaloi.
Di dalam suasana negara membangun, di mana kesibukan kerja dan tugasan menjadi lumrah untuk seisi rumah, kebergantungan kepada teknologi menjadi perkara yang biasa. Namun, dengan sedikit inisiatif, anda mampu mencapai kedua-dua perkara yang penting dalam kehidupan: kesihatan dan masa berkualiti.
Luangkan masa yang lebih panjang ketika menggunakan ketuhar jenis perolakan dengan melakukan perkara yang lebih sesuai, atau jadikannya ruang untuk merehatkan minda. Ini secara tidak langsung dapat membantu anda untuk melegakan diri daripada tekanan kerja!
Baca di sana >>> Majalah Sains
No comments:
Post a Comment