بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Friday, April 13, 2012

Adab berkomunikasi dalam organisasi


Oleh WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN

KOMUNIKASI adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam sesebuah organisasi, komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan dan hubungan kakitangan. Komunikasi menjadi medan perantara penyebaran maklumat daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Justeru, sistem pengurusan organisasi atau masyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan sistem komunikasi yang diamalkan, maka semakin cekaplah pengurusan dan pentadbiran yang sesebuah organisasi tersebut.

Sama ada komunikasi itu melalui saluran rasmi atau tidak rasmi, sistemnya perlu melalui kaedah betul dengan etika yang baik untuk memastikan keberkesanannya.

Islam sebagai cara hidup yang komprehensif telah menyediakan alternatif kepada sistem komunikasi biasa yang sering menimbulkan masalah.

Islam bukan sekadar menyediakan etika, bahkan Islam juga menyediakan teknik-teknik komunikasi yang berkesan untuk menjamin pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran yang efektif melalui teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Proses komunikasi berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana individu. Manusia akan sentiasa berkomunikasi dalam kehidupan sehariannya, sama ada sesama manusia bahkan dengan Penciptanya.

Adab, prinsip dan etika berkomunikasi dalam Islam bukanlah untuk mengehadkan kebebasan manusia, tetapi menjamin keberkesanan organisasi. Sekali gus meningkatkan talian persaudaraan berdasarkan cara yang telah dianjurkan dalam Islam mengikut prinsip al-Quran dan al-Sunnah.

Justeru, adab berkomunikasi dalam Islam amat dititikberatkan dalam membangunkan generasi umat yang berilmu dan mempunyai nilai-nilai yang telah digariskan dalam Islam sebagai panduan hidup yang lebih cemerlang dan gemilang di masa akan datang.


ARKIB : 11/04/2012

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...