Susunan Nor Faizah Mohamed
MAMPUKAH anak seorang pakar kardiologi - kini wanita pertama Syria - menghentikan pertumpahan darah di kalangan rakyatnya?
Sesuaikah seorang wanita yang separuh hidupnya dibesarkan di England menjadi tunjang serta contoh terbaik bagi kaum wanita di negara itu?
Apa yang menarik, di sebalik bermacam huru-hara yang melanda dunia Arab ketika ini, satu perkara yang pasti. Tiada sesen pun daripada 40 bilion (RM197 bilion) diseludup keluar dari Syria oleh pegawai rejim diktator Presiden Bashar al-Assad diberi kepada keluarga isteri presiden untuk membeli hartanah bagi kediaman baru di London.
Bapanya, Fawaz Akhras dan ibunya, Sahar Otri, seorang pesara diplomat, masih tinggal di rumah lama mereka yang terletak di Acton - rumah yang sama sepanjang membesarkan anak perempuan kesayangan mereka.

Piring satelit yang besar untuk program televisyen dari Syria, jelas kelihatan di kediaman itu dan mudah dikenal pasti jika ada tetamu yang ingin berkunjung.
Dulu, figura wanita sering kelihatan bercakap di telefon sambil menyelak langsir dan mencuri pandang ke luar rumah. Biarpun mereka berada di barat London, kesan daripada perkembangan protes yang menentang sistem pentadbiran Syria turut dirasai berikutan ancaman keamanan membabitkan revolusi dan keadilan.
Asma al-Assad dilahirkan serta membesar di London, di mana rakan sekolah dan teman universiti menggelarnya Emma, sebelum mengahwini lelaki yang kemudian menjadi Presiden Syria.
Bagi media Britain, dia disifatkan dalam setiap segi - cara pemakaian, bercakap dan personaliti diri - mencerminkan wanita Inggeris sebenar. Apa yang berjaya menarik perhatian dunia Barat mengenai wanita ini adalah sama ada kredibilitinya berupaya membantu mengubah masa depan Syria.
Selaku manusia paling rapat dengan Presiden Bashar al-Assad, Asma nyata banyak membantu dan menyokong suaminya menangani reformasi, sekali gus mengelakkan berlakunya satu lagi revolusi seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya.
Justeru, siapa sebenarnya wanita yang dianggap “mawar padang pasir” oleh majalah Vogue Amerika Syarikat ini?
Asma dilahirkan pada 11 Ogos 1975 di London dengan memegang dua kerakyatan, Britain dan Syria.
Ibu dan bapanya, kedua-duanya Muslim aliran sunnah, berpindah dari Syria ke London pada pertengahan 1950-an bagi membolehkan bapanya yang kini berkhidmat di Hospital Cromwell di Harley Street, menyambung pengajian dan meneruskan latihan perubatan di Britain.
Karier perubatan Akhras bagaimanapun bermula di Perkhidmatan Kesihatan Negara United Kingdom (NHS) yang kemudian membantunya meraih beberapa anugerah di samping berjaya menerbitkan buku menerusi kajian berterusan mengenai kardiologi.
Asma dihantar ke sekolah Church of England di Ealing sebelum menyertai Kolej Queen’s, sekolah persendirian untuk pelajar perempuan di Harley Street.
Bagi yang mengenalinya nyata tidak terkejut dengan nilai-nilai liberal barat pada diri Asma memandangkan 25 tahun pertama hidupnya dihabiskan di London.
Asma sering menemani bapanya ke majlis kebajikan seperti Yayasan Kebudayaan Syria yang dihadiri nama besar seperti Margaret Thatcher, Lord Powell dan Wafic Said, hartawan Syria yang mengasaskan Sekolah Perniagaan Said di Universiti Oxford.
Sama seperti wanita pertama lain, Asma turut menerima kritikan dan kecaman daripada media timur serta barat, di mana Reuters pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu artikelnya yang seolah-olah menyindir al-Assad.
“Ia kebenaran yang diakui secara universal bahawa seorang pemimpin diktator yang mahu diterima dalam masyarakat beradab barat perlu mempunyai wanita yang menarik dan glamor sebagai isteri,” menurut ayat dalam artikel itu.
Di saat kebangkitan sentimen politik dan revolusi di Afrika Utara dan Timur Tengah, wanita pertama yang sering dilihat negara barat sebagai seorang yang progresif dan penuh karisma serta bijak bergaya bagaimanapun menjadi mangsa kritikan di benua itu lalu meletakkan mereka sebagai salah satu punca kejatuhan sesebuah kerajaan.
Ratu Rania, isteri Raja Abdullah di Jordan, sentiasa dituduh mencuri tanah untuk diberikan kepada kaum keluarganya.
Isteri bekas pemimpin Mesir, Hosni Mubarak serta isteri bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali sentiasa dihentam kerana selera besar mereka dalam berbelanja.
Namun, kritikan yang diterima Asma tidaklah begitu ekstrim dan wanita berusia 35 tahun ini seakan kebal daripada tuduhan melampau, malah berjaya membuatkan dunia fesyen barat kagum dengan cita rasanya memilih busana sesuai.
Asma muncul selaku wanita paling bergaya dalam politik oleh majalah Elle Perancis dan ia bukanlah perkara biasa bagi kalangan isteri pemerintah diktator Timur Tengah yang diberi penghormatan menghiasi helaian dalam majalah Vogue Amerika. Wartawan London, Gaia Servadio, yang pernah bekerja untuk Asma selama setahun ketika menganjurkan festival seni di Damascus, menyifatkan wanita itu ‘seorang yang berani, bijak, kuasa moden dan kehadirannya amat penting di sisi suaminya’.
Jelas sekali dia dibesarkan dengan cara berani menyuarakan pendapat dan teguh dengan keputusannya.
Di Kolej Queen’s, sekolah yang juga pernah dihadiri pewaris Onassis, Christina Onassis selain Emma Freud dan sosialit Peaches Geldof, wanita yang ditakdirkan menjadi isteri presiden biasanya bukanlah di kalangan golongan bangsawan malah Asma dikatakan tidak begitu aktif dalam sukan dan sering ponteng kelas.
Namun, di tempat itulah Asma menimba pengalaman serta meraih kelulusan A-level sebelum ke Kolej King’s, London, bagi menyambung pengajian dalam jurusan sains komputer serta menerima diploma bagi kesusasteraan Perancis.
Usai tamat pengajian dengan kelulusan tahap pertama, Asma menghabiskan masa selama enam bulan menjelajah dunia, lalu menyertai Bank Deutsche sebagai penganalisis dalam pengurusan dana lindung-nilai.
Asma kemudiannya beralih ke Bank JP Morgan dan berpeluang bertugas di Paris dan New York. Kala menyertai percutian bersama keluarga di Syria, dia bertemu Bashar.
Al-Assad pula bertukar ke London bagi menyambung pengajian dalam bidang oftalmologi, namun terpaksa kembali lebih awal ke Syria selepas abangnya, Basil, meninggal dunia akibat kemalangan kereta.
Asma mula bertemu dengan al-Assad secara rahsia dan meletak jawatan daripada JP Morgan hanya sebulan sebelum berkahwin.
Kata Asma, ketuanya tidak percaya dengan peletakan jawatan itu memandangkan dia berhenti kerja selepas berjaya mendapatkan kontrak besar serta dua bulan sebelum menerima bonus tahunan.
“Dia merasakan saya mengalami gangguan jiwa kerana tiada siapa pun yang berhenti kerja dua bulan sebelum bonus dan selepas mendapatkan kontrak besar untuk syarikat.
“Mulanya dia enggan menerima surat peletakan jawatan saya. Saya terpaksa merayu dan mengatakan saya tidak lagi sanggup berdepan dengan bebanan kerja. Dia bagaimanapun berkali-kali menyuruh saya bercuti dan kembali bekerja selepas keadaan mula tenang,” ujarnya.
Di Damascus, Bashar dan Asma kini tinggal di pangsapuri berpanel kaca dan tiga anaknya dihantar ke sekolah Montessori.
Mereka juga mengamalkan jimat cermat walaupun Asma suka berfesyen. Busana yang dipilihnya sentiasa terletak cantik di tubuh dan Asma sering dilihat menyarung kasut yang sama sejak empat tahun lalu.
Perlahan-lahan Asma mula meminati barangan berjenama dan persahabatannya dengan pereka kasut terkenal dunia, Christian Louboutin makin mekar hingga membuatkan lelaki itu amat teruja dengan suasana di Syria. Louboutin dilaporkan membeli sebuah kawasan kecil di bandar raya kedua Syria, Aleppo, yang kini meningkat menjadi salah satu lokasi fesyen yang sering menjadi tumpuan pelancong.
Asma mampu berkomunikasi dalam empat bahasa dan hubungannya dengan Perancis berjaya memujuk Louvre untuk membantunya membuka pusat tarikan kebudayaan di Syria.
“Budaya ibarat aset kewangan. Kita mempunyai pelbagai aspek kebudayaan dengan sejarah melangkau beribu tahun. Tetapi kita sering tidak berpuas hati kerana sukar memperolehnya,” ujarnya.
Pada masa sama, dia turut menggalakkan rakyat aktif dalam mempromosikan semangat terbuka di kalangan generasi muda.
“Ramai yang melihat Syria sebagai lokasi artifak dan sejarah. Bagi kami, ia membabitkan pengumpulan budaya, tradisi dan nilai hidup masyarakat Syria.
“Wujud persamaan antara perkakasan dan perisian, artifak adalah perkakasan, namun perisian yang membuatkan berbeza antara satu sama lain, adat resam dan semangat keterbukaan. Kita perlu pastikan ia tidak hilang,” tegasnya.
Tiada siapa pun yang menyangkal niat murni Asma. Pemerhati, bagaimanapun, percaya peluangnya untuk memujuk rejim itu ke arah reformasi amat tipis dan banyak perancangannya untuk membantu membangunkan Syria tidak kesampaian.
Alasan utama di sebalik kegagalan ini ialah ibu mentuanya. Asma dibenci keluarga suaminya yang amat mementingkan fahaman tradisi dan enggan menerima perubahan.
Peranannya sebagai ejen perubahan sosial di Syria mula menjadi perhatian dunia. Tiada siapa pasti sama ada Asma al-Assad dari Acton mampu membantu suaminya membangunkan Syria untuk generasi akan datang. Tetapi, Asma akan terus menjadi tunjang utama Bashar al-Assad.

Klik untuk imej Asma
No comments:
Post a Comment