Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas," (Ibnu Sina, ilmuwan Muslim).
Kata-kata itu sudah cukup menggambarkan betapa pentingnya menuntut ilmu bermula dari awal kehidupan yang singkat, lebih-lebih lagi pada usia remaja yang penuh dengan ranjau.
Maksud ranjau di sini adalah rintangan yang dihadapi oleh remaja atau generasi kini yang dipenuhi dengan pengaruh-mempengaruhi yang sukar untuk dibandingkan antara kebaikan atau sebaliknya.
Kesedaran perlu ada bagi setiap diri insan yang bernama remaja Islam supaya tidak terjebak dengan pendekatan sekular yang ingin melihat kehancuran Islam di dunia ini.
Mereka, pembawa sekular yang jahat, menanam ideologi buruk dengan menghidangkan kesukaan remaja dan mengasingkan agama dalam kehidupan.
Usul mereka biar agama dengan bab agama dan budaya dengan isi budaya - tiada boleh disamakan. Juga, mereka menjadikan Islam sebagai agama keturunan dan ibadat dianggap sebagai satu adat. Sehingga lama-kelamaan ada yang menganggap beragama itu sebagai lambang kekolotan.
Ini amat bertentangan dengan roh Islam yang mahukan Islam sebagai jalan hidup. Tidak kira sama ada dalam bab agama, kerjaya, pelajaran, perkahwinan, pergaulan, budaya, hiburan dan keseluruhan perjalanan hidup sebagai seseorang yang bergelar manusia, jiwa al-Quran dan Islam mesti diutamakan.
Kehadiran Generasi al-Quran
Sememangnya Islam itu amat luas dan infiniti, maka tidak dinafikan musuh sentiasa mengikuti perkembangannya dan menunggu peluang untuk menanam benih sekular ke dalam jiwa generasi kini melalui hiburan dan keseronokan. Ini bukanlah sesuatu yang elok bagi generasi kini dan patut dibendung sama sekali.
Dengan kesedaran itu, Generasi al-Quran Kreatif - Gen-Q dibentuk untuk memulang dan menjawab penentangan musuh Islam yang menyelusup secara senyap ke dalam jiwa remaja Islam.
Penentangan total semestinya dilakukan tanpa menanti keajaiban yang akan datang di kemudian hari. Tiada istilah berlengah-lengah dalam kehidupan ini bagi orang yang inginkan kejayaan.
Dengan itu juga, Gen-Q meletak batu asas untuk membawa remaja atau generasi kini agar sentiasa mengingati bahawa Islam itu benar dan al-Quran itu sebagai petunjuk jalan ke arah ketakwaan kepada Allah SWT.
Motif Gen-Q adalah membimbing remaja bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup dan menjadikan komuniti ini sebagai manual remaja bertakwa.
Sebagai permulaan, Gen-Q diterbitkan dalam bentuk majalah untuk membawa dan membimbing jiwa-jiwa muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan agar istiqamah di landasan Islam.
Apa di dalam Gen-Q?
Terbitan terkini dan berkualiti daripada Telaga Biru Sdn. Bhd. dan diedarkan secara eksklusif oleh Stormreaders Network Sdn. Bhd. ini meletakkan seratus peratus jalan Islam di dalam majalah Gen-Q.
Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredaan-Nya.
Antara yang menarik - Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah SAW.
Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.
Untuk maklumat lanjut layari www.telagabiru.net.my, www.stormreaders.com atau hubungi 0362754070.
No comments:
Post a Comment