بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, July 14, 2011

Rugi mendustakan hari pembalasan : Yunus ayat 45

DAN (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia). (Yunus: 45)
Huraian
Kehidupan manusia di dunia ini bersifat sementara sedang kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Walaupun itulah hakikat dan realitinya tetapi masih ramai yang tidak mengambil endah hingga ada yang sanggup mendustakan akan ketibaan Hari Pembalasan. Umat manusia sentiasa leka dan sibuk mengejar kehidupan dunia tanpa memikir dan menitikberatkan kehidupan di hari kemudian yang bakal ditempuh oleh setiap insan.

Ayat di atas menggambarkan betapa singkatnya kehidupan di dunia ini juga menjelaskan tentang wujudnya hubungan di antara manusia sebelum mereka dimatikan. Ia menceritakan tentang umat manusia yang dikumpulkan di Padang Mahsyar pada Hari Pembalasan. Masa yang terhad itu pula mereka habiskan dengan berkenal-kenalan sesama mereka hingga tidak sempat dan tidak mempunyai ruang waktu yang cukup untuk mengerjakan amal ibadat yang boleh dijadikan bekalan di alam akhirat.

Ketika itu barulah mereka sedar dan menyesal atas perbuatan mereka yang mendustakan hari menemui Allah iaitu hari akhirat. Mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Kesimpulan
Umat Islam hendaklah mengambil iktibar atas peristiwa yang dinyatakan dalam ayat di atas. Ingatlah bahawa kehidupan di dunia adalah sementara dan hanyalah jambatan untuk menuju kehidupan di akhirat.

Untuk menentukan seseorang itu ditempatkan di syurga atau neraka di alam akhirat nanti ia akan dihitung berdasarkan amalan mereka semasa hidup di dunia lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...