بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Wednesday, July 6, 2011

Doa Tatkala Sukar Tidur


 
Zaid bin Thabit r.a. menyatakan beliau mengadu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa beliau mengalami masalah susah hendak tidur, maka Rasulullah s.a.w. mengajar beliau doa ini,

اللهُــمّ َ غـَــارَتِ النـّـُـجـُــومُ وَهَــدَأ َتِ الـْــعـُــيُــونُ
وَأ َنـْـت َ حـَــيّ ٌ قـَــيـّـُــومٌ لاَ تـَــأ ْخـُــذ ُكَ سـِــنـَــة ٌ وَلاَنـَــوْمٌ
 يـَــاحـَــيّ ُ يـَــا قـَــيـّــُــومُ أ َهـْــدِئْ لـَــيـْــلـِــى وَأنـِــمْ عـَــيـْــنـِــى
َ
dan apabila dibacanya, katanya, “Allah SWT menghilangkan penyakit susah tidur yang kualami itu.”
“Allahumma ghoorotin nujuumu wa hada atil ‘uyuunu. Wa anta hayyun qayyuumun laa ta’huzuka sinatun walaa naumun. Ya hayyu ya qayyuumu. Ahdi’ lailii wa anim ‘ainii.”
Maksud doa tersebut ialah: “Ya Allah, telah lenyap segala bintang dan telah lelap semua mata sedangkan Engkau sentiasa hidup lagi berdiri, tidak mendatangi / mengenai Engkau mengantuk dan lena, wahai Tuhan yang hidup lagi berdiri, tenangkanlah malamku dan lelapkanlah mataku.”
(Hadith riwayat Ibnu Sunni r.a)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...