بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Friday, July 15, 2011

GUNUNG Berapi Lokon

GUNUNG Berapi Lokon, meletus, memuntahkan batu, lava dan beratus-ratus meter abu ke udara, berhampiran Tomohon, SulawesiIndonesia, hari ini. Seorang pegawai, berkata, status berjaga-jaga telah dinaikkan ke tahap tertinggi, Selasa lepas dan beratus penduduk telah diarah mengosongkan kawasan itu. - Foto AFP


JAKARTA 15 Julai - Gunung Berapi Lokon di Sulawesi, Indonesia meletus dan menghamburkan batu, larva serta debu setinggi beratus-ratus meter ke udara, beberapa hari selepas ia diletakkan pada tahap berjaga-jaga peringkat tertinggi.

Aktiviti gunung berapi itu dilaporkan meningkat sejak 9 Jun lalu dan memaksa lebih 4,400 orang dipindahkan.
"Berlaku satu letupan besar pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi (11.30 malam waktu Malaysia) dengan debu, pasir serta batu dihamburkan setinggi 1,500 meter ke udara.

"Rumput dan pokok-pokok renek di kawasan 500 meter sekitar gunung itu turut terbakar tetapi situasi tidak membahayakan penduduk yang tinggal berhampiran," kata pakar gunung berapi kerajaan, Kristianto.

Tahap berjaga-jaga ditingkatkan kepada paras tertinggi selepas gunung Lokon menghamburkan debu setinggi 500 meter ke udara pada hujung minggu lalu, sekali gus menyebabkan zon pemindahan diwujudkan pada radius 3.5 kilometer dari gunung tersebut.

Menurut Kristianto, tidak timbul keadaan panik di kalangan penduduk ekoran mereka telah pun diberi amaran dan usaha pemindahan masih diteruskan.

Tambahnya, proses pemindahan penduduk akan melibatkan kira-kira 28,000 penduduk.

Sementara itu, Ketua Pengurusan Bencana Sulawesi Utara, Hoykee Makarawung berkata, lebih 4,400 orang telah dipindahkan setakat ini.

"Pagi tadi satu letusan turut berlaku tetapi ia tidak sekuat seperti semalam," ujar Hoykee.

Gunung Lokon adalah satu daripada gunung berapi paling aktif di Indonesia dan ia pernah meletup pada 1991 mengorbankan seorang pelancong Switzerland. - AFP
Sumber : SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...