BUKANKAH Aku telah perintahkan kamu wahai
anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh
yang nyata terhadap kamu! (Yasin: 60)
Hakikat syaitan sebagai musuh manusia
diulangi oleh Allah SWT beberapa kali di dalam al-Quran. Semuanya bagi
memperingatkan kita tentang musuh yang nyata ini.
Permusuhan syaitan kepada manusia bukanlah
sesuatu atau yang berlaku sekali sekala. Ia adalah sesuatu yang berterusan.
Malah itulah misi syaitan selagi manusia berada di dunia ini.
Maka itu, permusuhan syaitan ditujukan
kepada kita dalam semua situasi dan perbuatan seperti tidur, mandi, makan,
perbualan, pemandangan, pendengaran, pekerjaan, gerak hati, pemikiran, wuduk,
solat, puasa, haji dan pelbagai lagi.
Bahkan, permusuhan syaitan kepada kita
berlaku dalam bentuk yang berbeza-beza, mengikut tahap keimanan setiap
individu.
Lantaran itu, Sembang Iman Bilangan 10
antara lain memperkatakan cara untuk menepis gangguan syaitan. Walaupun iblis
dan syaitan memohon kepada Allah SWT agar dipanjangkan umur sehingga ke hari
kiamat dan bersumpah untuk melaksanakan misinya menyesatkan umat manusia, namun
terdapat pelbagai cara yang telah diajarkan oleh Allah menerusi al-Quran dan
as-sunah untuk menghindari daripada ancaman dan tipu daya syaitan, antaranya
ikhlas dalam beragama. (rujuk al-Hijr: 39-40)
Dalam surah ini syaitan telah membongkarkan
rahsianya yang amat penting. Dalam melaksanakan perjanjian dan permusuhannya
kepada umat Islam sehingga hari kiamat, syaitan hanya tertahan kepada satu
golongan manusia, iaitu orang yang ikhlas dalam beragama.
Ikhlas dalam konteks ini bermaksud
mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya,
memperjuangkan agama, membela agama dan melakukan sesuatu semata-mata kerana
Allah SWT.
Sementara itu, acap kali bermain difikiran
kita persoalan seperti mengapa manusia menangis ketika berduka dan ketawa
ketika gembira? Kenapa kita mengantuk di waktu malam? Bagaimanakah mimpi berlaku?
Ke manakah suara yang dituturkan menghilang? Adakah gelombang suara itu
terkumpul dalam satu lapisan di atmosfera, atau hilang begitu sahaja?
Sejauh manakah sains moden hari ini mampu
memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan di atas ini? Yang pastinya, masih
belum mampu dijawab oleh saintis sepenuhnya, bahkan masih tinggal dalam bentuk
yang misteri hingga kini.
Lantaran itu topik ini cuba dikupas dalam
ruangan Catatan dengan tajuk, Sains Tidak Mampu Jawab Banyak Persoalan
Tabii.
Di sinilah letaknya hikmah ciptaan Ilahi
yang sukar untuk difahamkan kecuali bagi mereka yang mempunyai mata hati yang
mendalam.
Dan banyak lagi topik-topik menarik dalam
Iman terbaru di pasaran. Pastikan anda mendapatkannya.
No comments:
Post a Comment