Kehidupan di dunia penuh dugaan dan cabaran memungkinkan kita berbuat apa saja untuk memuaskan nafsu yang tidak baik. Walaupun cuba mengawal diri dari tipu daya, ada kalanya kita tertewas apatah lagi jika balasannya lambat tiba, tidak terasa janji Allah itu akan sampai akhirnya.
Benar manusia boleh dibohongi tetapi bukan Dia Yang Maha Kuasa. Sebab itu negeri akhirat itu pasti, kepada yang tidak mensia-siakan kehidupan di dunia dengan kezaliman terhadap diri sendiri, pasti kegembiraan ditunggu tetapi jika sebaliknya tentulah balasannya tidak tertanggung.
Akal yang dikurniakan Allah SWT untuk berfikir supaya kita tidak mengulangi kesalahan serupa sehingga menggagalkan misi dan visi hidup di dunia. Mana yang hak dan mana yang batil, sendiri memilihnya, yang halal dan haram jangan dikompromi sehingga menjadikan hati kita buta.
Walaupun cuba menjadi hamba yang baik dan taat, ada kala kita lalai dan terlupa. Kata hati tidak semuanya memihak kepada kebenaran, bahkan boleh membuka pekung di dada. Justeru, segala keterlanjuran terhadap Yang Esa jangan sampai kita tidak bertaubat, jika ingin selamat di akhirat.
Menyesali dosa yang dilakukan dan berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulanginya adalah usaha perlu dilakukan jika benar-benar ingin bertaubat. Usah dikenang masa lalu jika itu membuatkan kita terus ‘merindui’ kejahatan dan kemaksiatan, sebaliknya kenang ia sebagai pengajaran yang tidak mungkin akan berulang.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (Surah At-Tahriim, ayat 8)
Jangan pula taubat dipermainkan dengan mengulangi dosa dan kemungkaran. Sesiapa ingin bertaubat mesti menyesali dosa dan bertekad tidak mengulanginya lagi. Ini dikatakan menyucikan diri, menghilangkan segala kotoran di hati kepada pembersihan jiwa sebenar.
Kita juga harus berjanji untuk mengelak daripada melakukan dosa. Seboleh-bolehnya hidup hendaklah dipandu dengan garis panduan dimuktamadkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya yang sememangnya membantu kita menggapai kebahagiaan hakiki.
Apabila hati sudah memperoleh cahaya, segala dosa ingin dibersihkan dengan rela, ini masanya kita perlu terus berusaha. Penangguhan boleh menggagalkan hasrat untuk meminta pengampunan daripada Yang Esa.
Usah kita tangguh peluang, kerana ajal juga bila-bila masa akan datang dan syukur jika kita sempat menyedari dosa dan kejahilan kerana kita tidak akan melakukannya berulang-ulang. Yang paling penting, jangan berputus asa, selagi tidak menutup mata, pintu taubat sentiasa terbuka.
Petikan daripada SINI
No comments:
Post a Comment