Yakjuj dan Makjuj sering melakukan kerosakan di muka bumi. - Gambar hiasan |
Adakah Yakjuj dan Makjuj daripada manusia?
Jawapan: Ya. Kedua-duanya daripada umat
manusia. Iaitu dua kabilah. Dikatakan daripada Yaputh bin Nuh. Ini dikuatkan
lagi daripada hadis Bukhari.
Apakah sifat Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan:Antara sifat mereka ialah:
- Kekuatannya yang amat luar biasa.
- Mata mereka sepit.
- Banyak bulu pada badan mereka.
- Jumlah mereka tersangat ramai.
Manakala Ibnu Hajar menyebut tiga sifat
iaitu:
- Jasad mereka seperti pohon yang besar.
- Jasad mereka empat hasta lebar x empat hasta tinggi.
- Sebahagian mereka boleh duduk di atas telinga-telinga mereka seleret ke tanah.
Pun begitu, sifat ini tidak disandarkan
pada riwayat yang sahih, tetapi didhaifkan sifat tersebut oleh sebahagian
ulama.
Bilangan Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Bilangan mereka teramat ramai. Ini
berdasarkan hadis di mana bilangan mereka tanpa diketahui jumlahnya. Dalam
hadis al-Hakim melalui kitabnya al-Istadrakh menyebut: Manusia
dibahagikan kepada 10 juzuk dan 9/10 daripadanya Yakjuj dan Makjuj sedangkan
sejuzuk yang lain adalah semua makhluk atau manusia.
Apakah agama Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Mereka adalah yang kufur dengan
Allah. Kalaulah tidak, nescaya tidak dihukum ke atas mereka serentak. Ini
berdasarkan mafhum hadis.
Tempat tinggal Yakjuj dan Makjuj?
Jawapan: Berdasarkan riwayat hadis, mereka
dikurung dan disekat antara dua gunung yang besar di Turki. Apabila mereka
keluar, mereka terus menuju ke Laut Mati dan meminum semua air tersebut.
Kemudian mereka menuju ke Baitul Maqdis, Palestin.
Bilakah mereka keluar?
Jawapan: Mengikut riwayat yang sahih mereka
keluar pada zaman Nabi Allah Isa bin Maryam selepas turunnya Nabi Isa dan dia
membunuh Dajjal dan ketika itulah keluarnya Yakjuj dan Makjuj menyebabkan Nabi
Isa telah membawa bersamanya orang yang beriman ke gunung yang berhampiran
iaitu gunung Thur. Ini bertujuan untuk berlindung kerana ramainya jumlah Yakjuj
dan Makjuj seperti ombak laut yang tidak diketahui hujung dan pangkalnya.
Tempat tinggalnya sekarang?
Jawapan: Sekarang ini dengan kemudahan
teknologi bahkan melalui udara dan satelit yang mungkin dapat mengesan tempat
tinggal Yakjuj dan Makjuj. Dalam hal ini, kudrat Allah SWT yang boleh melakukan
apa saja. Berdasarkan nas hadis menunjukkan mereka berada di dalam tanah dan
percubaan untuk keluar berlaku dari semasa ke semasa. Samalah seperti kita
beriman adanya jin dan di manakah mereka.
Bagaimana cara Yakjuj dan Makjuj
dibinasakan?
Jawapan: Mengikut riwayat Nawwas bin Sam'an
bahawa Yakjuj dan Makjuj telah dibala dengan leher mereka dimakan ulat dan
mereka mati serentak, selepas itu Nabi Isa dan pengikutnya turun ke bumi.
Mereka tiada tempat kerana dipenuhi jasad Yakjuj dan Makjuj dan bau jasad mereka
yang tidak baik. Kemudian Allah SWT utuskan burung seperti leher-leher unta
memakan dan membawa mereka mengikut kehendak Allah SWT. Selepas itu Allah SWT
menurunkan hujan membasuh bumi hingga menjadi suci.
No comments:
Post a Comment