DALAM kesedaran keagamaan umat Islam,
langit adalah suci kerana difahamkan sebagai tempat asal turunnya wahyu Tuhan.
Kesucian langit juga jelas daripada pemahaman bahawa Allah SWT berada di atas
langit.
Dalam sebuah riwayat diterangkan bahawa
Nabi Muhammad SAW membenarkan pendapat seorang wanita tua yang menyatakan
bahawa Allah SWT berada di langit, ditambah kisah Mikraj, iaitu perjalanan ke
langit ke tujuh untuk bertemu Allah SWT yang bersemayam di atas arasy, iaitu di
atas langit (rujuk al-Ra'd:2, al-Sajdah:4, al-Hadid:4)
Pada hari kiamat, langit akan digulung
seperti gulungan kertas. Setelah itu, penciptaan langit akan diulang kembali
sebagaimana penciptaan pertamanya. (rujuk al-Anbiya':104).
Tujuh lapis
Di dalam al-Quran terdapat ungkapan tujuh
(lapis) langit (rujuk al-Baqarah:29; al-Mulk:3; Nuh:15; al-Naba':12). Pendapat
para ulama tentang ertinya berbeza-beza. Para ahli ilmu falak klasik mengatakan
bahawa yang dimaksudkan dengan tujuh (lapis) langit ialah tujuh planet dan
tujuh lapisan yang mengelilingi bumi.
Ada jug berpendapat bahawa kata tujuh itu
adalah bilangan sebenarnya. Planet yang kita saksikan ialah bahagian daripada
langit pertama dan di atasnya ada enam lapis lagi.
Bintang ialah hiasan langit bagi yang
memandangnya (rujuk al-Hijr:16). Di tempat lain dinyatakan bahawa bintang ialah
alat pelempar syaitan (rujuk al-Mulk: 5) yang cuba mencuri dengar berita
daripada malaikat (rujuk al-Hijr:17-18). Al-Quran juga menggunakan kata langit
dengan maksud lapisan udara yang mengelilingi bumi seperti dalam firman-Nya
yang bermaksud: Dan Kami telah menjadikan langit itu sebagai bumbung yang
terpelihara. (al-Anbiya': 32)
Hingga kini, langit dan segala isinya masih
menjadi misteri dan cabaran besar bagi ilmu pengetahuan. Manusia kemudiannya
mencipta teleskop untuk menyelidiki objek di langit.
Singgahsana Allah
Kata arasy banyak disebutkan di dalam
al-Quran dan sering dimaksudkan sebagai singgahsana Allah SWT. Singgahsana
Allah SWT meliputi langit dan bumi, sebagaimana disebut dalam firman, Tuhan
yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya,
dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy…… (al-Furqan: 59).
Pekara itu juga ada disebut dalam firman:
Sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada
di bumi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (al-al-Nisa':
131)
Allah jualah yang menguasai alam langit dan
bumi serta segala yang ada padanya; dan Dialah jua yang Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. (al-Maidah:120)
Al-Sama'
Al-Quran memberikan makna langit (Arab:
al-sama') dalam erti kata yang luas. Ada kata Langit yang bermakna arah atas
yang berdekatan dengan bumi, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: Tidaklah
engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah SWT mengemukakan satu
perbandingan, iaitu kalimat yang baik adalah sebagai pohin yang baik yang
pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabangnya (puncak menjulang) ke
langit. (Ibrahim: 24)
Kadang-kadang yang dimaksudkan dengan
langit ialah kawasan yang jauh dari bumi, seperti dalam firman-Nya yang
bermaksud: Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (lautan) yang banyak
faedahnya. (Qaf: 9)
Di tempat lain, kata langit digunakan oleh
al-Quran untuk menunjukkan planet lain, iaitu dalam firman Allah yang bermaksud:
Kemudian Ia menunjukan kehendak- Nya ke arah (bahan- bahan) langit sedang
langit itu masih berupa asap. (Fussilat: 11)
Sidratulmuntaha
Nabi Muhammad SAW pernah mengunjungi
sidratulmuntaha, tempat paling tinggi di atas langit ke tujuh, yang terletak
dekat syurga (rujuk al-Najm: 14-15). Disebabkan sidratulmuntaha berada di
tempat tertinggi, maka kunjungan itu disifatkan oleh para ahli tafsir sebagai
menandakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah sampai pada kebijaksanaan tertinggi
yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Buraq
Dalam peristiwa Mikraj, Nabi Muhammad SAW
menaiki kenderaan seperti tangga yang bergerak naik seperti cahaya, iaitu buraq
menembusi langit. Baginda ditemani oleh Malaikat Jibrail untuk menghadap Allah
SWT dekat pohon sidaratulmuntaha di atas langit ke tujuh, dekat dengan syurga.
Allah SWT merperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW sebahagian daripada tanda
kebesaran-Nya. (rujuk al-Najm:18)
Perjalanan menembusi langit itu sukar
diterima akal, apalagi Nabi Muhammad SAW melakukannya hanya dalam satu malam.
Hal tersebut hanya dapat dijelaskan melalui iman bahawa peristiwa seperti itu
terjadi semata-mata kerana kehendak Allah SWT.
No comments:
Post a Comment