Kisah hidup, pengalaman empat imam tersohor
2011/05/04
Berlian Publications Sdn Bhd menerbitkan empat buku baru dalam set Biografi Gemilang yang menampilkan kisah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hanbali, nama hebat dikaitkan dengan mazhab muktabar.
Imam Abu Hanifah dilahirkan di Kufah pada tahun 80 Hijrah adalah seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Beliau seorang yang bijak dalam ilmu pengetahuan. Cekap memberi keputusan dan mempunyai jiwa yang konsisten.
Ketika hayatnya, beliau mengikuti pelbagai perkembangan ilmu pengetahuan, baik di bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau dikenali sebagai zaman pertumbuhan politik, agama serta ideologi yang pelbagai.
Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi beliau sangat merendah diri dan tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri.
Malik bin Anas yang lahir di kota Madinah pada tahun 93 hijrah adalah Pengasas Mazhab Maliki.

Sewaktu hidupnya, Iman Malik mengalami dua corak pemerintahan iaitu Ummaiyah dan Abbasiyah, di mana pertelingkahan sengit dua pemerintahan sering berlaku.
Hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik berdasarkan al-Quran dan hadis. Imam Malik menjadikan hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau juga sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum.
Memetik katanya (dalam halaman 102 buku biografi Imam Malik): “Sebaik-baik perkara, adalah perkara yang jelas. Jika engkau berada antara dua perkara, sementara ada satu daripada keduanya yang membuatmu ragu, maka ambillah yang paling engkau percayai.”
Banyak lagi kisah menarik boleh dikutip daripada keperibadian Imam Malik, begitu juga Imam Syafie yang terkenal sebagai pencetus ilmu usul fikah dan meletak asas serta kaedah yang dijadikan panduan untuk melakukan penggalian hukum
No comments:
Post a Comment