بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Sunday, May 1, 2011

Doa Penyembuhan Sakit


اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْـبَأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَآءً لاَ 
يُغَادِرُ سَقَمًا


“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, yang menghilangkan segala petaka, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada yang bisa menyembuhkan kecuali Engkau, sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan  penyakit.” (HR. Al-Bukhari)


اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْـبَأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَآءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Ya Allah, Rabb sekalian manusia, hilangkanlah petakanya dan sembuhkanlah dia, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tak ada penyembuh kecuali penyembuhan-Mu, sebuah penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).





2. Daripada ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahawa beliau berkata: “Dahulu Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam meruqyah dengan membaca:

امْسِحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِكَ الشِّفَآءِ لاَ كَاشِفَ لَهُ إِلاَّ أَنْتَ

“Hapuslah petakanya, wahai Rabb sekalian manusia. Di tangan-Mu seluruh penyembuhan, tak ada yang menyingkap untuknya kecuali Engkau.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

3. Daripada ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, bahawa beliau berkata: “Dahulu Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam bila meruqyah beliau membaca:


بِسْمِ اللهِ تُرْبَةُ أَرْضِنَا بِرِيْقَةِ بَعْضِنَا لِيُشْفَى بِهِ سَقِيْمُـنَا، بِإِذْنِ رَبِّـنَا

“Dengan nama Allah. Tanah bumi kami dan air ludah sebagian kami, semoga disembuhkan dengannya orang yang sakit di antara kami, dengan seizin Rabb kami.”(HR. Al-Bukhari dan Muslim).



4. Daripada Abu Al-‘Ash Ats-Tsaqafi radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mengeluhkan sakit yang dirasakannya  di tubuhnya semenjak masuk Islam kepada Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam. Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadanya :




ضَعْ يَدَكَ عَلَى الَّذِي تَأَلَّمَ فِيْ جَسَدِكَ وَقُلْ : بِسْمِ اللهِ ثَلاَثًا ، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ : أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

“Letakkanlah tanganmu pada tempat yang sakit dari tubuhmu dan ucapkanlah, ‘Bismillah (Dengan nama Allah) sebanyak tiga kali. Lalu ucapkanlah:

أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

‘Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari keburukan sesuatu yang ku rasakan dan ku hindarkan,’ sebanyak tujuh kali.” (HR. Muslim).

5. Daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, daripada Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa beliau bersabda:

مَنْ عَادَ مَرِيْضًا لَمْ يَحْضُرْ أَجَـلُهُ فَقَالَ عِنْدَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ: أَسْأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيْكَ ، إِلاَّ عَافَاهُ اللهُ فِيْ ذَلِكَ 

“Barangsiapa mengunjungi orang sakit selama belum datang ajalnya, lalu dia bacakan di sisinya sebanyak tujuh kali:

أَسْـأَلُكَ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْـفِيْكَ 

‘Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Pemilik ‘Arsy yang besar, semoga menyembuhkanmu,’ niscaya Allah akan menyembuhkannya dari penyakit itu.” (HR. Abu Dawud, At-Turmudzi, dan dihasankan oleh Al-Hafizh dalam Takhrij Al-Adzkar).

6. Dari Sa’d bin Abi Waqqash radhiallahu ‘anhu, beliau berkata: Nabi Sollallahu ‘alaihi wa sallam mengunjungiku (ketika aku sakit) dan beliau membaca:

اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْـدًا ، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْـدًا ، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْـدًا .

“Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d Ya Allah, sembuhkanlah Sa’d.” (HR. Muslim).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...