IBADAH umrah khusus dilakukan di Mekah dan
boleh dilakukan bila-bila masa. Antara rukun yang terkandung dalam ibadah umrah
adalah niat, tawaf, saie dan bertahallul.
Alhamdulillah, hari ini ramai mampu
menjalani ibadah umrah di Mekah. Saban tahun, Kota Mekah dibanjiri jutaan
manusia dari seluruh dunia untuk mengerjakan umrah.
Saya baru pulang dari membawa jemaah
termasuk pesakit mengerjakan umrah dan menjalani rawatan. Insya-Allah, kita
berikhtiar, Allah memberi kesembuhan.
Rawatan pesakit di tanah suci dimulakan
Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah beberapa tahun lalu. Alhamdulillah, ramai
pesakit puas hati dan sembuh dengan izin Allah.
Mengapa perlu berubat hingga ke tanah suci?
Apa rasionalnya? Persoalan ini sering diajukan kepada saya. Ingin saya
nyatakan, tanah suci adalah tempat istimewa kerana di sana terletaknya Kaabah
kiblat seluruh dunia.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Demi Allah! Sesungguhnya Mekah ialah sebaik-baik negeri dan tempat paling
disayangi Allah." (Hadith dari Abdullah bin Adi bin Hamra).
Malah, tanah suci adalah tempat dijamin
Allah sebagai tempat mustajab berdoa. Sememangnya dalam hidup setiap pesakit,
doa merupakan 'penawar' terpenting dalam berjuang untuk sembuh.
Rasulullah saw bersabda. "Al-Multazam
itu tempat dikabulkan doa. Apa saja doa dan permohonan hamba di tempat ini
InsyaAllah dikabulkan". (Hadith daripada Ibnu Abbas).
Tanah suci telah dibuka oleh Nabi Ibrahim
a.s., merupakan tempat para rasul serta tempat lahir Rasulullah s.a.w, justeru
ia mempunyai barakah tersendiri melebihi tempat lain di dunia.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat
125, "Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah (Kaabah) tempat
berkumpul dan tempat yang aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu
tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail,
"Bersihkan rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang iktikaf,
orang yang rukuk dan orang yang sujud!".
Pengalaman merawat dan dirawat di Mekah
berbeza berbanding di klinik Setiawangsa atau seluruh tanah air. Sepanjang 12
hari, pesakit dapat menunaikan umrah dan saya merawat serta memantau
perkembangan mereka.
Di tanah suci, rawatan melibatkan elemen
tawaf, berdoa di hadapan Multazam, solat dan berdoa di dalam Hijr Ismail dan
solat sunat di belakang Makam Ibrahim, di mana ibadah tersebut tidak dapat
dilakukan di tempat lain selain di Masjidil Haram.
Proses rawatan di Mekah termasuk ;
Rawatan pertama di tempat penginapan
Dalam rawatan pertama, saya cuba mengenali
latar belakang pesakit. Saya ingin memahami tujuan dan matlamat pesakit
mengerjakan umrah. Selepas mengenalpasti penyakit dialami, saya beri setiap
pesakit dua ayat Al Quran untuk diamalkan, khusus mengikut kesesuaian penyakit.
Ayat ini hendaklah dibaca dan diamalkan pada siang dan malam selama berada di
tanah suci. Selepas membacanya, pesakit dikehendaki berdoa kepada Allah apa
yang dihajati.
Rawatan Kedua di Dataran Kaabah
Pesakit dirawat secara individu, seorang
demi seorang di Dataran Kaabah oleh saya dan menantu saya, Ashraf Muslim. Dalam
sesi ini, kami merawat pesakit dan fokus kepada anggota yang sakit, disertai
doa kepada Allah mohon penyembuhan.
Tawaf Sunat
Selesai rawatan, pesakit dibawa untuk tawaf
sunat yang diketuai oleh saya dan Ashraf Muslim dibantu petugas Al Hidayah bagi
memastikan pesakit tidak berpecah. Ibadah tawaf sangat penting dalam sesi
penyembuhan. Semasa tawaf, pesakit diminta fokus dan berdoa seikhlasnya kepada
Allah apa yang dihajati.
Doa di Multazam
Selesai Tawaf Sunat, saya serta petugas
memastikan pesakit masuk ke ruangan betul-betul di depan Multazam untuk berdoa
kepada Allah apa yang dihajati. Sukar untuk jemaah berhimpun di depan Multazam
memandangkan keadaan penuh sesak dengan jemaah bertawaf dan hendak mencium
Hajaratul Aswad tetapi perkara ini dipermudahkan dengan izin Allah.
Solat Sunat dan Doa dalam Hijr Ismail
Selesai berdoa di Multazam, saya dan
petugas mengiringi pesakit masuk ke Hijr Ismail untuk solat dan berdoa sekali
lagi. Keadaan amat sukar untuk jemaah masuk kerana sesak dan keluasan Hijr
Ismail yang terhad. Alhamdulillah, dengan izin Allah kami berjaya menolong
semua pesakit termasuk yang berkerusi roda untuk solat dan berdoa di dalamnya.
Solat Sunat Tawaf, Sunat Taubat, Sunat
Hajat belakang Makam Ibrahim
Seterusnya, pesakit diiringi untuk solat
sunat tawaf, sunat taubat dan sunat hajat di belakang Makam Ibrahim. Di sini
pesakit solat hajat memohon Allah menyembuhkan penyakit. Sebagai pesakit,
kebergantungan kepada Allah sangat penting.
Semua ini dilakukan dalam kumpulan 10
hingga 15 orang dengan empat petugas. Biasanya terapi tawaf dilakukan pada
tengah malam dan mengambil masa dua hingga tiga jam. Rata-rata pesakit yang
pernah menerima rawatan sangat puas hati kerana dapat menyempurnakan ibadah
tawaf dengan fokus, malah dapat memasuki tempat mustajab berdoa, yang mana
bukan semua orang berpeluang terutama golongan berumur dan wanita.
Selain menunaikan ibadah umrah, pesakit
berkesempatan berubat di tempat paling barakah, itu yang sangat membuatkan para
pesakit berpuas hati. Saya sempat berbual dengan pesakit mengenai pengalaman
mereka berubat dengan saya, Alhamdulillah jawapan mereka positif.
Testimoni pesakit
Satu pengalaman luar biasa, saya rasa
sangat dekat dengan Allah dan objektif berubat tercapai kini sakit saya makin
ringan.."
- Puan Asiah
Saya mengidap kronik ekzema sejak 2005,
terasa sangat pedih di seluruh belakang tubuh. Alhamdulillah rawatan kali ini,
sakit saya berkurang dan paling bermakna, saya dipimpin oleh petugas untuk
berdoa di hadapan Multazam. Sebelum ini ketika ke Mekah tidak pernah saya
mengalaminya kerana orang terlalu ramai."
- Puan Ezakiyah
Saya mengalami penyakit Anxiety
Disorder. Saya kurang keyakinan diri, cepat gemuruh dan takut berhadapan dengan
orang ramai. Setelah mengambil keputusan menyertai rombongan umrah, saya membuat
persiapan cukup rapi. Alhamdulillah, semasa tawaf, saya merayu betul-betul
kepada Allah agar sakit saya sembuh dan ibadah dipermudahkan. Allah maha
mendengar. Saya amat bersyukur kerana dapat melakukan ibadah tawaf sendiri
walau sesak dengan jemaah"
- En. Azuad
Saya mengalami masalah tulang belakang dan
berubat di Al Hidayah selama setahun, belum pernah berkesempatan berubat dengan
Hj Lokman. Di sini kita dirawat sendiri oleh Hj Lokman dan diberi perhatian
penuh oleh petugas. Dalam keadaan lemah, saya dipimpin ke Hijr Ismail dan
Multazam, ia satu pengalaman sangat berharga."
- Puan Shima
Bagi pihak saya dan Al Hidayah, program ini
adalah salah satu kerja amal membantu pesakit sembuh sebab tanah suci sungguh
istimewa untuk beribadah dan berdoa.
Apa yang penting adalah niat menolong
pesakit. Perlu diketahui, Pusat Rawatan Islam Al Hidayah bukan menguruskan
pakej umrah, kami berkerjasama dengan agen umrah dan haji berdaftar - Wira
Saujana Sdn Bhd. Pihak Al Hidayah bertanggungjawab untuk proses rawatan dan
segala perkhidmatan pakej umrah dikelola oleh Wira Saujana dengan bantuan Al
Hidayah.
Saya memilih Wira Saujana Sdn Bhd kerana
pakej mereka 'mesra pesakit'. Hotel di Madinah terletak 20 meter dari pagar
Masjid Nabawi dan di Mekah, hanya 180 meter dari Masjidil Haram. Bagi saya,
keselesaan pesakit menjadi keutamaan.
Kepada pesakit buah pinggang yang
memerlukan rawatan dialisis, pihak kami sedia membantu mendapatkan rawatan
dialisis percuma di hospital kerajaan di Mekah dan Madinah.
Sebagai kesimpulan, Mekah adalah tempat
sangat berkat dan mustajab berdoa. Tiap apa yang dihajatkan, asal dengan hati
ikhlas akan dikabulkan. Sepanjang pengalaman saya berubat di tanah suci, saya
dapat menyaksikan perkembangan baik pesakit.
Niat kami adalah untuk menolong dan bukan
tujuan komersial dan promosi. InsyaAllah dengan amalan serta bimbingan serta
rawatan di tanah suci, pesakit akan merasakan pengalaman berbeza, kepuasan dan
kesembuhan dalam ibadah. Insya Allah.
Untuk keterangan lanjut mengenai pakej
Umrah Al Hidayah bulan April 2013 sila layari laman web www.alhidayah-medic.com
No comments:
Post a Comment