بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Monday, February 14, 2011

Tiga Masjid Istimewa

Masjid al-Haram

TERDAPAT tiga masjid yang begitu istimewa dalam Islam, iaitu Masjid al-Haram di Makkah, Masjid al-Nabawi di Madinah dan Masjid al-Aqsa di Palestin. Kita amat digalakkan untuk mengunjungi ketiga-tiga masjid tersebut kerana banyak kelebihannya.

Masjid al-Nabawi
Dalam sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tidak sepatutnya (bersusah payah ) untuk keluar mengembara kecuali (mengunjungi) ketiga-tiga buah masjid iaitu: Masjid al-Haram, masjidku (Masjid al-Nabawi di Madinah ) dan Masjid al Aqsa." (Bukhari, Muslim dan Abu Dawud). 

Seterusnya ada hadis lain menerangkan kelebihan ketiga-tiga masjid tersebut di antaranya, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjid al- Nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram. 
Masjid al-Aqsa
 
Dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdal daripada 100,000 sembahyang di masjid-masjid yang lain." (Ahmad). 

Begitu juga terdapat hadis tentang kelebihan Masjid al-Aqsa, iaitu: "Sesungguhnya kelebihan sembahyang di masjid Baitul Maqdis (Masjid al-Aqsa) itu lebih afdal dalam masjid lain kecuali Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi di Madinah dengan 500 sembahyang (yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain)." 

Kita boleh mengunjungi Masjid al-Haram untuk bersolat dan berdoa kerana banyak kelebihan beribadat di sana berbanding dengan tempat yang lain. 

Tiada syarat tertentu yang perlu dilakukan ketika di sana kecuali apabila menunaikan umrah atau haji yang mempunyai syarat dan rukun tertentu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...