بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Segala pendapat dalam penulisan ini adalah pendapat penulis artikel yang sebenar. Jika ada kekeliruan tuanpunya blog ini menyarankan supaya bertanya kepada penulis asal. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.

Monday, November 29, 2010

Doa Antara Dua Sujud





Ketika ucap Rabbighfirli (Tuhanku!, ampunilah aku). Diamlah sejenak, buka diri kita untuk menerima ampunan daripada Allah.

Warhamni (dan kasihanilah aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih akan sentiasa memberikan banyak kasih sayangNya kepada kita.

Begitulah berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan merasakan sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkanlah aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Jangan kita bazirkan begitu sahaja. Janganlah kita lafazkan dalam keadaan seperti kita tidak sedar atau seperti kita sedang berpura-pura memohon sesuatu sedangkan hati antara mahu dan

 tidak mahu. Jika begini selayaknyalah Allah menilai kita seperti itu.

Friday, November 26, 2010

Doa mengelak dari menjadi pelupa

Doa mengelak dari menjadi pelupa


اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأَرْضِنَا





Maksudnya: “Ya Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat Ahmad no. 224)


Amalan: Menurut al-Tirmizi, al-Nasa’i dan al-Hakim, doa ini dibaca oleh Nabi s.a.w. sebaik sahaja selesai menerima wahyu. Oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa.


Dipetik daripada Zikir, Doa dan Wirid di Tanah Suci, Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Comelnya Kucing

 
 
 
 

Saturday, November 20, 2010

Di Bukit Melawati, Kuala Selangor

Anggur

Mula berblog

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Hari ini 
Daniel buka blog



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Artikel-artikel yang disiarkan di sini adalah sebagai rujukan dan simpanan peribadi pemilik blog ini. Kebanyakannya diambil daripada sumber-sumber yang dinyatakan. Semoga memberikan manfaat kepada pembaca.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...